ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Operasi yang dijalankan di salah sebuah pusat karaoke keluarga di Prima Gombak, Jumaat lalu.
GOMBAK - Sebanyak lapan orang ditahan selepas didapati positif dadah dalam operasi dijalankan di tiga pusat karaoke keluarga dan sebuah pusat siber sekitar Prima Gombak, Jumaat lalu.
Operasi dijalankan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Gombak dengan kerjasama Unit Khas Majlis Perbandaran Selayang (MPS) kali kedua untuk tahun ini selepas Mac di Rawang yang berjaya menahan lima individu positif dadah.
Ketua Unit Khas MPS, C Paramasivam berkata, sekurang-kurangnya 50 pengunjung pusat karaoke dan pusat siber diarah menjalankan ujian saringan air kencing sebelum lapan ditahan.
"Kesemua ditahan berusia antara 18 hingga 40 tahun memberikan kerjasama sebelum diserahkan kepada AADK untuk tindakan selanjutnya.
"Sekurang-kurangnya 30 penguat kuasa terlibat dalam operasi berkenaan dan tiada sebarang masalah atau halangan berlaku sepanjang pemeriksaan dilakukan," katanya.
Katanya, operasi sama akan diteruskan pada masa akan datang dalam usaha mengawal dan mengurangkan penglibatan gejala tidak sihat dalam masyarakat.