BTC USD 81,985.4 Gold USD 4,118.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

73 golongan

maaf kalau saya salah, ada dalam kitab Mi'raj Ruhani menemui nur Illahi mengatakan bahawa 73 golongan itu semua sekali akan masuk neraka / tidak mendapat hidayah ALLAH sehingga akhirat ... dan ada pendapat juga mengatakan 1 daripada 73 golongan tersebut akan mendapat manfaat daripada yang mengerjakannya....

daripada apa yg saya pelajari dari guru guru, mengatakan bahawa kesemua 73 golongan tersebut adalah golongan yang tidak memperolehi sebarang manfaat dari ALLAH termasuk sunni, shyiah, India, China, Budha, Ahli Sunnah Waljamaah, dan byk lagi golongan agama ....

1 golongan yang dimaksudkan adalah mereka mereka yg amat teguh pengangan pada kalimah LA ILA HA ILLAH MUHAMMAD RASULULLAH.

maaf kalau pendapat saya ni salah sama sekali ... saya pernah berjumpa dengan sami india, sami budha dari siam, budhha (cina) ... muallaf cina dan seorang ustaz (ustaz ni terkenal) .... pegangan kalimah tauhid sahaja yang mampu mengukuhkan hait seseorang itu.

sami India tu pernah mengatakan bahawa dia mengubat seseorang kaum Indai .. bukan dia yang menyembuhkannya, akan tetapi ALLAH yang melakukannya .. dia hanya melakukan gerak yang diilhamkan melalui hatinya sahaja .... aku pernah bertnya kenapa kalau mcm tu tak masuk agama islam ... jawapan dia yang buat aku terngaga sampai sekarang ... HINDU .. BUDDHA .. ISLAM .. KRISTIAN ... itu semua adalah agama warisan .... agama yang diturunkan dari nenek moyang sampai kehari ini ... semua sama cuma caranya berbeza dalam menyembah ALLAH ... kami sembah patung? adakah kami yakin patung itu yang memberikan kami makan, dll? tentu tidak. hnya ALLAH sahaja. kami bukan ***** nak sembah patung .. cuma caranya yang berbeza ....

aku pernah jumpa org buddha siam ... dimana ketua mereka mati ... tetapi apabila dibuka kain dipakainya terdapat senaskah alquran yang telah dialih bahasa (aku tak tnya dialih bahasa apa) .... tertulis sebuah catatan didalam alquran tersebut dalam bahasa siam dimana ... lebih kurang mcm ni , terkandung didalam tubuhku seluruh kitab ini, yang mana semuanya tuju kepada yang satu ....

dah tak larat aku nak tulis .. ni pendapat aku yang boddoh ..... harap dapat mennyelongkar lagi maksud hadith ini.

Salam Saudara,

saya sebelum ini pon ada pernah mendengar menegenai semua agama yg berbeza mcm Hindu budha kristian semua declare mengatakan mereka itu menyembah ALLAH tetapi cara yg berbeza. menyembah TUHAN is applicable to all different religious. tp menyembah ALLAH is only for Muslims. mereka (bukan islam) tidak menyembah ALLAH sebaliknya mereka mempersekutukan ALLAH. sila lihat tafsirah Surah Al-Ikhlas:

Allah berfirman.
Artinya :
“Katakanlah : “Dialah Allah, Yang Maha Esa” [Al-Ikhlash : 1]
“Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. [Al-Ikhlash : 2]
“Dia tidak beranak dan tiada pula diperanakkan” [Al-Ikhlash : 3]
“Dan tidak ada seorang pun yang setara dengan Dia” [Al-Ikhlash : 4]

Surah ini jelas merupakan surah yg MENTAUHIDKAN Allah, MENYUCIKAN ALLAH dr segala sekutu/yg setara dgn nya.

refer balik pada agama lain. mereke menyembah TUHAN dlm bentuk patung yg mana TUHAN mereka boleh di gambarkan/disekutukan/diserupakan dgn Patung, mereka sembah, memuja, meminta pada gambaran/patung tersebut sbb itu yg mereka percaya sedangkan bg org ISLAM, TUHAN tidak sesekali menyerupai apa jua jenis makhluk/bende dlm apa jua jenis keadaan.

Agama Kristian juga di larang menggunakan kalimah ALLAH bg mengantikan perkataan "Tuhan" mereka sbb KRISTIAN berkonsepkan ketuhanan Trinity sedangkan ALLAH (bg org islam) adalah bersifat ESA, THE ONE AND THE ONLY ONE.

Saya harap ini dpt sedikit sebanyak menghapus kekeliruan agama lain terhadap agama islam.

