BTC USD 24,624.2 Gold USD 1,801.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Jangan Tertipu Dengan Diskaun, Semak Perubahan Harga Jualan Shopee & Lazada

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gem
Messages
34,637
Joined
Nov 23, 2012
Messages
34,637
Reaction score
4,473
Points
296
Awards
1
Setiap bulan pasti ada promosi yang menarik ditawarkan di laman e-dagang Shopee dan Lazada. Kadangkala, kita terasa produk tersebut menerima diskaun yang banyak. Walhal, sebelum promosi tiba, rupa-rupanya jauh lebih murah. Lagi kaki shopping, biasanya anda sudah tahu akan perkara ini kerana anda sudah biasa buka Shopee dan Lazada untuk melihat produk-produk umpama membuka emel kerja.

Oleh yang demikian, untuk mengelakkan anda tertipu dengan harga 'diskaun' itu, ini adalah cara bagaimana nak pantau perbezaan harga di Shopee dan Lazada. Adakah ia betul-betul menerima potongan harga yang banyak atau sebaliknya.

Caranya mudah. Anda hanya perlu buka pelayar yang menyokong Chrome Webstore. Kemudian pasangkan pemalam (extension) pada pelayar yang anda gunakan. Sama ada Chrome, Brave dan sebagainya.


Screenshot-2022-03-10-at-3.26.09-PM.jpg


Screenshot-2022-03-10-at-3.26.33-PM.jpg


Pemalam ini dipanggil AliPrice Shopping Assistant. Klik INI untuk Shopee dan klik INI bagi memasangnya buat Lazada. Setelah selesai memasangnya, anda boleh memantau perubahan harga sehingga 1 tahun yang lepas.

Screenshot-2022-03-10-at-3.28.19-PM.jpg


Melaluinya, secara tidak langsung anda boleh merancang pembelian pada masa hadapan. Jika benar-benar murah, bolehlah terus membelinya. Sekiranya tidak, anda boleh tunggu dahulu. Untuk kemudahan lagi, anda turut boleh mengaktifkan notifikasi produk yang diidamkan. Secara tidak langsung, anda mengetahui produk tersebut sudah menerima perubahan harga.

Jadi, rancanglah pembelian anda dengan bijak.​
 
Sponsored Post

reezn

Mutiple ID - Jedi / soybean
Messages
4,943
Joined
May 1, 2022
Messages
4,943
Reaction score
398
Points
41
memang x pun
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register