BTC USD 63,955.6 Gold USD 4,467.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

80 pekerja asing diperiksa

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Sebahagian daripada pekerja asing yang diperiksa dalam operasi, kelmarin.​

JOHOR BAHRU - Seramai 80 warga asing diperiksa Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Imigresen negeri dalam serbuan Ops Mahir di Taman Perindustrian Cemerlang, Ulu Tiram, dekat sini kelmarin.

Timbalan Penolong Pengarah Kanan Imigresen, Zakiria Abdul Rahman berkata, operasi sekitar jam 11 malam itu melibatkan 24 pegawai imigresen.

Menurutnya, hasil daripada pemeriksaan dilakukan, 24 lelaki dan tujuh wanita warga asing ditahan kerana dipercayai melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

"Mereka yang ditahan terdiri daripada 23 lelaki warga Bangladesh; seorang dewasa Indonesia; lima wanita warga Myanmar serta dua wanita Indonesia berusia 18 hingga 39 tahun ditahan.

"Mereka ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan 17b Peraturan-peraturan Imigresen 1963," katanya semalam.

Zakiria yang bertindak sebagai ketua ops berkata, operasi itu dilakukan hasil aduan awam dan tiada kejadian tidak diingini berlaku sepanjang operasi dijalankan.
 
mmg ramai org asing kawasan desa cemerlang ni....cube p depan sikit..tiram tu
 
Back
Top
Log in Register