BTC USD 62,128.6 Gold USD 4,466.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Abdul Khalid terus kritik Azmin

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Khalid Ibrahim​

SHAH ALAM - Kepimpinan Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali terus dikritik pendahulunya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mendakwa rakyat Selangor tidak memerlukan pemimpin retorik dan bersandiwara politik.

Menurut Abdul Khalid, beliau menghargai respons Mohamed Azmin terhadap sesetengah isu dibangkitkan, meskipun jawapannya lebih kepada cubaan memperlekeh legasi sebelum ini.

Dengan nada sinis, Abdul Khalid meminta penggantinya itu membuat keputusan dengan lebih bijaksana.

Adun Pelabuhan Klang itu menempelak Mohamed Azmin dengan berkata, sangat mudah baginya menjadi pemimpin oportunis dengan membuat kenyataan atau keputusan popular tanpa perlu memikirkan impaknya.

"Saya hanya mampu tersenyum apabila melihat di dada akhbar dan portal baru-baru ini kononnya Selangor menentang GST, sedangkan kita tahu hakikatnya semua PBT diarahkan memaklumkan rakyat bahawa GST dikuatkuasakan mulai 1 April.

"Rakyat perlu sedar bahawa kenyataan tersebut yang dibuat Mohamed Azmin di dalam Dun Selangor minggu lepas tidak akan mengubah apa-apa. Hakikatnya, Selangor tidak akan sama sekali dikecualikan daripada melaksanakan GST," katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Abdul Khalid menambah, berdasarkan laporan akhbar dan aduan rakyat, pelbagai isu perkhidmatan awam yang disediakan PBT tidak diselesaikan hujung tahun 2014 seperti yang menteri besar janjikan, malah semakin teruk.

"Longgokan sampah bukan di tempat pembuangan masih berleluasa, sistem perparitan dan longkang masih tersumbat, semak-samun di taman perumahan masih kelihatan, jalan tidak bersapu masih kerap. Ini semua bukti kegagalan kaedah 'modified cut-off' yang sebenarnya amat mencurigakan. Tetapi telah dimomokkan sebagai penyelesaian terbaik bagi semua masalah berkaitan PBT," katanya.

Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu berkata, beliau yakin kayu ukur sama ada seorang pemimpin itu politikus profesional atau seorang negarawan terletak pada ketulusan niat memberi yang terbaik kepada rakyat yang akan terserlah melalui keutuhan perjuangan.

"Tapi berdasarkan apa yang kita alami dan saksikan sendiri sejak hujung bulan September 2014, jelas menteri besar perlu berusaha lebih gigih untuk layak digelar negarawan kerana masih bersendikan retorik dan sandiwara politik.

"Kalau beginilah gaya dan pendekatan pentadbiran baru, maka saya ulangi gesaan agar menteri besar segera berundur untuk diserahkan jawatan kepada seseorang yang benar-benar layak," katanya.

Dalam kenyataan sama, Abdul Khalid turut mengkritik pentadbiran Mohamed Azmin yang antaranya berhubung penstrukturan semula industri air, Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex) dan tender terbuka.

'Saya wakil rakyat, bukan wakil syarikat korporat'

Dalam pada itu, Mohamed Azmin ketika ditemui di Lobi Bangunan Annexe, semalam menafikan beliau populis sepanjang mentadbir negeri ini sebaliknya bertindak berdasarkan maklum balas rakyat.

"Di mana kesalahan saya? Sebelum buat sebarang tindakan dan keputusan saya mendengar maklum balas rakyat terlebih dahulu. Tidak benar dakwaan saya mengkhianati rakyat, saya bukan mewakili syarikat korporat sebaliknya mewakili rakyat dan pembangunan negeri," katanya.

Timbalan Presiden PKR itu menyifatkan berkemungkinan Abdul Khalid membuat dakwaan sedemikian kerana beliau sudah lama tidak berada dalam pentadbiran negeri dan tertinggal maklumat berkaitan perjalanan Selangor.

"Mengenai Kidex, saya dengar maklum balas daripada rakyat khususnya di kawasan Petaling Jaya, saya juga mengambil pendekatan bersemuka seperti yang dititahkan Sultan Selangor dan berbincang dengan ahli parlimen dan Adun.

"Saya juga telah berbincang dengan panjang dengan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan memberikan syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh mana-mana pemaju kerana ini bidang kuasa kerajaan negeri di bawah Seksyen 18 (1) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976," katanya.

Adun Bukit Antarabangsa itu menegaskan, sebagai ketua negeri beliau bertanggungjawab atas dasar kemanusiaan dan membabitkan keseluruhan rakyat.

Mengulas kritikan pembatalan perjanjian utama pelan penstrukturan industri air, Mohamed Azmin berkata, sejak awal dilantik beliau tegas meneruskan perjanjian berkenaan seperti dipersetujui pada September 2014.

"Sejak dari awal saya maklumkan akan teruskan perjanjian utama dan akan muktamadkan. Tetapi bagaimana kita nak muktamadkan perjanjian utama ini kalau ada pihak berdolak dalik dan tidak patuhi semangat prinsip perjanjian utama," katanya.

Mohamed Azmin turut menyifatkan dakwaan Abdul Khalid bahawa beliau pemimpin retorik sebagai sekadar pandangan peribadi.

"Tak apalah, itu pandangannya," katanya.

Manakala desakan pendahulunya yang meminta beliau berundur, Mohamed Azmin menegaskan, perkara itu bukanlah di bawah bidang kuasa Abdul Khalid.
 
Sarang tebuan jgn dijolok...kan bang Khalid dah marah
 
Azmin ooh azmin...spesis politikus haprak jg mamat ni..
 
sokong Tan Sri Khalid..tah kenapa aku tgk azmin ni cm boneka je....
 
Bagusler.. Bila ada orang mengkritik baruler rajin buat koje
 
selagi di tahta, pasti ada pengkritik & penyokong.. Tun M pernah duk kerusi no 1 pun kritik keras penyandang2 kerusi tersebut.. walhal.. semua nya org2 bawahan dia dulu..
 
Back
Top
Log in Register