BTC USD 62,380.7 Gold USD 4,462.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

AEC perkasa ekonomi serantau

Luqmanul Hakim

CG Top Poster Club
gem
Messages
23,318
Joined
Mar 17, 2010
Messages
23,318
Reaction score
4,848
Points
196
AEC perkasa ekonomi serantau


KOMUNITI Ekonomi Asean (AEC) yang bakal tersedia menjelang 2015 akan menyaksikan pertumbuhan ekonomi rantau itu akan setanding dengan China dan India.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, negara perlu membuat pembaharuan semula dan mencapai lebih banyak untuk menjadi lebih berdaya saing dan dilihat sebagai perkumpulan yang berasaskan kepada pengeluaran sangat produktif. “Kita berkembang beransur-ansur menjadi satu pasaran tunggal. Menjelang 2015, apabila Komuniti Ekonomi Asean sudah tersedia, saya percaya dan saya yakin, Asean akan menjadi rantau lebih berdaya saing dan paling dinamik di dunia. “Pada pandangan saya, daripada segi potensi ekonomi dan masa depan, Asean mempunyai potensi pertumbuhan yang sama seperti China dan India,” katanya dalam ucaptama bertajuk ‘Dynamic Leadership and Sustainable Economic Development of Malaysia Vision 2020’ pada Persidangan Tahunan Asia Competitiveness Institute (ACI) 2012 di Singapura, semalam.


Mustapa juga menyertai sesi soal jawab yang diperantarakan oleh Dekan Lee Kuan Yew (LKY) School, Prof Kishore Mahbubani, selepas ucaptama berkenaan. Persidangan itu dihoskan bersama oleh ACI di Lee Kuan Yew School of Public Policy (LKY School) dan National University of Singapore. Turut hadir Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, Datuk Md Hussin Nayan.

Mustapa berkata, menteri Asean sudah berusaha keras untuk merealisasikan AEC dan Asean perlu terus menekankan kepada set peraturan seragam seperti pergerakan rentas sempadan barangan yang masih menjadi satu masalah di beberapa negara anggota.


“Kami sudah berbincang mengenai perkara ini dan apa yang penting ialah, di Asean, kita sangat terbuka, kita berkongsi semua isu dan masalah yang dihadapi,” katanya. - Bernama





sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/AECperkasaekonomiserantau/Article/index_html
 
Back
Top
Log in Register