BTC USD 83,843.9 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

ada sesiapa pernah bercerai??

lelaki kena banyak kesabaran
jangan buat perangai masa bujang
sembahyang !!!!
bawa lah makan di luar sekali sekala
berapa bagi duit dapur seminggu kpd isteri

ps...hati perempuan macam kerak nasi
 
isteri tu merokok mmg dr zaman bercinta ke??mmg dh tau dia seorang perokok?
 
kalau isteri yang tuntut fasakh,
ada something wrong dengan tt yang dia tak tahan..
berpisah tambah2 kalau dah ada anak bukan keputusan yang mudah kecuali itu saja jalannya..
apa betul ka tt abai tanggungjawab pada keluarga?
tt nak kan penjagaan anak untuk puaskan hati tt atau mmg isteri tak layak jadi seorang ibu pada anak tersebut..

maaf, aku kesian pada perempuan yang ditindas dalam perkahwinan..
paling aku tak suka berebut penjagaan anak semata2 nak puaskan hati sendiri,
tapi dah dapat anak terabai, hantar mak jaga..

aku paling suka usaha selamatkan perkahwinan, buang ego dan masing2 berubah..
bila nak berpisah ni salahnya bukan pada satu pihak, dua2 ada silapnya..
the battle of ego yg tak habis2
 
Mcm kes hamba je ....kawan nak bukak topik lain...harap2 kawan2 disini dapat membantu
 
Last edited:
serabut pala ja pikir nak rebut anak.. bagi ja la kat dia..
 
Hang toksah dok pening-pening la tt.
Perempuan kalau jenis baik-baik, tak akan isap rokok seludup punya.
 
Bilangan Anak : 1
Umur Anak : 1thn
Tempoh perkahwinan :2 thn
kondisi kewangan : rm3000, isteri tak kerja.

1) Nyatakan situasi punca utama isteri mohon cerai ? isteri merasakan saya tidak bertanggungjawab terhadapnya dan keluarga.

2) Nyatakan punca kenapa tuan nak dapatkan hak penjagaan ? saya lebih layak jaga anak saya.

3) Nyatakan kebaikan2 utama isteri tn untuk warga cg nilaikan, sila berlaku jujur ? terlalu berjimat cermat. boleh berdikari. ada pelajaran.

4) Apakaitan situasi rokok seludup dengan isteri tn ?
isteri saya perokok. saya larang dia tapi dia masih suka beli rokok murah (seludup).[/QUOTE]


TT, aku sbg suami & bapak kpd 7 og anak nk pesan,
- sabarlah dgn kerenah si istri
- dio cumo buek salah merokok
- bantu dio, kasi nasihat & kasi ubat2 apo yg bleh bantu hilangkan ketagih rokok
- bnyk2kan doa & solat hajat & nasihat secara lembut & kasih syg
- elakkan kekerasan
- suami istri kno rajin2 samo2 solat jemaah & dgr kuliah bab munakahat di surau/masjid/mp3

KELEBIHAN BINI KEDEKUT

Bab isteri terlalu jimat cermat ni satu kelebihan pd wanita. Satu maso nanti bilo suami susah xdo duit, dio akan bantu & kluarkan duit yg dio simpan bantu kito, yg kito tak tau mano dtg duit tu tibo2 ajo ado banyak plak tu (sbb dio rajin menyimpan)

jgn cerai bini ekau jang, ingat dulu2 maso kahwin ramai ucap tahniah & kasi duit riban2$$$$ & doakan ekau & bini

bilo dh cerai takdo sapo nk ucap tahniah & kasi duit, yg dapek maki adolah. Nak kawin baru nk kno cari duit lagi.... istri yg ado ni jago elok2 & pandai2 adptasi dgn perangai dio

bnyk2 sabar & akhlak baik dgn bini, lamo2 dio akan malu dgn ekau & hormat dgn ekau

peace yo:)cgrock
 
kena tegas..

amalkan macam alquran cakap

step 1) nasihat
step 2) asingkan dari tempat tidur
step 3) pukul sekadar ingin mengajar

kalau x makan cakap juga boleh tuntut cerai bawah nusyuz, isteri tidak hormat suami dan merokok..
banyak lagi bunga lain
 
perempuan bila dah merokok banyak kesan dia:

1) dia xkan bagi suami dekat dengan dia, dia x suka suami cium dia -- sebagai lelaki yang ada nafsu memang sukar kalau macam tu
2) pergaulan dia juga akan bersama sama dengan orang perokok,yang memang mostly adalah lelaki..sah2 dia bergaul dan merokok dengan teman lelaki.
3) dia akan jadi panas baran..

tiada apa yang dapat ubah semua ni kecuali didikan dan amalan agama..
dekatkan diri kepada agama..
insyaallah boleh ubah..

dari pengalaman sendiri
 
Baru lagi usia perkahwinan tuan dan isteri. Rasanya belum terlambat utk saya ucapkan tahniah. :)

Mula dgn usik mengusik, saling suka menyukai, kenal mengenali pasangan, bercinta seterusnya bernikah. Dah tentu tuan ingin jadikan dia isteri dunia akhirat. Rancang nak ada anak. Rancang nak besarkan anak bersama. Suka duka harungi bersama. Indah sungguh alam perkahwinan. Sikit sikit gaduh merajuk masam muka tu biasalah.:)

Anak tuan baru umur setahun yer. Tahniah. Mesti comel sangat banyak ikut wajah siapa agaknya yer.:">
Anak tuan sdg membesar. Perlu kasih sayang ibu dan ayah dia. Jangan biarkan dia membesar tanpa salah seorang dr kamu. Itu zuriat kita. Ibu bapa jaga sebaiknya amanah Allah tu.

Tuan kena buat sesuatu supaya isteri berhenti merokok. Kalau tuan merokok, eloklah tuan berhenti dulu sblm suruh dia berhenti merokok. Kalau sayangkan diri sendiri, anak dan isteri BERHENTILAH MEROKOK. Kalau tuan tak merokok alhamdulillah. Yer nak ubah seseorang bkn senang. Ambil masa. Lebih lebih lagi perokok tegar. Ya ampunnnn..rokok dah sebati dlm hidup. ~X( Nasihatlah cara berhemah.

Tggjwb mana yg tuan kurang tu, cuba penuhi. Mana yg dia tak betul, tuan nasihatlah. Communicate. Solat. Doa. Pupuklah kasih sayang dalam keluarga. Sakinah mawaddah wa rahmah.

Selamatkan rumahtangga tuan. Jgn sampai bercerai berai. Jangan sampai bergegar arasy Allah. Nasihat ni ditujukan utk diri saya jgk.

Wallahu'alam
 
Back
Top
Log in Register