BTC USD 82,824.0 Gold USD 4,126.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

73 golongan



berbalik pada soalan saudara, adalah perkara IMAN, ILMU DAN AMAL itu adalah perkara yang tertanam didalam hati setiap orang. Tidak ada satu pun mesin atau cara didunia ini yang mampu menilai tahap IMAN, ILMU DAN AMAL seseorang terhadap penciptanya iaitu ALLAH. Bagaimana kita sebagai manusia lagi hamba untuk menilai tahap keimanan seseorang itu sedangkan kita hanya berupaya untuk menilai tahap keimanan diri kita sahaja.
[/B] itulah perkara 1 daripada 73 yang kita kehendaki. kelak nanti kita akan diperlihatkan sebelum atau ketika sakaratul maut ... percayalah ... Insya ALLAH.


maaf, saya tidak jelas dgn penjelasan saudara. saya refer semula pada ayat saudara seperti dibawah ni"-

"Umat Islam dari negara lain selain dari rantau asia tenggara juga berpegang kukuh dgn AL-quran dan Sunnah malah lebih kukuh dari pegangan ASWJ .. bagaimana pula tu?"


saya nak tanya umat islam dr negara lain yg saudara kata yg berpegang kukuh lebih drp ASWJ tu bagai mana keadaan nya?apa yg mereka lakukan sehingga saudara kata mereka lebih kukuh dr pegangan aswj?

soalan ke-2: how do u evaluate pegangan aswj?

soalan ke-3: jemaah yg mana yg saudara maksudkan (yg lebh kukuh tersebut)?
 
Last edited:
dalam satu artikel yang aku jumpa ialah usah difikirkn siapa yg 72 golongn tu, yg kita kena fikir skrg adalah agar kita termasuk dlm golongan yg satu tu, itu yg perlu kita fikir dan usaha.

dalam satu hadis yang aku jumpa ialah

kesemua umatku akan masuk syurga kecuali mereka yg enggan masuk, sahabat tanya: wahai Rasul Allah, siapakah yg enggan itu? jawab Nabi: mereka yg taat pada aku dan allah maka masuk syurga, dan mereka yg mengingkariku mereka itu yg enggan.(riwayat al-Bukhari)
 
maaf kalau saya salah, ada dalam kitab Mi'raj Ruhani menemui nur Illahi mengatakan bahawa 73 golongan itu semua sekali akan masuk neraka / tidak mendapat hidayah ALLAH sehingga akhirat ... dan ada pendapat juga mengatakan 1 daripada 73 golongan tersebut akan mendapat manfaat daripada yang mengerjakannya....

daripada apa yg saya pelajari dari guru guru, mengatakan bahawa kesemua 73 golongan tersebut adalah golongan yang tidak memperolehi sebarang manfaat dari ALLAH termasuk sunni, shyiah, India, China, Budha, Ahli Sunnah Waljamaah, dan byk lagi golongan agama ....

1 golongan yang dimaksudkan adalah mereka mereka yg amat teguh pengangan pada kalimah LA ILA HA ILLAH MUHAMMAD RASULULLAH.

maaf kalau pendapat saya ni salah sama sekali ... saya pernah berjumpa dengan sami india, sami budha dari siam, budhha (cina) ... muallaf cina dan seorang ustaz (ustaz ni terkenal) .... pegangan kalimah tauhid sahaja yang mampu mengukuhkan hait seseorang itu.

sami India tu pernah mengatakan bahawa dia mengubat seseorang kaum Indai .. bukan dia yang menyembuhkannya, akan tetapi ALLAH yang melakukannya .. dia hanya melakukan gerak yang diilhamkan melalui hatinya sahaja .... aku pernah bertnya kenapa kalau mcm tu tak masuk agama islam ... jawapan dia yang buat aku terngaga sampai sekarang ... HINDU .. BUDDHA .. ISLAM .. KRISTIAN ... itu semua adalah agama warisan .... agama yang diturunkan dari nenek moyang sampai kehari ini ... semua sama cuma caranya berbeza dalam menyembah ALLAH ... kami sembah patung? adakah kami yakin patung itu yang memberikan kami makan, dll? tentu tidak. hnya ALLAH sahaja. kami bukan ***** nak sembah patung .. cuma caranya yang berbeza ....

