BTC USD 63,305.0 Gold USD 4,446.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

60 anak yatim masih trauma

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

Anak yatim dan mangsa gempa bumi yang ditempatkan di rumah kebajikan itu ceria menerima sumbangan melalui misi kemanusiaan KMP sempena ketibaan Ramadan tidak lama lagi.​

PADANG - INDONESIA. Walaupun sudah enam tahun berlalu, namun nasib 60 anak yatim mangsa gempa bumi 2009 yang ditempatkan di Madrasah Tsanawiyah Swasta (Mts-s Dhuafa Nusantara) dekat Bandar Padang masih memerlukan bantuan orang ramai.

Lawatan Kelab Media Pahang (KMP) bersama Mahkota Amal Istana Abdul Aziz dan Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip) serta pengamal media lain ke pusat kebajikan itu tidak menyangka penghuninya masih tidur beralas lantai kayu tanpa selimut dan bantal.

Keadaan rumah yang diwakafkan bagi menempatkan kanak-kanak tersebut juga daif dengan pelbagai kerosakan pada dinding dan lantai kayu malah binaan konkrit untuk bangunan surau tidak sempurna.

Pengasas, Syamsurizal S. Hum berkata, bilangan penghuni di rumah kebajikan tersebut meningkat setiap tahun kerana turut menempatkan anak yatim golongan miskin selain mangsa gempa bumi pada magnitud 7.9 yang mengorbankan 1,100 orang di samping 2,800 lagi cedera.

"Ramai kanak-kanak yang kehilangan ibu bapa dan keluarga dalam kejadian bencana enam tahun lalu dan ada penduduk yang prihatin mengambil anak malang ini untuk tinggal bersama mereka.

"Kanak-kanak di sini ditempatkan di rumah berasingan lelaki dan perempuan dan mengikuti pengajian Islam dan kami bernaung di bawah Yayasan Bakti Nusantara Isafat yang merupakan Ikatan Sosial Anak Yatim, Fakir Miskin dan Anak Terlantar.

"Sememangnya sumbangan orang ramai terutama masyarakat luar amat diperlukan bagi membela nasib anak yatim dan mangsa gempa bumi yang serba kekurangan namun pembelajaran agama tetap menjadi keutamaan," katanya.

Presiden KMP, Datuk Nik Naizi Nik Husin berkata, misi kemanusiaan yang disertai 26 peserta terdiri daripada pelbagai agensi media di Pahang turut menyerahkan sumbangan RM10,000 yang disalurkan Tengku Mahkota Pahang selain barang keperluan seperti bantal, selimut alat tulis, kelengkapan ibadah dan makanan.

Menurutnya, sumbangan tersebut sempena menyambut ketibaan Ramadan tidak lama lagi dan diharap dapat menceriakan kanak-kanak tersebut untuk menjalani kehidupan lebih baik.

"Kanak-kanak terbabit melalui pengalaman pahit ketika berdepan bencana gempa bumi malah kebanyakannya masih trauma apabila ada yang kehilangan ibu bapa dan keluarga tersayang.

"Keprihatinan pihak terlibat dalam misi kemanusiaan ini sekurang-kurangnya meringankan beban mereka agar dapat meneruskan kehidupan seperti rakan lain," katanya.
 
Back
Top
Log in Register