BTC USD 63,599.2 Gold USD 4,342.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

7 anak tiada surat beranak

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
image.jpg

Md Sani bersama isterinya, Fatimah Sulaiman dan anak-anaknya yang hadir pada sidang media, semalam.

PASIR GUDANG - “Orang mungkin melihat saya ketawa, tapi mereka tak tahu sebenarnya hati saya menangis mengenangkan nasib tujuh anak saya yang tidak dapat ke sekolah kerana tidak memiliki surat beranak,” luahnya dalam nada sebak.

Pengawal keselamatan, Md Sani Pannot, 47, mendakwa dia berdepan masalah menguruskan sijil kelahiran enam anaknya itu selepas sijil pernikahannya di selatan Thailand dirampas Jabatan Agama Islam Negeri Johor (Jaij) pada awal 1997.

Menurutnya, masalah kewangan dan kurang pengetahuan mengenai prosedur pendaftaran semula perkahwinan di negara ini menyebabkan perkahwinan bersama isteri pada Ogos 1994 tidak didaftarkan sehingga didatangi Jaij.

“Selepas sijil pernikahan saya di selatan Thailand diambil Jaij, dua kali saya ke jabatan berkenaan, tapi mereka meminta saya balik dan akan dihubungi kemudian.

“Sampai sekarang saya tak pernah menerima maklum balas daripada mereka sehingga membebankan saya apabila berdepan urusan dalam mendaftarkan kelahiran anak-anak di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN),” katanya pada sidang media di Pusat Aduan Rakyat (PAR), kelmarin.

Md Sani berkata, sebagai seorang bapa, dia teringin melihat anak-anaknya ke sekolah demi masa depan cerah.

Bagaimanapun menurutnya, usahanya beberapa kali berulang-alik ke JPN untuk menguruskan sijil kelahiran anak-anaknya tidak berjaya membuatkan dia berputus asa.

“Ramai datang berjanji nak tolong, tapi tak ada kesudahannya apabila masing-masing mengharapkan habuan daripada saya.

“Saya terpaksa mencari inisiatif sendiri membeli buku dan mengajar anak-anak membaca, menulis dan mengira, meskipun sedih mengenangkan nasib mereka.

“Insya-ALLAH sekiranya urusan sijil kelahiran selesai, saya akan menghantar anak-anak ke sekolah semula,” katanya.

Sementara itu, Penyelia PAR Negeri, Syed Othman Syed Abdullah berkata, pihaknya akan mengatur pertemuan dengan JPN dalam masa terdekat untuk menguruskan sijil kelahiran tujuh beradik tersebut termasuk MyKad untuk anak sulung pasangan berkenaan.

Menurutnya, pihaknya juga akan merujuk kepada Jaij untuk mengetahui status sebenar dakwaan Md Sani mengenai sijil pernikahannya yang diambil pihak tersebut.

“Kita bersedia untuk membantu keluarga ini sehingga selesai tanpa apa-apa bayaran hanya dengan syarat mereka boleh memberikan kerjasama.

“Sekiranya anak-anak ini nak sekolah juga kita akan bantu dari segi pendaftaran persekolahan untuk sesi Januari tahun depan,” katanya.


http://www.sinarharian.com.my/edisi/johor/tujuh-beradik-tidak-bersekolah-1.344862
 
Sebb tu aku slalu igtkn students aku betapa pentingnya jd org berilmu.bl ada ilmu akal akn pnjang nak fikir penyelesaian masalah.
 
aku sedikit pelik, mengapa JAIJ tidak mengarahkan dia mendaftarkan semula pernikahannya di JAIJ? paling aku hairan, JAIJ rampas sijil peenikahan yang dibuat diselatan thai, mengapa tidak ada pendakwaan dari pihak JAIJ, menentukan kedudukan pernikahan tersebut?

pihak PAR sepatutnya mengajukan juga masalah ini kepada JAIJ dan bukan hanya kepada JPN, kerana permasalahan ini berpunca daripada JAIJ.
 
dah besar anak dia tu

kesian tak dapat sekolah

pa pe hal memang kena masuk tv or paper baru jalan
 
anak sulung pasangan ini aku anggar sudah berumur 17 tahun, kerana dikatakan sijil pernikahan dia dirampas oleh JAIJ pada awal 1997.
 
nikah thailand lepas tu register kat sini dah beribu2 pasangan buat dan berjaya..

Yang penyelias PAR tu pun tau ke masaalah utama kat sini??
pergi settle dengan jabatan agama la dulu.. baru JPN boleh proceed yang seterusnya..
 
Kena ingat ....

Nikah kat thailand pastu tak register kat sini .. anak semua taraf anak luar nikah ... pastu bukan taraf warganegara huhuhuhu :D ....
 
apa pon .. moga dipermudahkan ALLAH semua urusan keluarga nie :D
 
Back
Top
Log in Register