aku pernah jumpa org buddha siam ... dimana ketua mereka mati ... tetapi apabila dibuka kain dipakainya terdapat senaskah alquran yang telah dialih bahasa (aku tak tnya dialih bahasa apa) .... tertulis sebuah catatan didalam alquran tersebut dalam bahasa siam dimana ... lebih kurang mcm ni , terkandung didalam tubuhku seluruh kitab ini, yang mana semuanya tuju kepada yang satu ....

dah tak larat aku nak tulis .. ni pendapat aku yang boddoh ..... harap dapat mennyelongkar lagi maksud hadith ini.

salam,
sy rase xperlu dikongsi artikal mcm nie..bukan boleh membantu forumer islam di CG ni malah boleh buat org rase was2 dgn islam plak..perlu kite ingat syaitan nk was2 kan umat islam ber mcm2 cara..so hati lah2..lagi 1 bab hadis..hadis nie ade 3..pertama hadis yg sahih dan boleh dibawa berdebat,kedua hadis yg boleh diriwayatkn tp xboleh dibawa berdebat,ketiga hadis palsu..hadis palsu nie berlambak kat internet so pendapat sy jgn main copy paste jew...

pada sy senang..jgn jauh2 sgt kite fikir kalau yg dekat pun msih x faham..mengaku org islam,tahu mengucap tp kna tahu jgak ape makna mengucap tu..bukan ke Nabi Muhammad tu pesuruh Allah yg biase kite mengucap dlm solat harian?..x perlu lagi was2..islam adalah agama mutlak milik Allah swt bukannnye main turun temurun cm parti politik..yg selalu di buat solat 5 waktu tu..kana fhm dulu ape makna ayat dalam surah Al fatihah tu..bila kita takbir,Allah huakbar ape makna Allah huakbar tu??semuanya pujian2 bagi Allah...boleh ke disamakn dgn sembah patung,berhala tp niat Tuhan tu tetap Allah?mesti lah x kan...

sebagai org islam jgn sesekali kita samakn agama nie dgn agama lain..sy mmg xsetuju kalau ade yg kata agama islam nie agama warisan dari turun temurun....berbalik kalau kite lihat post yg lepas ade yg kata baik buruk Allah dah tentukan..nie lagi 1 sy x setuju..yg baik tu mmg dari Allah,yg buruk dari kelemahan manusia tu sendiri..sebagai cth,rezeki.ok rezeki kite nie dah ditentukan..kite kenalah berusaha mncari rezeki.lepas berusaha kite kna tawakal plk..pastu ape yg dtg tu lah qada dan qadarNya..jgn silap kt sini..katakan takdir kita buruk?adekah kita perlu putus asa dan serahkan bulat2 pada Allah?mestilah kite berusaha dulu,berdoa dan bertawakal..mcm nie baru betul..
 
syaitan nie nak sesatkan umat Nabi Muhammad saw mcm2 cara..mula2 dia buat org islam was2 dulu..bila dah was2 senanglah nk sesatkan..
 
itu la kan..saya pon setuju dgn saudara felinesnipers ...jangan sesekali kita cuba nak samakan agama islam dgn agama lain mcm yg saudara mokhaini tu kata, apa tah lagi nak menyamakan Tuhan Kita iaitu Allah swt dgn Tuhan lain. teramat beza antara Allah swt dgn tuhan patung agama lain. Allah adalah Tuhan yg tidak sekali2 boleh di gambarkan oleh otak kita apatah lagi hendak diterjemahkan kepada sesuatu. apa jua yg boleh kita gambarkan adalah makhluk, dan Allah bukan makhluk, tak boleh juga kata Allah itu bertangan dan sebagainya (sebagaimana sesetengah akidah org islam yg ada di zaman ini), ini pon salah...malah..salah besar...

