Viere
CG Top Poster Club

- Messages
- 26,579
- Joined
- Aug 8, 2008
- Messages
- 26,579
- Reaction score
- 179
- Points
- 123
JAKARTA 16 Ogos - Seramai tujuh juta perantau dijangka meninggalkan ibu kota Jakarta untuk pulang menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Daripada jumlah berkenaan, Agensi Pengangkutan Jakarta menganggarkan 1.2 juta orang akan menggunakan motosikal sebagai kenderaan utama iaitu peningkatan sebanyak 13 peratus berbanding tahun lalu.
Peratus penduduk Jakarta yang akan pulang ke kampung halaman untuk menyambut lebaran dua minggu lagi dengan memandu kenderaan pula meningkat sebanyak 18 peratus iaitu seramai 4.2 juta orang.
Pada masa sama, agensi berkenaan menjangkakan 596,000 penumpang akan menggunakan bas awam yang menghubungkan satu kota dengan kota lain di republik ini.
Jumlah mereka yang bakal menggunakan perkhidmatan bas awam tahun ini bagaimanapun menurun berbanding tahun lalu dengan jumlah 608,030 penumpang.
Dalam perkembangan sama, pihak berkuasa Indonesia akan memberi tumpuan kepada penunggang motosikal kerana golongan ini merupakan mangsa kemalangan jalan raya paling tinggi.
"Berdasarkan rekod polis, pada tahun 2009, 68 orang yang menaiki motosikal meninggal dunia akibat kecelakaan jalan raya semasa musim cuti hari raya.
"Angka berkenaan meningkat pada tahun 2010 dengan catatan 72 orang. Kami amat bimbang seandainya jumlah tersebut akan terus meningkat tahun ini," kata jurucakap polis trafik Jakarta, Royke Lumowa. - Utusan
Sehubungan itu, polis kata Royke, menyarankan agar orang ramai tidak menggunakan motosikal untuk perjalanan jauh kerana ia hanya akan mengundang bahaya.