BTC USD 76,395.5 Gold USD 4,310.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

50,000 Keluarga Boleh Mohon Baucar Kita Selangor Mulai Esok

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

50,000 Keluarga Boleh Mohon Baucar Kita Selangor Mulai Esok​

395a5fb790ca32a07e0a64d62a4674056a38f5bdcd1ff

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari (tengah) bersama Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor Anfaal Saari (kanan) semasa sidang media pengumuman Baucar Kita Selangor di Wisma Dewan Negeri Selangor hari ini.

Sebanyak 50,000 keluarga yang layak di Selangor boleh memohon bantuan menerusi inisiatif Baucar Kita Selangor bermula 12 tengah hari esok.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata bantuan berjumlah RM100 sebulan selama enam bulan itu melibatkan peruntukan keseluruhan RM30 juta, dengan permohonan dilaksanakan sepenuhnya secara dalam talian menerusi portal rasmi www.baucarkitaselangor.com.

“Dengan peruntukan sebanyak RM30 juta, Baucar Kita Selangor akan menyalurkan RM100 sebulan untuk tempoh enam bulan kepada 50,000 keluarga agar sebarang risiko peningkatan harga barangan tidak mendatangkan impak negatif kepada kehidupan rakyat.

“Kita juga memberikan ruang khas kepada ibu tunggal yang terpaksa bekerja sambil menyara anak dengan pendapatan isi rumah RM5,000 dan ke bawah untuk turut memohon bantuan ini,” katanya pada sidang media di Lobi Wisma Dewan Negeri Selangor di sini hari ini.

Katanya, kumpulan sasaran dikenal pasti berdasarkan data pemohon yang belum menerima bantuan sedia ada seperti Program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) serta selaras dengan pangkalan data agensi kerajaan termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Selangor.

Amirudin berkata bantuan berkenaan akan disalurkan terus ke akaun e-dompet penerima yang layak menerusi proses pendaftaran dalam talian yang telah disahkan, sekali gus mengurangkan risiko ketirisan selain membolehkan kerajaan negeri memantau penggunaan bantuan dan corak perbelanjaan penerima secara berkala.

“Ia sebagaimana kita laksanakan program BINGKAS sebelum ini dengan hampir semua perbelanjaan dikenal pasti.

“Kalau dia tak gunakan selama beberapa kali, kita akan batalkan penyertaan BINGKAS mereka kerana kita anggap dia tidak memerlukan dan itu antara sudut kerja yang telah kita laksanakan dalam rangka sebelum ini,” katanya.

Sebelum ini, Amirudin memaklumkan sejumlah 50,000 keluarga kurang berkemampuan di negeri ini bakal menerima bantuan bulanan RM100 selama enam bulan bermula 30 Jun ini di bawah Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor Fasa 1 yang diumumkan 19 April lepas.

 
Back
Top
Log in Register