BTC USD 61,480.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

8 maut jambatan runtuh

kalau

CG Top Poster Club
gem
Messages
48,563
Paid Membership
Joined
Mar 4, 2008
Messages
48,563
Reaction score
127
Points
123
Lima kenderaan terjunam ke dalam sungai di Mexico

BANDAR RAYA MEXICO: Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh dan tiga lagi hilang apabila lima kenderaan terjunam ke sungai apabila sebuah jambatan runtuh di timur Mexico, kata pegawai.

Pengarah Perlindungan Sivil wilayah Veracruz, Marquez Hernandez, memberitahu jambatan menghubungi negeri itu dengan wilayah Tabasco, di tenggara Mexico.

Hernandez berkata, pihak berkuasa sudah menemui lapan mayat di tempat kejadian.

Pihak berkuasa berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan mangsa lain dengan bantuan bot dan penyelam, kata Gabenor Veracruz, Fidel Herrera.

Herrera berkata, jambatan sepanjang 260 meter itu 'terlalu tua' dan ia mungkin punca ia roboh, manakala Hernandez pula memberitahu, sebuah treler terlebih muatan jadi puncanya.

Tiga orang masih belum ditemui selepas kenderaan terbabit jatuh ke sungai Tonala, kata pegawai kepada stesen Cable News Network (CNN).

Penumpang kenderaan keempat berjaya berenang ke tepian. Tiga daripada lima kenderaan yang jatuh ke sungai itu adalah treler traktor, lapor agensi berita Notimex. - Agensi
 
kalo dah tau jambatan tue 'tua', naper tak dinaiktaraf

ataupon diganti ngan yg baru jer?
 
Back
Top
Log in Register