bg org kafir plak, mereka telah menterjemah Tuhan mereka dlm bentuk patung, sebesar2 patung dan sekecik2 patung mereka buat dan mereka sembah. mereka yakin patung itu akan memberikan segala2nya. either patung tu atau ada kuasa lain disebalik patung tu, itu la pegangan mereka. kuasa lain yg ada pada patung tu sebenarnya adalah kuasa sihir. kerana pada setiap patung, disitulah tpt tinggal syaitan dan iblis..

cuma secara general kita bolehla kita kata, semua agama mengajar penganut2 nya utk menjadi org2 baik...cumanya...caranya dan pegangan nya adalah berbeza dan tak boleh dibandingkan dgn Islam. lihat contoh mcm sami budha, mereka pon berzikir dgn tasbih2 mereka, mereka pon didik hati dan nafsu mereka,mereka asingkan diri dlm temple sbb nak elakkan hati mereka drp terikut dgn dunia luar...tp malangnya, pegangan mereka adalah SALAH sbb mereka menyembah tuhan buddha. tp generalnya, mereka mengajar dan melatih penganut menjadi baik, dan setakat itu sahaja...

kepada saudara Mokhaini, CUKUP LA KITA BERPEGANG BAHAWA ALLAH ITU AHADUN iaitu SATU. pegang kuat2 iktikad ini dan jgn make yourself konfuse dgn agama2 lain.
 
Last edited:

Tanya Sama Itu Hud-hud

Tujuh puluh tiga pintu
Tujuh puluh tiga jalan
Yang sampai hanya satu jalan

Lagu ni dimulakan dengan sebuah petikan hadis.Hadis tersebut diriwayatkan oleh Abu Hurairah, artinya: "Bangsa Yahudi telah terpecah menjadi 71 golongan, kaum Nasrani telah terpecah menjadi 72 golongan, dan umatku akan terpecah menjadi 73 golongan. Semuanya masuk neraka, kecuali satu". Kemudian para sahabat pun bertanya: "Siapa mereka ya Rasulullah?".
Rasullah menjawab: "Mereka yang mengikutiku dan sahabat-sahabatku".

Beribu-ribu Margasatua
Mencari raja si Muraq
Yang sampai hanya tiga puluh

Mantiq Al-Tayr (Musyawarah Burung) merupakan karya yang paling fenomenal dari Fariduddin Attar. Kitab itu berisi pengalaman spiritual yang pernah dilaluinya untuk mencari makna dan hakikat hidup. Attar menuangkan pengalamannya itu melalui sebuah cerita perjalanan sekawanan burung agar lebih mudah dimengerti.
Dengan gaya bertutur, kitab itu mengisahkan perjalanan sekawanan burung untuk mencari raja burung yang disebut sebagai Simurgh (Muraq) di puncak Gunung Kaf yang agung. Sebelum menempuh perjalanan berkumpulah segala burung di dunia untuk bermusyawarah. Tujuan mereka hanya satu yakni mencari raja. Dalam perjalanan itu, para burung yang dipimpin oleh Hud-hud harus melalui tujuh lembah.
Ribuan burung sedunia pun berangkat. Namun yang berhasil bertemu dengan sang raja hanyalah 30 ekor saja. Tujuh lembah yang dikisahkan dalam cerita itu melambangkan tingkatan-tingkatan keruhanian yang telah dilalui Attar selama berkelana mencari hakikat hidup.
Ketujuh lembah yang harus ditempuh untuk dapat bertemu dengan Sang Khalik itu adalah lembah pencarian, lembah cinta, lembah keinsyafan, lembah kebebasan dan kelepasan, lembah keesaan murni, lembah keheranan, lembah ketiadaan

Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu

Lihat dunia dari mata burung
Atau dari dalam tempurung
Yang mana satu engkau pilih
Dalam kalut ada peraturan
Peraturan mencipta kekalutan
Di mana pula kau berdiri
Di sini

Algojo ni maksudnya tukang pancung kepala.