Surah Al-ikhlas cukup pendek. tetapi kalau kita belajar in detail mengenai tafsiran nya dan takwilan nya, kita dpti penjelasan nyer cukup detail...sekaligus menolak fahaman WAHABBI (org islam yg mempunyai akidah yg menyimpang dgn ajaran islam) yg mengatakan Allah itu BERTEMPAT DI ARASY,ALLAH ITU MEMPUNYAI TANGAN dan sebagainy.

73 golongan yg di maksudakan adalah dr semua jenis jemaah sepetri syiah, wahabi, aswj, tablig, arkam dan sebaginya.

Oleh itu marilah kita semua berusaha utk mencari 1 golongan yg terselamat di akhirtat kelak. Amin.
 
Assalamualaikum

Memang benar apa yg saudara katakan itu .. menyekutukan ALLAH adalah tanda syirik yang jelas dan tidak ada tempat bagi mereka melainkan mohon taubat.

saya tidak mengatakan apa yg saya katakan ini benar kerana saya juga masih belajar dan tamatnya saya belajar apabila terpisah jasad dan nyawa kelak. justeru itu, apa yg saya katakain disini hendaklah refer kepada guru guru tasawuf dan guru agama lain.

pelajaran yang diajar kepada saya adalah ... ALLAH tidak menjadikan manusia dan jin itu hanya untuk beribadat kepadanya sahaja. Sejak dialam ruh lagi, semua ruh telah bersumpah dan naik saksi bahawa ALLAH yang layak disembah dan Mereka (muhammad) wajib menjadi pesuruh ALLAH melakukan segala yang diperintah dan melarang melakukan apa yg ditegah.

Atas kekuasaan ALLAH (Kudrat ALLAH), telah menciptakan manusia itu 2 kategori iaitu mereka yang mendapat manfaat dari ALLAH dan mereka yang mendapat murka dari ALLAH. Ini sebagai bukti untuk menunjukkan pengajaran kepada semua manusia akan ketentuan ALLAH dalam QADA dan QADAR ALLAH. Sebab itu diturunkan ALQURAN sebagai buku panduan dan juga buku cerita untuk seluruh manusia mendapat pengajaran dan panduan.

Mengenai penyembahan manusia kepada ALLAH dan Tuhan adalah berbeza kepada mengikut kaum dan agama. seandainya ditanya siapa yang mereka sembah, ada yang mengatakan mereka menyembah ALLAH akan tetapi dgn cara mereka sendiri, dan tidak kurang juga mereka menyembah dewa dewi yang ada punyai kuasa tertentu. Hakikatnya, mereka menyembah ALLAh tuhan yang 1.

Didalam kitab yajur vedha, ada diceritakan mengenai Nabi Muhammad, nabi Ibrahim dan juga tuhan sekelian alam yang menjadikan manusia .. tuhan tersebut tidak dipanggil ALLAH akan sebaliknya. akan tetapi menjurus kepada yang 1 iaitu ALLAH.

seperti kita umat manusia yang dilahirkan beragama islam, persoalan ditanya, bagaimana kita solat dan adakah cara solat kita sama mcm Nabi Muhammad itu solat? sebab dalam alquran tidak diterangkan bagaimana cara solat akan tetapi hanya diterangkan didalam hadith sahih bagaimana cara solat nabi muhammad. Baginda berkata .. hendaklah kamu solat bagaimana cara aku bersolat, tapi adakah kita tahu bagaimana cara nabi bersolat? berapa ramai diantara kita dalam dunia ini menyelak dan membaca satu persatu hingga habis hadith mengenai cara solat? adakah ada dinyatakan bagaimana nabi berniat dalam solat seterusnya sehingga salam?

apabila kita solat, jgn sesekali kita mentakrifkan bahawa kita menyembah ALLAH, dan meletakkan ALLAH sebagai "benda" atau sesuatu untuk disembah. sedangkan tidak begitu. setiap sesuatu itu kita lakukan adalah kerana ALLAH. Bagaimana kita solat sedangkan kita perlukan pahala untuk jaminan kita ke syurga, sedangkan diawalnya kita telah mengatakan bahawa kita lakukan ikhlas kerana ALLAH ta'ala?

perenggan diatas agak susah sikit saya nak huraikan, saya harap ini menjadi persoalan saudara untuk terus bertnya tidak pada saya seorang, akan tetapi bertnyalah kepada mereka yang arif dalam hal hal ini. ini kerana huraian dan pemahaman dan bentuk olahan saya takut menyebabkan saudara keliru. ramai didlam cg ini yang kenal akan diri mereka dan lebih arif dari diri saya yang tidak mempunyai sebarang ilmu ini.

