sangbogol
CG Top Poster Club

- Messages
- 25,200
- Joined
- Dec 12, 2007
- Messages
- 25,200
- Reaction score
- 52
- Points
- 120
biasalah abg tlg lepaskan adik. Cuba org biasa mampos nak lepas...matilah ko dlm sangkar tuh.
Follow along with the video below to see how to install our site as a web app on your home screen.
Note: This feature may not be available in some browsers.

KOTA KINABALU, 20 Jun - Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepaskan dan membebaskan adik seorang menteri Kabinet, Mohd. Jusnaidi Omar, terhadap dua pertuduhan berkaitan dadah.
Hakim Datuk Ian Chin, dalam penghakimannya berkata, pendakwaan tidak memanggil isteri kedua Mohd. Jusnaidi, Nurul Ashikin Omar untuk disoal balas.
Ini, katanya memberi kesempatan kepada tertuduh untuk merujuk Nurul Ashikin sebagai orang yang bertanggungjawab mengemaskan beg pakaiannya iaitu tempat dadah itu dijumpai.
"Dalam usaha untuk menyangkal atau menimbulkan kesangsian terhadap apa yang diperkatakan oleh tertuduh, pendakwaan mengemukakan kes mereka berkaitan Nurul semasa menyoal balas (Mohd. Jusnaidi) dalam percubaan sia-sia untuk menimbulkan kesangsian terhadapnya," katanya.
Chin mengandaikan hampir keseluruhan soal balas oleh pendakwaan dibuat berdasarkan kepada apa yang diberitahu oleh Nurul Ashikin kepada polis.
Dalam perbicaraan yang bermula pada 26 Mei, Mohd. Jusnaidi menghadapi pertuduhan mengedar 1.011 kilogram kanabis mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman mati mandatori selain menghadapi pertuduhan kedua memiliki 23.98 gram syabu.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Terminal Penerbangan Tambang Murah, Tanjung Aru di sini kira-kira 10 pagi pada 20 Mei tahun lepas.
Pasukan pendakwaan diketuai Peguam Kanan Persekutuan Suhami Ibrahim dengan dibantu oleh Timbalan Pendakwa Raya Gan Peng Kun manakala peguam Zahir Shah Hussein dan Hamid Ismail mewakili tertuduh.
Tepat jangkaan aku sejak awal lagi bila si abangnya kata TAK PERLU LETAK JAWATAN SEBAB TAK TERCALAR MORALNYA DENGAN KES INI

nk kaya, jom r join polis..
polis kata jangan..............