BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

80 tahun aktif kekal sihat, ini rahsia Rhoma Irama

kakigossip

Active+ Member
Messages
3,067
Joined
Apr 21, 2011
Messages
3,067
Reaction score
40
Points
40

80 tahun aktif kekal sihat, ini rahsia Rhoma Irama​

RHOMA-IRAMA.jpg

SELEPAS 31 tahun, Rhoma Irama kembali membuat persembahan di Malaysia sempena Konsert Latihan Pestapora yang berlangsung Stadium Hoki Bukit Jalil hari ini.

80 tahun aktif kekal sihat, ini rahsia Rhoma Irama

KUALA LUMPUR – Berusia 80 tahun tetapi masih mampu beraksi di pentas persembahan, Raja Dangdut Indonesia, Rhoma Irama mendedahkan rahsianya kekal sihat tanpa masalah kesihatan adalah tidak meninggalkan ibadah kepada Tuhan.

Menurut Rhoma atau nama sebenarnya Raden Oma Irama, setiap manusia yang rajin beribadah akan sentiasa terpelihara dan berada dalam lindungan Allah SWT.

“Dekatkan diri dengan Allah. Dengan beribadah hati jadi bersih, tubuh jadi sihat. Kalau hati kita kotor, pelbagai penyakit senang muncul,” katanya ketika ditemui pada majlis menandatangani kerjasama projek album nusantara Man Kidal, semalam.

Pada usia 80 tahun juga, bintang legenda yang terkenal dengan lagu Gali Lobang Tutup Lobang itu dipilih sebagai antara penyanyi yang membuat persembahan di Konsert Latihan Pestapora Kuala Lumpur yang berlangsung di Stadium Hoki Bukit Jalil hari ini.

Kata Rhoma, dia gembira kerana diberi kesempatan membuat persembahan di Malaysia yang disifatkannya sebagai rumah kedua.

“Malaysia sudah menjadi rumah kedua dan juga keluarga saya. Selama saya bergelar penyanyi, saya sudah buat persembahan sebanyak 10 kali di seluruh Malaysia.

“Kali terakhir saya membuat persembahan di Malaysia adalah pada 1995. Selepas 31 tahun, saya diberi peluang untuk kembali membuat persembahan di sini pada usia yang saya yang tidak muda lagi.

“Mudah-mudahan saya boleh menyumbangkan sesuatu yang positif khususnya hubungan antara Malaysia dan Indonesia supaya netizen tidak bergaduh,” jelasnya.

Rhoma juga bakal berkolaborasi bersama gitaris legenda tanah air iaitu Man Kidal menerusi projek istimewa album Nusantara yang akan diterbitkan tidak lama lagi.

“Saya tertarik dengan idea sahabat saya, Man Kidal yang mahu menerbitkan album Nusantara. Album ini mampu menyatukan masyarakat serumpun. Sejak akhir-akhir ini, netizen Malaysia dan Indonesia suka bergaduh.

“Saya percaya muzik mampu menyatukan kita. Jadi saya sambut pelawaan Man Kidal dengan baik,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

==============================

Rhoma ni power la, umur 80 pun masih gigih kat pentas. Dekat IG dia, nampak bahagia main gitar tapi cer try soft launch pulak, kang viral tak sempat nak pusing2. 😜

 
Back
Top
Log in Register