paling mudah
hadith wasiat Rasulullah:
ku tinggalkan kamu 2 perkara(pusaka), taklah kamu akan tersesat selama-lamanya, selama kamu masih berpegang pada keduanya (iaitu) kitabullah(Al-Quran) dan sunah rasulNya

(Yunus)10.37. Tidaklah mungkin Al Qur'an ini dibuat oleh selain Allah; akan tetapi (Al Qur'an itu) membenarkan kitab-kitab yang sebelumnya dan menjelaskan hukum-hukum yang telah ditetapkannya , tidak ada keraguan di dalamnya, (diturunkan) dari Tuhan semesta alam.

(Al-Baqarah) 2.208. Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.

(Al-Baqarah) 2.132. Dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian pula Ya'qub. (Ibrahim berkata): "Hai anak-anakku! Sesungguhnya Allah telah memilih agama ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk agama islam".
=mari kita sama2 fahamkan ayat ni

Taurat, Zabur, Injil pun betul tapi dah jelas dalam Al-Quran tegur pada orang2 yang beriman supaya masuk islam seluruhnya...

(Al-Baqarah)2.41. Dan berimanlah kamu kepada apa yang telah Aku turunkan (Al Qur'an) yang membenarkan apa yang ada padamu (Taurat), dan janganlah kamu menjadi orang yang pertama kafir kepadanya, dan janganlah kamu menukarkan ayat-ayat-Ku dengan harga yang rendah, dan hanya kepada Akulah kamu harus bertakwa.

(Al-Baqarah)2.97. Katakanlah: "Barang siapa yang menjadi musuh Jibril, maka Jibril itu telah menurunkannya (Al Qur'an) ke dalam hatimu dengan seizin Allah; membenarkan apa (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjadi petunjuk serta berita gembira bagi orang-orang yang beriman
 
aku sambung dengan hadis ini

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Sesungguhnya barang siapa di antara kalian yang hidup sepeninggalku nanti maka ia akan melihat perselisihan yang banyak. Oleh karena itu wajib bagi kalian untuk berpegang teguh dengan sunnahku, dan sunnah Al Khulafa’ Ar Rasyidin yang terbimbing, berpeganglah erat-erat dengannya dan gigitlah ia dengan gigi-gigi geraham…” (Shahih, HR Abu Dawud, At Tirmidzi, Ad Darimi, Ibnu Majah)

dah jelas ..terlalu banyak yang timbul perselisihan pendapat pada sesetengah pihak , padahal allah dah berfirman

3_103.gif

Dan berpeganglah kalian semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah bercerai-berai. Dan ingatlah akan nikmat Allah kepada kalian ketika kalian dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hati kalian, lalu jadilah kalian karena nikmat Allah orang-orang yang bersaudara. Dan kalian telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kalian daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada kalian, agar kalian mendapat petunjuk. (Ali Imran: 103)

dan beliau rasulullah bersambung lagi dengan katanya
‘Ini jalan Allah yang lurus.’ Lalu beliau membuat garis-garis di kanan kirinya, kemudian bersabda, ‘Ini adalah jalan-jalan yang sesat tak satu pun dari jalan-
jalan ini kecuali di dalamnya terdapat setan yang menyeru
kepadanya. Selanjutnya beliau membaca firman Allah

al+an%2527am+ayat+53.jpg

‘Dan bahwa (yang Kami perintahkan ini) adalah jalanKu yang lurus maka ikutilah dia janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain) karena jalan-jalan itu menceraiberaikan kamu dari jalanNya. Yang demikian itu diperintahkan oleh Allah kepadamu agar kamu bertakwa.” (Al-An’am: 153) (Hadits shahih riwayat Ahmad dan Nasa’i)

tidak dapat dinafikan,ada sesetengah dari kita hanya pandai berhujah , tetapi sebalik nya dibelakang mereka , tidak sebegitu,apakah mereka ,mereka hanya mengharap provokasi yang tak seberapa ?
 
Last edited:
golongan yang terselamat adalah golongan yang berpegang sepenuhnya kepada dua wasiat Rasulullah S.A.W...ALQURAN DAN SUNNAH.
hayati lah ...selamilah...pohon pada Allah muga Allah limpahkan hidayah...ilmu yang dapat menarik kita kepada NYA....
 
paling seronok jika kita semua ini dapat bersama2..

(Al-A'raf)7:204. Dan apabila dibacakan Al Qur'an, maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat .

