BTC USD 81,971.0 Gold USD 4,175.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

9 AMALAN ter`BALIK’

ai-zone

Fun Poster
Messages
642
Joined
Jan 6, 2011
Messages
642
Reaction score
60
Points
20
nie satu fakta menarik yang banyak berlaku dalam masyarakat kita hari nie. sekadar berkongsi:

KENDURI ARWAH​

Yang kita lakukan: Amalan kenduri arwah dilakukan oleh keluarga si mati selepas sesuatu kematian 3 malam berturut dan malam ke 7.

Yang Sepatutnya: Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.


2. BERSALAMAN
Yang kita lakukan: Kalau kita ke kenduri kahwin Kita selalu salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit segan nak pergi makan kenduri.

Yang Sepatutnya: kalau menziarah orang mati tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah.

3. PEMAKAIAN
Yang kita lakukan:Ketika menghadiri majlis pemimpin negara atau anugerah kita berpakaian cantik kemas dan segak

Yang Sepatutnya: Ketika mengadap Allah baik di rumah mahupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan kadang2 ada yang tak berbaju


4. MENJADI TETAMU
Yang kita lakukan: Kita rasa segan nak makan sampai habis kerana malu dan nak jaga kelakuan diri.

Yang Sepatutnya: Sedangkan yang dituntut, dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.


5. SOLAT SUNAT
Yang kita lakukan: Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas.

Yang Sepatutnya: Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. KENDURI SEMPENA HAJI
Yang kita lakukan: kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun

Yang Sepatutnya:Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri

7. KERISAUAN IBU BAPA
Yang kita lakukan: Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen. Sanggup belanja besar utk bayar yuran tuisyen. Amik dan hantar anak setiap hari.

Yang Sepatutnya: Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Yuran Sekadar RM15 jer sebulan, tp……

8. KELUAR RUMAH
Yang kita lakukan: Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja.

Yang Sepatutnya: Tapi kalau nak ke rumah Allah (masjid atau surau) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang.

9. BERHIAS
Yang kita lakukan: Seorang isteri kalau nak keluar rumah, samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Pakai cantik2, solek sana sini. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah.

Yang Sepatutnya: Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain​



kredit to MOHD ADY AZRI MOHD ISLAKHUDDIN

ps: sekadar renungan, yang baik ambil teladan yang xbaik jadikan sempadan.. Azam 2013, nak aktif skit dalam cg, sebelum nie banyak jadi silent reader je.. sorry klu astrok awani. huhu..:)cgrock:)cgrock
 
betul dah tu...banyak yang terbalik..susah nak betulkan
 
gooooooooooooooooooooood info... good job
 
nape yg no.9 tu tak dibold tt
 
Dah pernah dgr/baca tapi takpe sebab utk kebaikan bersama...
 
ohh.. kena salam berisi msa ziarah simati yer.. baru den tahu..

slalu klu g knduri mmg kena salam berisi..

haishhh.. mmg amalan terbalik ni..

kena tukar lps ni... kena tukar...

thx yo tt... gud infonya.. :)cgrock :)cgrock :)cgrock
 
Last edited:
memang banyak terbalik kita nih....alhamdulillah,ada gak yang menegur....
 
Back
Top
Log in Register