BTC USD 62,082.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

ADUN BN, Pas berbesan

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
TANAH MERAH 18 Okt. - Perbezaan politik tidak menjadi halangan bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Bukit Bunga, Mohd. Adhan Kechik untuk berbesan dengan ADUN Pas Sungai Abong, Johor, Dr. Sheikh Ibrahim Salleh.

Anak perempuan wakil rakyat BN itu, Ernie Muneerah, 25, disatukan dengan anak wakil rakyat Pas, Salleh, 25, dalam majlis akad nikah yang berlangsung di kediaman Mohd. Adnan di sini hari ini.

Kedua-dua mempelai bertugas sebagai pegawai penyelidik Jabatan Perkhidmatan Haiwan yang cuma dipisahkan oleh tempat kerja iaitu Ernie di Putrajaya manakala suaminya di Jerantut.

Bagi Mohd. Adhan, hubungan anak perempuannya dengan menantu tidak perlu dihalang hanya atas sebab perbezaan parti kedua-dua bapa, kerana ia tidak menguntungkan mana-mana pihak.

''Sebaliknya mungkin memberikan kesan buruk bila kasih sayang mereka berdua disekat. Selaku bapa, saya ingin melihat anak saya bahagia apabila ditakdirkan mereka berdua bersatu.

"Sama dengan politik, kita tidak mahu mendapat susah kerana cuba menghalang sesuatu yang baik yang akhirnya membawa kesan kepada generasi akan datang," katanya.

Sementara Sheikh Ibrahim pula berkata, atas dasar kasih sayang, agama dan bangsa, perbezaan politik dapat diketepikan jika ada keikhlasan di dalam hati untuk memastikan anak-anak bahagia.

Salleh dan Ernie Muneerah pernah bertemu sewaktu zaman persekolahan namun terpisah kerana pekerjaan keluarga.

"Tidak sangka pula kami berdua bertemu semula sewaktu belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia ketika kami mengambil jurusan yang sama, dalam kursus ijazah Biologi Molekul.

''Kami berkenalan rapat selama tiga tahun sebelum memutuskan untuk berkahwin hari ini. Ibu bapa memberi sepenuh restu," ujar Salleh.

Jangan lepas nie setiap kali PRU ada yang tidur kat ruang tamu dah ler...

kalau dah jodoh sapa boleh halangkan...anak tu kasi jadi orang kuat PKR

:eek::eek::eek:
 
Alangkah indahnya jika berbeza pendapat dikalangan kita dapat kita laksanakan sebagaimana yg dibenarkan dalam Islam...
 
waaa... bagus... ini contoh yg baik...
 
menarik nie,jgn time PRU nnt berperang udah ler..

*perang poster xper
 
inilah contoh yang bahawasanya hanya Islam sahaja yang mampu menyatukan ummah...
 
amin.....mudah mudahan makin ramai yg membuat keputusan mcm ni


sgt setuju kalau 2 parti ni musyawarat/mukabalah.....x yah tngu pru...


ada je perkara yg patut dibincangkan.....trus discuss.... bersatu ke atau tidak no 2.....bermusywarah lbih baik dri keputusan berat seblh



p/s: moga ada jalan utk bykan majoriti ahli parlimen islam di parlimen...
 
TANAH MERAH 18 Okt. - Perbezaan politik tidak menjadi halangan bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Bukit Bunga, Mohd. Adhan Kechik untuk berbesan dengan ADUN Pas Sungai Abong, Johor, Dr. Sheikh Ibrahim Salleh.

Anak perempuan wakil rakyat BN itu, Ernie Muneerah, 25, disatukan dengan anak wakil rakyat Pas, Salleh, 25, dalam majlis akad nikah yang berlangsung di kediaman Mohd. Adnan di sini hari ini.

Kedua-dua mempelai bertugas sebagai pegawai penyelidik Jabatan Perkhidmatan Haiwan yang cuma dipisahkan oleh tempat kerja iaitu Ernie di Putrajaya manakala suaminya di Jerantut.

Bagi Mohd. Adhan, hubungan anak perempuannya dengan menantu tidak perlu dihalang hanya atas sebab perbezaan parti kedua-dua bapa, kerana ia tidak menguntungkan mana-mana pihak.

''Sebaliknya mungkin memberikan kesan buruk bila kasih sayang mereka berdua disekat. Selaku bapa, saya ingin melihat anak saya bahagia apabila ditakdirkan mereka berdua bersatu.

"Sama dengan politik, kita tidak mahu mendapat susah kerana cuba menghalang sesuatu yang baik yang akhirnya membawa kesan kepada generasi akan datang," katanya.

Sementara Sheikh Ibrahim pula berkata, atas dasar kasih sayang, agama dan bangsa, perbezaan politik dapat diketepikan jika ada keikhlasan di dalam hati untuk memastikan anak-anak bahagia.

Salleh dan Ernie Muneerah pernah bertemu sewaktu zaman persekolahan namun terpisah kerana pekerjaan keluarga.

"Tidak sangka pula kami berdua bertemu semula sewaktu belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia ketika kami mengambil jurusan yang sama, dalam kursus ijazah Biologi Molekul.

''Kami berkenalan rapat selama tiga tahun sebelum memutuskan untuk berkahwin hari ini. Ibu bapa memberi sepenuh restu," ujar Salleh.

Jangan lepas nie setiap kali PRU ada yang tidur kat ruang tamu dah ler...

kalau dah jodoh sapa boleh halangkan...anak tu kasi jadi orang kuat PKR

:eek::eek::eek:


bagus...tahniah...bersatu untuk anak dan bapak..:D..siapa yg ckp melayu berpecah...:-?:-?
 
Alangkah indahnya jika berbeza pendapat dikalangan kita dapat kita laksanakan sebagaimana yg dibenarkan dalam Islam...

sebenarnya diperingkat peminpin hubungan itu masih bagus..yang lebih2 nie cuma si juak-juak kampung yang dok sembang kat kedai kopi tu saja
 
Nasib baik yg pompuan BN, yg laki PAS. Kalau yg pompuan PAS, yg laki BN, maunya sign borang UMNO dulu si pengantin perempuannya. :-?:-?:-?
 
Back
Top
Log in Register