BTC USD 85,941.2 Gold USD 4,322.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Mohd Rosdi Dilantik Ketua Polis Daerah Cheras

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,389
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,389
Reaction score
346
Points
141
557d26002c1d284f40b81661f4924152696a1ef417216

4ef289b1cee8523ee05d137648c508e1696a1f0eee70f

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus menyaksikan penyerahan tongkat kuasa daripada SAC Aidil Bolhassan (kiri) kepada ACP Mohd Rosdi Daud (kanan) pada Majlis Serah Terima Tugas jawatan Ketua Polis Daerah Cheras di IPD Cheras hari ini.

-- fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Rosdi Daud dilantik dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Cheras yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Majlis pemakaian pangkat dan serah terima tugas antara Mohd Rosdi dengan Ketua Polis Daerah Cheras SAC Aidil Bolhassan diadakan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di sini hari ini, disaksikan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus.

Fadil dalam ucapannya pada majlis itu menyatakan keyakinan dengan kewibawaan Mohd Rosdi sebagai Ketua Polis Daerah Cheras yang baharu berdasarkan keupayaan serta pengalamannya yang luas.

“Saya mengharapkan beliau (Mohd Rosdi) dapat memberikan penuh komitmen menggunakan semua pengalaman kepakaran, pengalaman yang ada dapat dicurahkan kepada organisasi di Cheras ini dan seterusnya menghasilkan keperluan hasil,” katanya.

Sementara itu, Mohd Rosdi, 54 tahun dalam ucapannya mengharapkan kerjasama warga IPD Cheras termasuk petugas media untuk menyambung legasi cemerlang kepimpinan terdahulu.

Sementara itu, Aidil, yang menerajui IPD Cheras sejak satu tahun tiga bulan lalu, dinaikkan pangkat dan ditukarkan ke Bukit Aman sebagai Ketua Penolong Pengarah Kepolisan Am, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA).

Beliau mengucapkan penghargaan kepada seluruh warga IPD Cheras atas kerjasama dan komitmen sepanjang memimpin daerah itu.

“Tanggungjawab sebagai ketua polis daerah bukan mudah, memerlukan kesabaran, ketegasan dan komitmen tinggi. Saya bersyukur kerana dikurniakan pegawai serta anggota yang berdedikasi,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register