BTC USD 84,300.3 Gold USD 4,298.43
Time now: Jun 1, 12:00 AM

50% Diskaun Saman Trafik Sempena Krismas

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,606
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,606
Reaction score
7,743
Points
916
13.12.2019 - Kuala Lumpur, Polis Di Raja Malaysia (PDRM) menawarkan potongan diskaun sehingga 50 peratus bayaran pelbagai jenis saman trafik (saman terpilih) sempena sambutan perayaan Hari Krismas ini.

PDRM dalam satu poster disiarkan di dalam media sosial rasmi memaklumkan, bayaran boleh dibuat di Dataran Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur pada 24 dan 26 Disember ini dari pukul 8.30 pagi sehingga 4.00 petang.

Bagaimanapun saman-saman yang tidak layak mendapat diskaun ialah saman kemalangan, saman berstatus NC (No Compoundable), saman berstatus waran tahun semasa, saman dalam perbicaraan, saman ops selamat tahun semasa dan saman berstatus mahkamah & saman berkaitan lori.

Tawaran itu juga adalah bersempena Hari Bertemu Pelanggan bersama Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (KJSPT) Kuala Lumpur ACP Zulkefly Yahya.

806443pre_1e88197d6c69a2a.jpg


Berita asal http://www.frontdesk.com.my/bm/inde...ngan-50-peratus-saman-trafik-sempena-krismas/
 
Back
Top
Log in Register