(Al-Baqarah)2:176. Yang demikian itu adalah karena Allah telah menurunkan Al Kitab dengan membawa kebenaran; dan sesungguhnya orang-orang yang berselisih tentang (kebenaran) Al Kitab itu, benar-benar dalam penyimpangan yang jauh (dari kebenaran).

(Al-'Imran)3:19. Sesungguhnya agama (yang diridhai) disisi Allah hanyalah Islam. Tiada berselisih orang-orang yang telah diberi Al Kitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, karena kedengkian (yang ada) di antara mereka. Barangsiapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah maka sesungguhnya Allah sangat cepat hisab-Nya.
 
Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda: “Sesungguhnya barang siapa di antara kalian yang hidup sepeninggalku nanti maka ia akan melihat perselisihan yang banyak. Oleh karena itu wajib bagi kalian untuk berpegang teguh dengan sunnahku, dan sunnah Al Khulafa’ Ar Rasyidin yang terbimbing, berpeganglah erat-erat dengannya dan gigitlah ia dengan gigi-gigi geraham…” (Shahih, HR Abu Dawud, At Tirmidzi, Ad Darimi, Ibnu Majah)

kalau tolak sunnah khulafah ar-rasyidin mcm sesetgh golongan tu cmne plak tuan? :-?
 
ada org kat la..
lang mengsilang kui mengsikui ni.. ada maksud yg tersirat.. apa ye
 
kalau tolak sunnah khulafah ar-rasyidin mcm sesetgh golongan tu cmne plak tuan? :-?

khulafa' ar rasyidin ini adalah seumpama mazhab , ada hadis menceritakan yang bermaksud

Al-Imam Ahmad berkata: "Janganlah engkau taqlid kepadaku atau kepada Malik, Asy-Syafi'i, Al-Auza'i dan Ats-Tsauri, tetapi ambillah dari sumber yang telah mereka ambil."
Beliau juga berkata: "Barangsiapa yang menolak hadits Rasulullah, berarti dia berada di jurang kehancuran." (Lihat perkataan para imam tersebut dalam Muqaddimah Shifatu Shalaatin Nabiy, karya Asy-Syaikh Al-Albaniy)

dah hadis lain yang bermaksud

Al-Imam Malik mengatakan: "Saya hanyalah seorang manusia biasa, terkadang berbuat salah dan terkadang benar. Oleh karena itu, telitilah pendapatku. Apabila sesuai dengan Al-Qur`an dan As-Sunnah, ambillah; dan sebaliknya apabila tidak sesuai dengan Al-Qur`an dan As-Sunnah, maka tinggalkanlah."
Beliau juga berkata: "Siapapun orangnya, perkataannya bisa ditolak dan bisa diterima, kecuali hanya Nabi (yang wajib diterima)."

Al-Imam Abu Hanifah mengatakan: "Apabila hadits itu shahih maka itulah madzhabku."
Beliau juga mengatakan: "Tidak halal bagi siapapun mengikuti perkataan kami bila ia tidak mengetahui dari mana kami mengambil sumbernya."

dah hadis lain yang bermaksud

Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Janganlah kalian mencela shahabat-shahabatku, demi Dzat yang jiwaku ada ditangan-Nya, seandainya salah seorang di antara kalian berinfaq dengan emas sebesar gunung uhud, tidak dapat menyamai (pahala) satu mud infaq mereka, tidak pula setengahnya." (Muttafaqun 'alaih).

Al-Imam Ibnul Qayyim berkata: "Mereka adalah orang-orang yang mengetahui kebenaran dan berusaha untuk mengikutinya, maka setiap orang yang lebih mengetahui kebenaran serta lebih konsisten dalam mengikutinya, tentu ia lebih berhak untuk berada di atas jalan yang lurus. Dan tidak diragukan lagi bahwa para shahabat Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam, mereka adalah orang-orang yang lebih berhak untuk menyandang sifat (gelar) ini daripada orang-orang Rafidhah ." (Madarijus Salikin 1/72).

ini sesuai sebagaimana firman allah

0.70

Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, yang Kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan jahil) kepada orang-orang yang berpengetahuan ugama jika kamu tidak mengetahui.(surah an nahl ayat 43)
 
Last edited:
Saya tambah sikit

(Al-'Imran)3:19. Sesungguhnya agama (yang diridhai) disisi Allah hanyalah Islam. Tiada berselisih orang-orang yang telah diberi Al Kitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, karena kedengkian (yang ada) di antara mereka. Barangsiapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah maka sesungguhnya Allah sangat cepat hisab-Nya.

(An-Nisa)4:59. Hai orang-orang yang beriman, ta'atilah Allah dan ta'atilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.
 
Back
Top
Log in Register