BTC USD 61,713.5 Gold USD 4,328.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

77 kes cerai setiap hari

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
KUALA LUMPUR – Masalah keruntuhan institusi keluarga Islam di negara ini semakin menjadi-jadi apabila rekod Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati, sebanyak 28,035 pasangan bercerai sepanjang tahun lalu.

Statistik itu bermakna, secara purata 77 kes perceraian sehari atau tiga kes bagi setiap jam didaftarkan di Malaysia berbanding 135,548 pasangan yang berkahwin tahun lalu.

Angka itu mencatatkan peningkatan 144 kes berbanding 27,891 pasangan yang bercerai sepanjang tahun 2009.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim ketika dihubungi semalam mengakui, sekali pandang jumlah kes perceraian pasangan Islam cukup tinggi dan membimbangkan.

Katanya, kebanyakan daripada perceraian itu berlaku selepas pasangan terbabit gagal mencapai persefahaman yang sepatutnya wujud di antara suami isteri.

Beliau bagaimanapun berpendapat, walaupun kes perceraian ditegah dalam Islam, ada pihak mungkin melihatnya dari perspektif yang berbeza.

“Sekali pandang bilangan kes perceraian memang tinggi tetapi kita juga perlu melihatnya daripada sudut lebih positif.

sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=1019&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm
 
apa yg positipnyer masitah oooiiii....

cuba story sket :-?
 
tang mana pulak yg positifnya? sbb masih rendah dr negara jiran ke?

adik ipar aku pun dlm proses nak bercerai... kalau laki dia dah mmg mcm jahanam, pemalas kerja pukul bini takkan masih lagi nak bersama... dan byk kes mcm tu yg aku jumpa...
 
susahnye nk kawin seseng nk cerai skrg ni
 
positifnya sbb isteri leh elak tambah dose kalo duk lawan suami...
 
Back
Top
Log in Register