Metro2u
Active Member
- Messages
- 2,254
- Joined
- Jun 4, 2007
- Messages
- 2,254
- Reaction score
- 42
- Points
- 30
IBNU Qayyim al-Jauziyah, ulama dan tokoh gerakan dakwah Islamiah ialah
murid ulama terbilang, Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyah. Beliau mempunyai
banyak karya ilmiah yang menjadi panduan dalam gerakan dakwah Islam.Ibu
Qayyim dilahirkan pada tahun 691 Hijrah (1292 Masihi) dan meninggal
dunia pada 751 Hijrah (1350 Masihi)
Ibnu Qayyim al-Jauziyah mengatakan ada sembilan pembaziran yang sering
dilakukan manusia iaitu :-
Ilmu pengetahuan.
Membazir jika tidak diamalkan untuk jalan kebaikan.
Amalan.
Membazir jika dilakukan tidak dengan hati yang ikhlas.
Kekayaan.
Membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak
diredai Allah.
Hati.
Membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah.
Tubuh badan.
Membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah.
Cinta.
Membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta
kepada-Nya.
Masa.
Membazir jika tidak diurus sebaiknya.
Akal.
Membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama.
Zikir.
Membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.
Menurut Ibn Qayyim al-Jauziyah dalam Madarij al-Salikin, waktu tidur
yang lebih baik adalah pada pertengahan malam yang awal iaitu kira-kira
jam 10 malam.
Waktu yang tidak seharusnya kita tidur adalah selepas waktu Subuh
sehingga terbit fajar, waktu selepas Asar sebelum terbenam matahari dan
dari waktu Maghrib ke Isyak.
Beliau berkata, tidur pada waktu itu tidak memberi manfaat kepada tubuh
badan, malah boleh mendatangkan kemudaratan dan makruh hukumnya.
Firman Allah: "Sekali-Kali Tidak Akan Redha
Orang-Orang Yahudi Dan Nasrani Itu Sehingga Engkau
Mengikut Cara Hidup Mereka." (Al Baqarah: 120)