BTC USD 64,916.1 Gold USD 4,448.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

80 peratus projek JKR lewat

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUANTAN 1 Jun - Kementerian Kerja Raya mengenal pasti 80 peratus projek yang dijalankan di seluruh negara sepanjang tahun lalu mengalami kelewatan.

Menterinya, Datuk Shaziman Abu Mansor menegaskan, berikutan itu,pihaknya akan memperketatkan amalan pemberian Perlanjutan Masa (EOT) supaya kadar kelewatan projek dapat dikurangkan kepada 50 peratus pada tahun ini.

Tegas beliau, amalan EOT menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung peningkatan kos dan pembaziran masa serta tenaga.

``Kadar ini adalah tinggi tetapi kelewatan projek bukan berpunca daripada JKR semata-mata sebaliknya disebabkan pelbagai faktor,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat pegawai kanan Jabatan Kerja Raya (JKR) di sini hari ini. - Utusan
 
rase baru tengok berita kat buletin utama tadi.cepatnyer la eboss kite nie yer..berita tgh panas lagi tu...
 
pemantauan projek tk cekap........
keje dibuat oleh subkontraktor yg tk punye modal pusingan yg memadai dg kos projek....al maklumlah, kontrak org lain dpt....actual kontraktor yg buat keje entah dh kt tangga ke brape,


some more, staff2 kt jkr tu masih di takuk lama,patut di re-shuffle, di tukar atau di re-trained....malah lebih baik hantar diorg training kt kompeni private...bg kami yg kt private ni evaluate diorg:D
 
80% tuuuuu......

takkan baru sedar kot.. wayang lagi la ni
 
Nmpk gaya kena panggil uncle samy jaga jkr balik ler..:p
 
dh la lewat, x berkualiti pulak tu. engineer turun site sbb blh claim riban2. sbb tu stadium pun blh runtuh.nk tengok SPRM nk kerja pantas x. mesti kes penipuan guna material x ikut spek.
 
Ramai gak kontraktor yang lingkup gara2 kenaikan harga barang dalam bulan March-Jun 2008 lalu.....
 
80 % banyak sangat tu... bukan per peraturan cakap EOT maksima boleh diberi 3 kali je... maaf le kalau aku silap...
 
80 % banyak sangat tu... bukan per peraturan cakap EOT maksima boleh diberi 3 kali je... maaf le kalau aku silap...

Ada ke peraturan cakap mcm tu..? :D
 
Back
Top
Log in Register