BTC USD 62,082.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

5 maut letupan di Madinah.

strom

Legendary Member
gem
Messages
17,846
Joined
Jul 18, 2011
Messages
17,846
Reaction score
4,719
Points
191
MADINAH - ARAB SAUDI . Sekurang-kurangnya lima orang maut dan beberapa kenderaan rosak teruk dalam satu letupan tangki gas berhampiran sebuah hospital di Madinah, kelmarin.

Dalam satu kenyataan bersama Jabatan Hal Ehwal Kesihatan Pengawal Kebangsaan dan Pertahanan Awam memaklumkan, siasatan telah dilancarkan untuk menentukan punca letupan yang berlaku berhampiran Prince Mohammed National Guard Hospital.

"Letupan bagaimanapun tidak merosakkan bangunan utama hospital dan tidak mencederakan mana-mana pesakit," menurut kenyataan itu.

Difahamkan, letupan kira-kira pukul 9.15 pagi (waktu tempatan) itu berlaku di Syarikat Gas Perindustrian Negara (Gasco) ketika kerja penyelenggaraan sedang dilakukan.

Akibat letupan itu, bangunan penyimpanan gas terbakar dan menyebabkan kerosakan kepada kawasan sekitar, dipetik dari laporan* Arab News.

http://www.sinarharian.com.my/global/lima-maut-letupan-di-madinah-1.311840


image.jpeg
 
isap rokok sambil buat maintenance kot?
 
Innalillah...

bahaya kalau buat kerja yg bersangkutan dgn gas ni.
 
Back
Top
Log in Register