BTC USD 82,749.6 Gold USD 4,171.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ada apa dengan ipad??

rozainijumadi

Active+ Member
Messages
2,795
Joined
Aug 15, 2010
Messages
2,795
Reaction score
131
Points
43
Aku ada baca 1 post pandangan peribadi wardina kat page beliau berkenaan ipad..

Sebenarnya memang penat melayan anak-anak yang tak diberi i-pad. SANGAT penat. Bagi i-pad semua diam. Tak kacau kita, tak bising. Senang bukan? Namun melihat anak-anak tidak lagi menggunakan deria dan berinteraksi amat merisaukan. Tangan-memegang, hidung-mencium, mata-melihat, telinga-mendengar tidak lagi digunakan maka hilanglah banyak pengalaman hidup kerana menghadap skrin i-pad. Buat para ibu, mari berusaha memberikan anak-anak pengalaman sebenar kehidupan. Biarkan mereka kotor, bising, bercakap, bergaduh, bermain... Berikan mereka kertas kosong dan melukis menggunakan pensil dan kertas. Berikan mereka buku mewarna. Ajar mereka berinteraksi, lihat sikap mereka, betulkan jika mereka tersalah kata dan betulkan sikap mereka yang tidak kena. Kerana pengalaman inilah yang menjadikan mereka "manusia" .....Walahualam. Sekadar pandangan.

SUMBER

Next ONE

MasyaAllah melihat anak-anak bermain menggunakan imaginasi amat bermakna di zaman i-pad yang kebanyakannya melatih anak-anak untuk scroll dan tekan-tekan dengan pantas. Yakinlah anak-anak boleh hidup tanpa i-pad. Anda membuat pilihan yang baik ibu-ibu. Jangan preassaure. STAY CALM and NO NEED to buy I-pads. HUHU. So here's to all mums who don't give i-pad to children. Dan kepada ibu yang sudah membeli dan memberi anak-anak bermain i-pad.Anda perlu ada had masa, jika anda mengambil i-pad dan anak anda menangis, you have a problem. Stay strong mummies! xoxxo

P/S:- Dari beli i-pad beli lego banyak2...MUST HAVE DI RUMAH 1.Lego 2.Blocks Kalau anak-anak dah besar sedeqahkan kepada mereka yang tak mampu.


SUMBER
 
aku tak nampak lagi kesan buruk ipad/tablet terhadap kanak2..:-?

mungkin akan menghadapi masalah pergaulan kot
 
komen seorang fan beliau..

Bismillah.
Kesan Gadget melalui Kajian dan Fakta yang diperolehi ke atas anak-anak. |

Kajian pakar-pakar mengenai Gajet terhadap anak-anak;
Kajian Gajet terutama IPAD terhadap anak-anak adalah berdasarkan kajian yang didapati oleh kebanyakan ibu bapa yang menemui doktor tersebut di Hospital PPUM dan kajian yang didapati dari sekolah ke sekolah. Malah seorang doktor Pakar Pediatrik dan Pensyarah Pusat Perkembangan Kanak-kanak Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia yang turut hadir pada seminar tersebut iaitu Dr.Norazlin Kamal Nor juga sangat membenarkan kenyataan tersebut dan menegaskan beliau turut mempunyai perolehan kajian yang sama di hospital HUKM. Amat mengejutkan kesan buruk yang diperolehi amat tinggi berbanding kebaikan.

Mereka menyarankan kepada ibu bapa yang baru berniat mahu membelikan Gajet untuk anak-anak… lupakan dan tiadakan gajet untuk anak-anak, dan kepada yang sudah membelinya kurangkan penggunaan Gajet tersebut untuk anak-anak. Salah satu daripada kesan yang diperolehi adalah Interaksi antara anak-anak dan ibu bapa jelas ‘KURANG’. Kesan-kesan lainnya;

1. Mereka lebih banyak menguasai Visual (Memandang) berbanding Auditori (mendengar) –Apabila guru-guru mengajar di hadapan kelas tumpuan mereka mudah hilang arah dan mudah melihat pergerakan luar (keluar tingkap). Iklan-iklan di bilik darjah Seperti, pembaris jatuh, rakan batuk, kipas berpusing dan lain-lain lagi.
2. Perkembangan bahasa mereka lemah
3. mereka kurang bercakap, kurang bergaul dan berada dalam dunia sendiri.
4. Beberapa kajian berulangkali mengingatkan bahawa penggunaan tablet secara berlebihan pada anak dapat menyebabkan kesukaran perkembangan dan masalah termasuk autisme atau sukar memfokuskan perhatian.
5. Menyentuh skrin dengan sangat mudah, ia tidak begitu membantu skill motor mereka.
 
aku tak nampak lagi kesan buruk ipad/tablet terhadap kanak2..:-?

mungkin akan menghadapi masalah pergaulan kot

yep.. kene pd aku sndr.. dtg beraya umah sedare mare.. anak2 mreka leka layan ipad atas sofa.. salam pon idak..
 
yep.. kene pd aku sndr.. dtg beraya umah sedare mare.. anak2 mreka leka layan ipad atas sofa.. salam pon idak..

kasi lempang dengan ipad la..:eek:

aku rasa kalu beli lego atau mainan2 fizikal tak berkesan sebab ipad lebih mengujakan bagi mereka//:-?
 
aku tak nampak lagi kesan buruk ipad/tablet terhadap kanak2..:-?

mungkin akan menghadapi masalah pergaulan kot

mereka belum besar lagi..


*tapi kira kaya gak la orang2 zaman sekrng.

dulu masa kecik2 kita nak game boy yang harga tak sampai rm 50 pun susah. kene dapat nombo 1 dalam periksa baru leh dapat.

tapi skrng, anak kelas corot pun still dapat ipad / tab.

so mmg rakyat zaman kini tiada masalah kewangan la.
 
kasi lempang dengan ipad la..:eek:

aku rasa kalu beli lego atau mainan2 fizikal tak berkesan sebab ipad lebih mengujakan bagi mereka//:-?

bg aku mmg mengujakan tp lbh kpd imaginasi..
 
kasi lempang dengan ipad la..:eek:

aku rasa kalu beli lego atau mainan2 fizikal tak berkesan sebab ipad lebih mengujakan bagi mereka//:-?

uja atau tak, kita yg bentuk.
 
mereka belum besar lagi..


*tapi kira kaya gak la orang2 zaman sekrng.

dulu masa kecik2 kita nak game boy yang harga tak sampai rm 50 pun susah. kene dapat nombo 1 dalam periksa baru leh dapat.

tapi skrng, anak kelas corot pun still dapat ipad / tab.

so mmg rakyat zaman kini tiada masalah kewangan la.

aku dpt block game sbb dpt no 2.. :)
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register