Fariduddin Attar dipenjara oleh tentara Mongol. Lalu seseorang datang dan mencoba menebusnya dengan ribuan batang perak. Namun, Fariduddin Attar menyarankan agar tentera Mongol tak melepaskannya. Tentara Mongol mengira penolakan itu dilakukan agar tebusan yang diberikan lebih besar. Setelah itu datang lagi orang lain yang membawa sekarung jerami untuk menebus Fariduddin Attar. Kali ini Fariduddin Attar meminta agar tentera Mongol melepaskannya. Tentara Mongol pun marah besar dan lalu memotong kepala Fariduddin Attar.
Ini la dimaksudkan dalam kalut ada peraturan,peraturan mencipta kekalutan..Ooh... Sang Algojo
Ooh... nanti dulu

Berikan ku kesempatan akhir ini
Untuk menyatakan kalimah/kisah sebenarnya
Berikan aku kesempatan akhir ini
Lai lai la lai la lai

"Tanya sama itu hud-hud
Lang mensilang
Kui mengsikui
Kerna dia yang terbangkan ku ke mari"

"Lang mensilang, Kui mengsikui" bermaksud Orang tak macam orang, hantu tak macam hantu.

Disini la pencipta lagu dan penulis lirik lagu ni mengajak kita mengkaji ,belajar..hakikat diri..hakikat kehidupan...adakah kita termasuk ikut satu jalan yang sampai dari 73 jalan tu...???







Mana kau dpt nie bro?
 
kiamatnya kita akhir zaman la kita.. betul ke tuan...

apa yg disampaikan kepada saya itulah dia .. akan tetapi, seandainya ada rakan cg yang lain ada jawapan berbeza .. sy mohon pencerahan.
 
maaf, saya tidak jelas dgn penjelasan saudara. saya refer semula pada ayat saudara seperti dibawah ni"-

"Umat Islam dari negara lain selain dari rantau asia tenggara juga berpegang kukuh dgn AL-quran dan Sunnah malah lebih kukuh dari pegangan ASWJ .. bagaimana pula tu?"


saya nak tanya umat islam dr negara lain yg saudara kata yg berpegang kukuh lebih drp ASWJ tu bagai mana keadaan nya?apa yg mereka lakukan sehingga saudara kata mereka lebih kukuh dr pegangan aswj?

soalan ke-2: how do u evaluate pegangan aswj?

soalan ke-3: jemaah yg mana yg saudara maksudkan (yg lebh kukuh tersebut)?



maaf, saya sebenarnya nak tulis mungkin lebih kukuh dari pegangan kerana mereka juga berpegang pada Alquran dan sunnah. Ini kerana, mereka dihadapkan ALLAH dengan cubaan yang lebih besar dari kita seperti negara Pakistan, negara Afghan ....

pegangan yang 1 itu adalah pegangan dimana kita letakkan kalimah taudih dan rasul itu dalam segala hal sebagai contoh :-

nasib baik aku tak bawa lelaju dalam hujan lebat ini, kalau tidak nanti mesti aku juga terbabas dan mungkin mata .. disini sama seperti aku ... pegangan tauhid kita telah goyah kerana menganggap bahawa hujan dan bawa kete lelaju itu boleh mengundang padah walhal hakikatnya semuanya datang dari ALLAH ... dan sebagai contoh lagi ... YANG BAIK DATANG DARI ALLAH, DAN YANG BURUK DATANG DARI SAYA SENDIRI menunjukkan bahawa kita ini sudah lari jauh dari qada' dan qadar ALLAH. hakikatnya semua perkara itu datang dari ALLAH.

sebab itu, para jihad dari negara pakistan, afghanistan, libya dan negara negara islam lain hanya berpegang akan kalimah tauhid dan rasul ini dan meletakkan bahawa sesungguhnya hanya perkara yang ALLAH utuskan keatas diri mereka sahaja akan mendatangkan mudharat, tidak perkara lain. seandainya mereka ditembak dijantung, belum sampai hakikat akan mereka harus mati dan menembusi dada mereka, ianya tetap tidak akan terjadi

inilah dia pegangan yang kukuh yang membezakan islam yang hakiki dgn islam yang dianuti. inilah juga yg membezakan bawaha seseorang itu hadir bersama ALLAH dan Rasul dalam jiwa mereka dgn org yang melakukan perintah ALLAH dan Rasul semata mata takut akan balasan dan murka ALLAH.
 
Back
Top
Log in Register