BTC USD 63,955.6 Gold USD 4,467.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

6,804 terlepas dipenjara

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
6,804 terlepas dipenjara - Khidmat masyarakat 240 jam jika ingkar jalani PLKN


PULAU PINANG - Kira-kira 6,804 pelatih yang gagal melapor diri untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) sejak tahun 2003 boleh lega kerana terlepas daripada hukuman penjara dan denda.

Sebagai ganti, mereka diwajib melakukan kerja khidmat masyarakat daripada membersihkan kawasan dan landskap, dobi hingga pengurusan bangunan sebelum mendaftar semula untuk menjalani PLKN.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, ini berikutan keputusan Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang PLKN (Pindaan) 2008 yang mengenakan hukuman dalam bentuk khidmat masyarakat.

"Tempoh program khidmat masyarakat bagi setiap pelatih terbabit tidak lebih 240 jam,'' kata Abdul Hadi kepada pemberita pada majlis pelancaran Pergerakan Pelatih PLKN di Arena Sukan Antarabangsa Pulau Pinang di sini semalam.

Sebelum ini, pelatih yang gagal menghadiri PLKN boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-duanya sekali.
 
baru la btul, ni main penjara2 lak, dh mcm buat jenayah..
 
Back
Top
Log in Register