BTC USD 63,182.0 Gold USD 4,475.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

7 Keajaiban Dunia

atilia

Fun Poster
Messages
174
Joined
Jun 5, 2006
Messages
174
Reaction score
21
Points
15
Sekelompok Pelajar kelas Geografi belajar mengenai "Tujuh Keajaiban Dunia". Pada akhir pelajaran, guru meminta pelajar tersebut untuk membuat senarai apa yang mereka fikir merupakan "Tujuh Keajaiban Dunia" Saat ini pelajar bergumam, tertawa dan berfikir. Mereka membayangkan semua yang hebat, yang mengaumkan.

Walaupun ada ketidaksesuaian, sebahagian besar senarai tertulis:
1. Piramid Besar di Mesir
2. Taj Mahal
3. Grand Canyon
4. Terusan Panama
5. Empire State Building
6. St.Peter's Bacilica
7. Tembok Besar China

Ketika mengumpulkan senarai pilihan, guru memmerhatikan seorang pelajar, seorang gadis yang pendiam, yang belum menyerahkan kertas kerjanya. Lalu si guru bertanya kepadanya apakah dia mempunyai kesukaran untuk menyediakan senarai tersebut.

Gadis pendiam itu menjawab, "Ya, sedikit. Saya tidak memilih kerana sangat banyaknya."

Si guru berkata, "Baik, katakan pada kami apa yang kamu miliki, dan mungkin kami boleh membantu memilihnya."

Si gadis itu kemudian membaca. "Saya fikir tujuh keajaiban dunia itu adalah:
1. Mampu bersyukur
2. Mampu merasakan
3. Mampu kertawa
4. Mampu mendengar

Dia ragu lagi sebentar,dan kemudian melanjutkan...
5. Mampu berkongsi
6. Mampu mencinta
7. dan mampu dicintai

Ruang kelas itu sunyi seketika...

Alangkah mudahnya bagi kita untuk melihat eksploitasi manusia dan menyebutnya "Keajaiban".

Sementara kita lihat lagi semua yang telah Tuhan lakukan untuk kita, menyebutnya sebagai "biasa."

Semoga anda hari ini diingatkan tentang segala hal yang betul-betul ajaib dalam kehidupan anda. Bersyukurlah untuk apa yang telah anda dapatkan sehingga saat ini, kerana itu sesungguhnya merupakan suatu "keajaiban."
 
hmmm membuat aku terdiam selama 7 minit...

......
 
kena bersyukur lbh2x.manusia kan makhluk yg plg istimewa.paling ajaib manusia ni.ngk cop jari dh ler.berbilion bilion manusia kt bumi ni,satu pun x sama..Allah yg Maha Besar
 
huhuhu membuat kan kita tersentak sekejap lah...
mengajar kita melihat sesuatu dlm perspektif yg lain pulak...
bagus2...
 
subhanallah.. sebenarnya byk lagi keajaiban yg tak tergambar leh akal fikiran kite kat donia ni ha.. kalu nak citer thn dopan pun tak habis...
 
keajaiban yg korang dan aku pon tak tau ialah api dr tak dak bleh bg ada....tp bila api ada bleh bg hilang...
API TU P MANA BILA DIA HILANG...
 
nape ada tulisan aku xleh baca:((
 
Terfikir sejenak...
Tujuh keajaiban dunia dan brpa pulak keajaiban yg dikurniakan pd diri kita...
Hmmm.... :-?
 
semua ciptaan 4JJ1 adalah satu keAJAIBan ....
 
Back
Top
Log in Register