BTC USD 86,230.3 Gold USD 4,321.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Abd Malek Dilantik Ketua Polis Daerah Taiping

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,386
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,386
Reaction score
346
Points
141
cde7fc7d5693088210d60708074c28bd6968b6cfb341b


Timbalan Ketua Polis Daerah Taiping ACP Abd Malek Ismail dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Taiping menggantikan ACP Mohamad Nasir Ismail yang bersara wajib mulai esok.

Majlis pemakaian pangkat dan serah tugas jawatan itu berlangsung di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping di sini hari ini dengan disaksikan Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin.

Turut hadir Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak SAC Roslan Yusof@ Mohamad serta Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPK Perak SAC Razlam Abd Hamid.

Abd Malek, 59, ketika ditemui pemberita berkata beliau akan memberikan penumpuan khusus terhadap kes penipuan dalam talian serta narkotik.

“Saya harap semua anggota akan dapat memberikan kerjasama terbaik demi memastikan kedua-dua kes dibanteras habis-habisan di daerah ini,” katanya yang berpengalaman lebih 40 tahun dalam bidang kepolisan.

Sementara itu, Noor Hisam ketika berucap memuji kepimpinan yang ditunjukkan Mohd Nasir dalam memastikan tahap keselamatan daerah Taiping sentiasa berada pada tahap terbaik.

“Kalau dahulu, Taiping antara lokasi panas jenayah selain Ipoh. Namun, menerusi kepimpinan beliau (Mohd Nasir), banyak masalah berjaya diselesaikan mengikut piawaian ditetapkan,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register