BTC USD 65,617.5 Gold USD 4,434.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

700 dipercayai lemas dekat Libya

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg



ROM 19 April - Sebanyak 700 orang dipercayai lemas apabila sebuah bot nelayan yang sarat dengan pendatang haram yang diseludup ke Eropah karam di luar pantai Libya, kata Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR), hari ini.

Seramai 28 orang berjaya diselamatkan, kata jurucakap UNHCR, Carlotta Sami.

Tentera laut Malta berkata, mereka menerima amaran kecemasan pada tengah malam semalam dan meletakan jumlah penumpang yang berada di atas bot itu kira-kira 650 orang.

“Kami telah mengerahkan bot-bot tentera kami serta Itali (ke tempat kejadian), dan kami sedang membantu operasi menyelamatkan mangsa,” kata jurucakap tentera Malta kepada AFP.

Jika laporan itu disahkan, tragedi itu merupakan insiden bot karam terburuk membabitkan pendatang haram yang cuba memasuki Kesatuan Eropah menggunakan bot-bot yang dikendalikan oleh penyeledup.

Bot berkenaan dipercayai karam kira-kira 60 batu nautika di luar pantai Libya dan 120 batu nautika di luar pantai kepulauan Lampedusa di Itali.

Tragedi itu berlaku selepas seminggu dua kejadian kapal karam berlaku di luar pantai Libya mengorbankan kira-kira 450 orang.

Setakat ini lebih 11,000 pendatang yang cuba menyeludup ke Eropah berjaya diselamatkan pengawal pantai Itali dan bot-bot lain, dan kira-kira 1,500 pendatang dilaporkan lemas di perairan antara Libya dan Itali sejak awal tahun ini. – AFP
 
Back
Top
Log in Register