BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

55 Rakyat Malaysia Disyaki "Keldai Dadah" Ditahan Di Luar Negara Tahun Ini - Bukit Aman

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,187
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,187
Reaction score
346
Points
141
b377e196fa73aa87295ccec8083a9a8068ecc58f5aebb

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan


-- fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA


Sebanyak 55 warganegara Malaysia ditahan di luar negara sejak Januari hingga September lepas kerana disyaki terlibat sebagai “keldai dadah”.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Hussein Omar Khan berkata 50 daripadanya adalah lelaki manakala bakinya wanita.

“Mereka ditahan di 16 negara iaitu 10 individu di Indonesia; Singapura (sembilan); Kemboja dan Taiwan masing-masing enam; Thailand (lima); Belgium, Laos dan Macau masing-masing tiga; Hong Kong dan Korea Selatan masing-masing dua serta masing-masing satu di Filipina, Jepun, Jordan, Maghribi, Myanmar dan Norway,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata JSJN Bukit Aman memandang serius peningkatan kegiatan penyeludupan dadah yang menggunakan orang awam sebagai “keldai dadah” sepanjang tahun ini.

Hussein berkata hasil pemantauan JSJN mendapati sindiket dadah akan sentiasa mencari mangsa baharu dan sanggup mengeksploitasi sesiapa sahaja tanpa mengira umur pekerjaan atau latar belakang.

Beliau berkata sindiket turut dikesan merekrut mangsa melalui media sosial dan iklan kerja palsu dengan menyasarkan golongan belia, pencari kerja, pelajar serta individu berpendapatan tidak stabil.

Mangsa, katanya dijanjikan upah lumayan antara RM1,000 hingga RM10,000, termasuk tawaran tiket penerbangan dan penginapan bagi melaksanakan kerja mudah tanpa memerlukan sebarang pengalaman.

“Semua tawaran ini hanyalah umpan bagi memperdayakan mangsa membawa bagasi atau bungkusan yang sebenarnya mengandungi dadah berbahaya,” katanya.

Hussein berkata sindiket kini menggunakan pelbagai modus operandi antaranya menyembunyikan dadah dalam bagasi, barangan peribadi, perabot kecil, makanan, peralatan elektronik dan menggunakan perkhidmatan kurier, selain menggunakan kaedah body packing dalam laluan tertentu.

 
“Mereka ditahan di 16 negara iaitu 10 individu di Indonesia; Singapura (sembilan); Kemboja dan Taiwan masing-masing enam; Thailand (lima); Belgium, Laos dan Macau masing-masing tiga; Hong Kong dan Korea Selatan masing-masing dua serta masing-masing satu di Filipina, Jepun, Jordan, Maghribi, Myanmar dan Norway,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Diaorg ni..p melancung..jadi keldai ke...jadi keldai ..dapat p melancung?

Ramai tu..

selalunya..apa2 pun yg kena tangkap hanya tip of the iceberg je....maknanya...ramai gila lah yg gila buat keje gila ni

gila betul..
 
saya ada terjumpa ..nasihat sorg org kita yg selalu p melancung..dia pesan..kalau ada apa2 org tunjuk baik..mintak pegang barang, tumpang tengok brg p toilet dsbnya...jangan layan

biar org kata sombong pun
jangan layan..

teringat saya..haritu
saya ni bukan org yg kerap melancung
tapi baru ni masa turun drp flight..jalan dlm lorong..drp kapalterbang nak masuk airport
tiba2...beg seorg perempuan depan saya..terburai

saya sepontan membongkok nak tolong angkat barang2 dia

tapi tiba2 teringat pesanan2 mcm ni

lagipun saya pun kena cepat kejar geng yg dah jalan ke depan
sebab masa tu hanya transit kat Oman..jadi mmg dah dipesan jgn terpisah
so saya tinggalkan sja dia
walau dlm hati mcm kesal tak tolong..

tapi sekarang saya rasa syukur tak tolong
untk elak benda2 mcm jadi keladai ni lah!
lagi pun selalunya..kat flight..pasti cepat je ada petugas yg akan tolong..
 
Back
Top
Log in Register