BTC USD 61,867.1 Gold USD 4,328.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

600 ahli komponen BN sertai PKR

tomie

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
74,084
Joined
Dec 25, 2006
Messages
74,084
Reaction score
8,321
Points
886

Sep 3, 09 2:56pm

Seramai 600 anggota parti komponen BN di Perak didakwa akan menyertai PKR pada satu majlis di Dewan Tow Boo Keong di Ipoh, Sabtu ini.

Bekas anggota parlimen Lumut daripada MCA, Datuk Dr Yap Yit Thong berkata 90 peratus daripada kelompok berkenaan merupakan anggota parti MCA, Umno, MIC dan PPP dan hanya 10 peratus adalah mereka yang belum pernah menyertai mana-mana parti sebelum ini.

"Kebanyakan mereka daripada MCA dari Ipoh Barat, Ipoh Timur, Batu Gajah, Gopeng, Tambun, Kampar, Taiping dan Lumut," katanya pada sidang media di pejabat PKR Perak di Ipoh hari ini.

Beliau mendakwa lebih ramai anggota MCA di Perak akan menyertai PKR selepas mesyuarat agung luar biasa (EGM) parti itu selesai yang akan diadakan tidak lama lagi.

"Ini adalah gelombang pertama... ramai lagi akan sertai PKR selepas EGM.

"Kebanyakan mereka memegang jawatan di peringkat MCA bahagian dan meminta untuk mengundi dalam EGM terlebih dahulu sebelum menyertai PKR," katanya.

Ditanya sama ada tindakan menyertai PKR oleh anggota MCA berkenaan ada kaitan dengan kes pemecatan timbalan presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek baru-baru ini, Yap yang juga bekas naib pengerusi MCA bahagian Ipoh Timur berkata, anggota parti berkenaan menyertai PKR disebabkan tertarik dengan idea "sistem dua parti" dan bukannya disebabkan faktor pemecatan bekas menteri kesihatan itu.

Yap bersama bekas menteri kesihatan Datuk Chua Jui Meng dan bekas senator David Yeoh keluar MCA dan menyertai PKR Julai lepas. BERNAMA


sumber: MK
 
nie baru permulaan..
tahniah kerana memilih pr..
 
ramai juga yg join PKR...



jgn join pastu wat 'taek' sudah..
 
aduh tak sanggup nak tengok umno kalah la .....
 
betul ke berita nii.. ada tak disiar di TV3, bharian & utusan..
sukar nak pecaya..
 
xde lak dlm paper xpun tv..hehehe
 
Bagus semua cina222 ni....aku respek....
Sebab....

Dalam BN >>>>diorang ni dah kenyang....semua mintak dapat.....

Masuk Pakatan pulak >>>>>minta ape222 lagi.....kenyang lagiii....

Jadi kesimpulannya..diaorang nii....

Masuk mana mana pun kenyang......

Yg hancus...yg rugi....Melayu....Islam......

Ha ha ha....
 
nampak ramai cine suke masuk pkr dari masuk dap
 
kat buletin tv3 1/4 mesti berita besar-besaran nih...
:(scam:(scam:(scam
 
Bagus semua cina222 ni....aku respek....
Sebab....

Dalam BN >>>>diorang ni dah kenyang....semua mintak dapat.....

Masuk Pakatan pulak >>>>>minta ape222 lagi.....kenyang lagiii....

Jadi kesimpulannya..diaorang nii....

Masuk mana mana pun kenyang......

Yg hancus...yg rugi....Melayu....Islam......

Ha ha ha....

Hahaha bab nie aku skong...ape2 skong je PAS:):D
 
Back
Top
Log in Register