BTC USD 76,234.9 Gold USD 4,304.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Puad gesa pengundi Rengit tangguh undi BN hingga isu air, benteng selesai

afwan83

Active+ Member
Messages
3,224
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,224
Reaction score
12
Points
25

Puad gesa pengundi Rengit tangguh undi BN hingga isu air, benteng selesai​

8a4c81b7-puad-zarkashi-fmt-resize-020226-1.jpg

Bekas Adun Rengit Puad Zarkashi berkata masalah air dan benteng pecah itu masih berlarutan walaupun sudah beberapa kali dibangkitkan kepada kerajaan negeri.

Katanya, kedua-dua masalah itu masih berlarutan walaupun sudah beberapa kali dibangkitkan kepada kerajaan negeri, sambil mendakwa usaha menyegerakan penyelesaiannya juga tidak diberi keutamaan oleh Menteri Besar Onn Hafiz Ghazi.

“Saya minta pengundi Rengit tangguh dulu beri undi kepada BN sehingga dua isu besar ini selesai. Jadikan itu syarat. Ini bukan janji bulan dan bintang. Orang Rengit jaga Rengit,” katanya di Facebook.

Puad yang juga bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno turut mengkritik Onn Hafiz kerana didakwa lebih memberi tumpuan kepada kawasan bandar berbanding Rengit.

“Beberapa kali saya minta Onn Hafiz turun dan datang sendiri ke Rengit sebagai ‘push factor’ kepada agensi kerajaan supaya menyegerakan penyelesaian.

“Tetapi Onn Hafiz lebih banyak tumpu kawasan bandar. Dia banyak ke Skudai yang wakil rakyatnya daripada DAP,” katanya.

Menurutnya, projek pembinaan tangki air baharu di Rengit sudah mempunyai tapak dan peruntukan, namun pelantikan kontraktor masih tertangguh, selain mendakwa jawapan kerajaan negeri berhubung isu itu sering berubah.

Semalam, Puad mendakwa Onn Hafiz ‘takut’ berdebat dengan Maszlee Malik selepas pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor itu berkata debat bukan pendekatan sesuai dalam budaya politik negeri berkenaan.

Puad berkata alasan ‘bertikam lidah’ atau berdebat bukan cara Johor tidak wajar digunakan untuk menolak cadangan itu.

Ketegangan antara Puad dan Onn Hafiz bermula pada 25 Jun apabila beliau mengumumkan keluar parti berkuat kuasa serta-merta.

Puad mendakwa Umno Johor tidak lagi bebas membuat keputusan, manakala Onn Hafiz yang juga pengerusi Umno Johor itu hanya menjadi ‘pak turut’ kepada pihak tertentu.
 
Back
Top
Log in Register