BTC USD 83,429.4 Gold USD 4,172.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

6 tips pemasaran yang mesti anda praktikkan

azwanfadzli

Freshie
Messages
38
Joined
Oct 6, 2011
Messages
38
Reaction score
0
Points
6
Pemasaran efektif menerusi internet perlu mengikut langkah dalam kaedah PTKTK. Apakah yang dimaksudkan dengan PTKTK?


url

​
P = Perhatian
T = Tarikan
K = Keinginan
T = Tindakan
K = Kredibiliti


Biar saya huraikan satu per satu.

(P) Perhatian

Anda hendaklah menarik perhatian pengunjung laman web anda dengan mengetahui secara mendalam mengenai produk yang anda niagakan dan juga khidmat yang anda sediakan.
Anda bayangkan, pengunjung yang datang ini adalah pengunjung yang tidak dikenali dan tidak tahu dari mana mereka menjumpai laman web anda. Mungkin dari search engine, e-mail ataupun link yang anda tinggalkan di laman-laman web lain.
Namun yang anda ketahui pengunjung yang datang sedikit sebanyak mempunyai minat pada produk ataupun khidmat yang anda sediakan. Jika tidak, sudah tentu pengunjung itu tidak membuka laman web anda.
Jika anda perlu mencuri perhatian mereka sebelum mereka beredar meningggal kan laman web anda.

(T) Tarikan

Apabila seseorang mengunjungi laman web anda, anda hendaklah menarik minat mereka pada produk yang anda niagakan ataupun khidmat yang anda sediakan. Beritahu mereka masalah-masalah yang biasa dihadapi orang ramai dan bagaimana anda dapat menyelesaikannya.
Perlu dijelaskan anda juga menghadapi masalah-masalah yang anda ceritakan dan jangan membuat apa-apa lagi proses jual beli disini. Anda hendaklah menarik sedalam mungkin minat pengunjung laman web anda. Anda perlu perlahan-lahan membina kredibiliti anda sebagai problem solver dan pakar dalam menyelesaikan masalah itu.

(K) Keinginan

Selepas anda berjaya melepasi dua peringkat di atas, inilah masa yang paling sesuai bagi anda menjalankan proses promosi menukarkan tarikan kepada keinginan dan seterusnya kepada belian. Apa yang diperlukan adalah ayat-ayat promosi yang dapat mengubah pengunjung kepada pembeli.
Anda perlu gariskan kelebihan-kelebihan produk yang anda tawarakan dan juga khidmat yang anda sediakan. Anda hendaklah meyakinkan pengunjung di mana jangan sesekali melindungi sesuatu yang meragukan seperti contoh:

Pernahkah anda melihat laman web yang menyediakan buku cara-cara memulakan perniagaan di internet tetapi tidak meletakkan contoh isi kandungan buku itu? Ini membuatkan pengunjung ragu-ragu dan tertanya-tanya adakah teknik yang ditulis itu mudah difahami dan bermanfaat? Ataupun semua itu sekadar teori sahaja malah mungkin satu tipu helah menguntungkan mereka?
Terdapat juga bengkel-bengkel ataupun kursus-kursus perniagaaan di internet yang tidak langsung meyenaraikan topik-topik yang dibincangkan semas bengkel ataupun kursus itu dijalankan. Elekkan perkara demikian kerana orang ramai kurang yakin dengan promosi sedemikian.

(T) Tindakan

Selepas pengunjung berminat membeli produk anda ataupun melangggan khidmat anda, anda perlulah memudahkan urusan pengunjung tadi. Kebanyakan laman web hanya menyatkan seperti:

Jika berminat, sila call xxx-xxxxxxx ataupun emailkan kepada
[email protected]

ini menyukarkan pengunjung membeli. Anda hendaklah membina borang belian ataupun tempahan bagi memudahkan pengunjung membeli produk yang anda sediakan ataupun menempah perkhidmatan anda. Ini memudahkan urusan jual-beli pembeli atau pelanggan anda dengan hanya sekali klik sahaja.

(K) Kredibiliti

Kredibiliti perlulah diutamakan dalam semua peringkat di atas. Anda perlu meyakinkan pengunjung yang anda benar-benar pakar dalam perkara yang anda katakana.
Pengunjung tidak pernah mengenali anda malahan pengunjung juga tidak dapat menyentuh dan melihat dari dekat produk anda mereka juga tidak pernah melanggan apa-apa perkhidmatan daripada anda. Maka kredibiliti penting dalam perniagaan di internet ini.

sumber: Fuad Latip, 15 teknik efektif internet marketing, terbitan PTS Profesional
 
Last edited:
inilah salah satu rahsia teknik dapatkan pelangan di internet. combine teknik ni dengan instrument spt opt in, blogging, ezine isyaallah dapat kejayaaan
 
Back
Top
Log in Register