BTC USD 60,627.8 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

9 kucing rentung berpelukan dalam kebakaran

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
22kucin1.transformed_3.jpg

Mohd Sazry Mohd Taha menunjukkan rumahnya yang hangus terbakar di Lorong Haji Salehuddin, Sungai Udang, di sini, pagi tadi.

22kucin2.transformed_1.jpg

Antara kucing milik Mohd Sazry Mohd Taha yang hangus terbakar di lorong Haji Salehuddin, Sungai Udang.

KLANG: Air mata seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) sukar ditahan sebaik menemui sembilan kucing kesayangannya rentung berpelukan dalam kebakaran rumahnya di Lorong Haji Salehuddin, Sungai Udang, di sini, awal pagi tadi.

Mohd Sazry Mohd Taha, 35, dimaklumkan mengenai kebakaran itu sejurus selesai bertugas dalam operasi menyelamat mangsa ribut di Petaling Jaya.

"Selepas kembali ke pejabat APM Klang, rakan setugas memberitahu rumah saya terbakar dan saya bergegas pulang untuk melihat keadaan.

"Sudahlah rumah saya terbakar, lebih sedih lagi bila saya melihat sembilan kucing peliharaan hangus berpelukan.

"Empat daripada kucing itu saya selamatkan dalam operasi menyelamat. Saya kasihan sebab tiada yang bela, jadi saya bawa pulang ke rumah.

"Lima ekor lagi kakak saya beri sebab pengurusan kediamannya tidak benarkan haiwan peliharaan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

Kejadian kira-kira jam 4.15 pagi itu menyebabkan Mohd Sazry menanggung kerugian hampir RM20,000 selepas 2,500 koleksi figura pelbagai karakter dan 500 cincin batu miliknya yang dikumpul sejak 2015 musnah.

Bagaimanapun, dua monyet peliharaannya sempat diselamatkan kerana tinggal di luar rumah dan dialihkan oleh jiran.

Kebakaran turut membabitkan lima rumah lain dan menyebabkan 21 penduduk tinggal sehelai sepinggang.

Ketika ini, mereka berlindung sementara di Dewan Orang Ramai, Sungai Udang, di sini.

Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Klang, Samsol Maarif Saibani berkata, pihaknya menerima panggilan kira-kira jam 4.30 pagi tadi.

"Seramai 20 pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Raja, Andalas, Sungai Pinang dan Pelabuhan Klang dihantar ke lokasi kejadian bagi memadam kebakaran.

"Kebakaran membabitkan sebuah rumah kelas B dan lima kelas C. Tiada kecederaan mangsa dilaporkan manakala punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya.


https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/03/402621/kucingku-mati
 
Semoga Allah gantikan dgn rezeki yg lebih baik.sedih betul tgk kucing2 tu
 
Sedih nya. Takziah kepada mangsa. Terasa cam kena kat kucing aku jer.
 
terbayang saat kucing tu mengiau beramai2 dlm sangkar
 
dia kaburkan x penuh .. nampak kaki anak bulus tu ..alahai kesiannya :(

takziah ... semoga dipermudahkan segala urusan..
 
Back
Top
Log in Register