eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
PETALING JAYA: Seorang bapa menempuh saat paling mendebarkan apabila diacu dengan pistol selain diugut bunuh oleh anak lelakinya sendiri ketika kedua-dua mereka bertengkar di sebuah kondominium mewah di Kota Damansara di sini, kelmarin.
Pertengkaran dua beranak itu dikatakan berpunca daripada sedikit salah faham antara mereka ketika berbual di kediaman anak lelaki mangsa selepas sekian lama tidak bertemu, kira-kira jam 12 tengah malam.
Difahamkan, dalam kejadian itu, lelaki berusia 27 tahun yang tinggal bersendirian di kondominium berkenaan dikunjungi bapanya yang berusia 61 tahun.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, berkata selain menjenguk anaknya yang sudah agak lama tidak bersua muka, bapa lelaki terbabit menziarahinya untuk menyelesaikan sedikit masalah keluarga.
“Bagaimanapun, perbualan yang pada mulanya berlangsung dalam suasana baik tiba-tiba bertukar panas sebelum berlaku pertengkaran sesama mereka.
“Akibat pertengkaran itu, suspek yang dikatakan mengalami sakit mental mengambil sepucuk pistol lalu mengacukan ke arah bapanya sambil mengugut untuk membunuhnya.
“Bapanya yang ketakutan kemudian bergegas keluar dari rumah itu dan membuat laporan polis,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Arjunaidi berkata, pihaknya menyerbu rumah lelaki terbabit sejurus menerima aduan daripada bapanya dan menahan suspek, tengah hari semalam.
“Hasil pemeriksaan lanjut, polis tidak menemui pistol yang didakwa digunakan untuk mengugut bapanya, sebaliknya kami menjumpai sebutir bom tangan dalam bilik lelaki terbabit,” katanya.
Beliau berkata, lelaki berkenaan yang tidak bekerja kini ditahan untuk siasatan lanjut dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mengugut dan Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960.