BTC USD 61,854.2 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Adun Melor meninggal dunia

kopirait

CG Top Poster Club
gem
Messages
49,284
Joined
Apr 18, 2010
Messages
49,284
Reaction score
5,428
Points
486
30421fazlina1_1619734371.jpg


Kota Bharu: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melor, Dr Md Yusnan Yusof meninggal dunia di kediamannya, di sini, hari ini.

Allahyarham yang berusia 53 tahun menghembuskan nafas terakhir, 2.28 pagi tadi di kediamannya di Melor.

Perkara itu disahkan anak allahyarham, Mohd Auzaie di Facebook.

"Dukacita dimaklumkan bahawa baba, Dr Yusnan sudah pergi menghadap Ilahi jam 2.28 pagi.

"Mohon doakan arwah ditempatkan di kalangan para solihin.

"InsyaAllah solat jenazah akan diadakan jam 2 petang di Masjid Ketereh. Mohon kepada semua untuk patuh prosedur operasi standard (SOP)," katanya.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan enam orang anak.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Allahyarham dari PAS menang dengan mendapat 7,820 undian ketika menentang Azmi Ishak daripada parti Barisan Nasional (BN) yang mendapat 7,173 undi.

 
D2gTnLmU8AEY_f9.jpg


Perginya allahyarham pada
Hari yg mulia
Di bulan yg mulia

Tidak ada seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau malam Jumaat melainkan dibebaskan oleh Allah SWT daripada fitnah (azab) kubur”. [Riwayat al-Tirmizi, no. Hadith 994]
 
AL-FATIHAH | ADUN Melor, Kelantan Meninggal Dunia

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melor, Dr Md Yusnan Yusof, 53 tahun kembali ke rahmatullah jam 2.28 pagi tadi di kediamannya.

Perkara itu disahkan anak Allahyarham, Mohd Auzaie di Facebook.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 
'Baba meninggal bukan sebab vaksin'

1050605.jpg


KOTA BHARU - "Baba meninggal bukan sebab pengambilan vaksin." Itu penjelasan Mohammad Baihaqi, 28, selepas tularnya status yang mengaitkan kematian bapanya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melor, Dr Md Yusnan Yusof pada Jumaat disebabkan oleh pengambilan vaksin Covid-19 dos kedua pada 9 April lalu.


Mohammad Baihaqi berkata, dia dan keluarga kesal dengan penularan berita yang disifatkan tidak tepat itu dan menjelaskan bapanya mempunyai sejarah penyakit yang banyak.

"Baba ada penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi," katanya kepada pemberita di Tanah Perkuburan Islam Pondok Haji Hassan, Ketereh, di sini pada Jumaat.

Menurutnya, arwah pernah mendapatkan rawatan angiogram bagi penyakit jantung yang dihidapi sejak 2016.

Katanya, keluarga menafikan sekeras-kerasnya dakwaan arwah meninggal disebabkan ambil vaksin.

Mohamad Baihaqi berkata, penafian itu dibuat susulan keluarga menerima beberapa kiriman WhatsApp dan pautan hantaran status di laman sosial yang mengaitkan kematian arwah dengan perkara tersebut.

Katanya, dakwaan itu tidak berasas berikutan bapanya memang mempunyai masalah kesihatan sebelum ini.

"Selain itu baba turut mendapatkan rawatan insulin bagi penyakit kencing manis," katanya.

Jenazah Allahyarham Dr Yusnan yang juga Timbalan Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Negeri Kelantan disembahyangkan di Masjid Muhammadi Kota Bharu.

Jenazahnya kemudian selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pondok Haji Hassan, Ketereh jam 2.30 petang.

 
AL-FATIHAH | Jenazah ADUN Melor Selamat Dikebumikan

Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melor di Kelantan, Md Yusnan Yusof yang meninggal dunia awal pagi tadi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pondok Haji Hassan, Ketereh.

‘SUBSCRIBE’ saluran YouTube Buletin TV3 https://bit.ly/3oF4onJ untuk lebih banyak klip berita terkini.

 
Back
Top
Log in Register