BTC USD 86,230.3 Gold USD 4,336.54
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Muhyiddin bebas 4 tuduhan berkait Bukhary Equity

afwan83

Active+ Member
Messages
3,295
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,295
Reaction score
12
Points
25

Muhyiddin bebas 4 tuduhan berkait Bukhary Equity​

9f8f169e-901b-4493-a763-c99de6420b96-Muhyiddin-Yassin-Jana-Wibawa-Mahkamah-Kuala-Lumpur-Bani-2...jpg

Bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin pada awalnya didakwa atas 4 tuduhan salah guna kuasa untuk dapatkan rasuah RM232.5 juta dan 3 tuduhan ubah wang haram libat RM200 juta.

Hakim Mahkamah Tinggi Noor Ruwena Nurdin membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib memohon Muhyiddin dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) daripada tuduhan tersebut.

Tiga tuduhan ubah wang haram itu melibatkan penerimaan RM200 juta oleh Muhyiddin daripada Bukhary Equity, manakala tuduhan salah guna kuasa berkaitan dengan tindakan beliau meminta jumlah tersebut daripada syarikat berkenaan.

Hakim berkata, pihak pendakwaan tidak mengemukakan sebarang alasan bagi permohonan melepas tanpa membebaskan (DNAA) itu, sebaliknya sekadar menyatakan mereka tidak berhasrat meneruskan tuduhan.

“Oleh itu, saya berpandangan, demi kepentingan keadilan, budi bicara mahkamah wajar dilaksanakan memihak kepada tertuduh, iaitu memerintahkan beliau dilepas dan dibebaskan (daripada empat tuduhan itu),” kata Ruwena.

Terdahulu, Akram memberitahu mahkamah, pihak pendakwaan memutuskan untuk tidak meneruskan empat tuduhan tersebut selepas meneliti keseluruhan keadaan kes.

“Sehubungan itu, pihak pendakwaan memohon untuk mengguna pakai Seksyen 254(1) Kanun Tatacara Jenayah dan memohon perintah mahkamah agar tertuduh diberikan DNAA,” katanya.

Beliau berkata, permohonan itu hanya membabitkan empat tuduhan berkaitan Bukhary Equity, dan bukannya tiga lagi tuduhan salah guna kuasa yang dikaitkan dengan program Jana Wibawa.

Peguam bela Muhyiddin, Hisyam Teh Poh Teik menggesa mahkamah membebaskan anak guamnya daripada kesemua empat tuduhan tersebut, sambil menegaskan bahawa jelas pihak pendakwaan tidak lagi berminat meneruskannya.

“Hari ini mungkin hari kedua terakhir perbicaraan, dan tiada satu pun keterangan dikemukakan, selain tiada kenyataan saksi diserahkan kepada kami oleh pihak pendakwaan berhubung empat tuduhan ini.

“Perkara paling penting adalah tiada alasan kukuh dikemukakan pihak pendakwaan mengapa mereka mahukan DNAA, sedangkan undang-undang menetapkan dengan jelas bahawa alasan kukuh mesti diberikan.

“Jika tidak, mahkamah tiada pilihan lain selain mengeluarkan perintah pelepasan yang membawa kepada pembebasan,” katanya.

Pihak pendakwaan kini menghampiri penutupan kes terhadap Muhyiddin membabitkan tiga lagi tuduhan salah guna kuasa yang berkaitan dengan Jana Wibawa.

Bagi kes itu, bekas perdana menteri itu didakwa menyalahgunakan kedudukannya untuk meminta suapan berjumlah RM25.3 juta daripada Nepturis Sdn Bhd, Mamfor Sdn Bhd, KCJ Engineering Sdn Bhd serta pengarah urusannya, Azman Yusoff.
 
Back
Top
Log in Register