BTC USD 76,234.9 Gold USD 4,304.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

5 pertubuhan hak asasi gesa kerajaan tangguh hantar pulang Rohingya

afwan83

Active+ Member
Messages
3,224
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,224
Reaction score
12
Points
25

5 pertubuhan hak asasi gesa kerajaan tangguh hantar pulang Rohingya​

9894933f-perlarian-refugee-rohingya-bernama-190324.jpg

Lima pertubuhan hak asasi antarabangsa berkata rangka kerja undang-undang yang mendiskriminasi Rohingya masih kekal berkuat kuasa di Myanmar. (Gambar Bernama)

Gesaan itu dibuat menerusi kenyataan bersama oleh Nationality For All, Institute on Statelessness and Inclusion, Global Movement Against Statelessness, Asia Pacific Refugee Rights Network, serta Statelessness and Dignified Citizenship Coalition Asia Pacific.

Kumpulan itu berkata Akta Kewarganegaraan Myanmar 1982 secara sistematik mengecualikan etnik Rohingya daripada kewarganegaraan, sekali gus menjadikan keseluruhan komuniti itu tidak bernegara dan membuka ruang kepada penganiayaan terhadap mereka.

Mereka turut berkata junta tentera Myanmar masih meneruskan keganasan meluas terhadap orang awam, manakala rangka kerja undang-undang yang mendiskriminasi Rohingya dengan menafikan hak kewarganegaraan mereka masih kekal berkuat kuasa.

“Sebarang usaha untuk mengusir atau menghantar pulang etnik Rohingya ketika ini akan mendedahkan mereka kepada risiko genosid, penganiayaan, penahanan, penyeksaan dan pelbagai lagi pencabulan hak asasi manusia yang serius, sekali gus melanggar prinsip ‘non-refoulement’ di bawah undang-undang antarabangsa,” kata kumpulan itu.

Selain itu, kumpulan berkenaan menggesa Putrajaya supaya memulihkan akses tanpa gangguan kepada Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) bagi tujuan pendaftaran pelarian dan perlindungan antarabangsa.

Mereka juga menggesa kerajaan menghentikan pengusiran paksa keluarga Rohingya serta menyiasat corak pengusiran yang didakwa bersifat diskriminasi oleh pemilik rumah dan pihak berkuasa tempatan.

Gesaan itu dipercayai merujuk kepada pengusiran beberapa keluarga Rohingya dari sebuah kampung di Penaga, Pulau Pinang, awal minggu ini.

“Kami menyeru negara-negara anggota Asean memastikan penyertaan yang bermakna wakil-wakil Rohingya dalam semua perbincangan serantau mengenai masa depan mereka.

“Kami juga menggesa Asean menolak sebarang tindakan di peringkat serantau yang mengiktiraf junta tentera Myanmar atau memudahkan kepulangan Rohingya sebelum wujud syarat bagi kepulangan secara sukarela, selamat, bermaruah dan berasaskan hak, termasuk pemulihan kewarganegaraan Rohingya,” katanya.

Awal minggu ini, Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa Myanmar bersetuju menerima pulang kumpulan pertama seramai 5,000 pelarian Rohingya dari Malaysia hasil rundingan antara kedua-dua negara.

Anwar menyifatkan persetujuan itu sebagai langkah awal ke arah menangani isu pelarian yang berlarutan sekian lama, di samping mengekalkan ketenteraman awam.
 
Banyak nya menggesa . Macam2 mintak .
Undang2 Dan kedaulatan negara letak mana?
Mereka pendatang asing . Bukan pelarian . Pelarian duduk cox bazaar .
Tak pasal2 kerajaan Malaysia pulak kena bertanggungjawab Hal rohingya ni .
 
Hantar je balik

Buat mcm xdak sistem pulak Malaysia nie
 
Masuk gua mana dah la Ayatullah Mullah TGHH, langsung x bela Muslim Rakhine-ya ni. Sepatutnya waktu ni lah Mullah Ayatullah TGHH fahamkan walaun, walahadi, walamullah, dan walayatola serta walatikaian yg lain tentang hak kerakyatan dalam Islam.

Masa depan penganut hindu zimmi pandai pula bercakap pasal hak kerakyatan dalam Islam, tetiba Allah Taala bagi peluang utk berkata benar, gentel telor di Rusila.

 
Last edited:
Masuk gua mana dah la Ayatullah Mullah TGHH, langsung x bela Muslim Rakhine-ya ni. Sepatutnya waktu ni lah Mullah Ayatullah TGHH fahamkan walaun, walahadi, walamullah, dan wayatola serta walatikaian yg lain tentang hak kerakyatan dalam Islam.

Masa depan pemganut hindu zimmi pamdai pula bercakap pasal hak kerakyatan dalam Islam, tetiba Allah Taala bagi peluang utk berkata benar, gentel telor di Rusila.


Mcm memali.. klu ada wartawan Tanya soalan mau kene setang terus
 
Mcm memali.. klu ada wartawan Tanya soalan mau kene setang terus
Patut waktu ni lah puak2 hindu troll balik Ayatullah Mullah TGHH gila2 guna jawapan dia ni masa forum dgn penganut hindu dulu.

Tanya Mullah Ayatullah di semua medsos PAS, sambil share video ni tanya kenapa Rakhine-ya x diberikan hak kerakyatan sebagaimana yg pernah Ayatullah Mullah ucapkan dulu.
 
Back
Top
Log in Register