BTC USD 61,345.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

~ 5 Dilucut Pingat Kebesaran ~

wanzex

CG Top Poster Club
gem
Messages
35,552
Joined
Jul 12, 2006
Messages
35,552
Reaction score
1,107
Points
191
5 dilucut pingat kebesaran
Oleh Ismail Mat

2010/05/24
Pemangku Raja Kelantan anggap penerima gagal jaga integriti

KOTA BHARU: Lima kenamaan negeri terdiri tiga bergelar Datuk dan dua Jaksa Pendamai (JP) dilucutkan pingat kebesaran masing-masing yang dikurniakan Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra.

Mereka yang dikenakan tindakan terbabit terdiri daripada tiga kakitangan kerajaan negeri yang masih berkhidmat di pusat pentadbiran Kota Darul Naim dan Balai Islam. Dua lagi ahli perniagaan dikenakan tindakan sama pula terbabit dalam bidang pembinaan dan automobil.

Sumber berkata, semua individu terbabit dipercayai sudah atau akan menerima surat makluman mengenai perlucutan pingat kebesaran daripada pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan dalam tempoh terdekat.

Katanya, tindakan itu diambil Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra, berikutan kegagalan individu berkenaan menjaga integriti sebagai penerima darjah kebesaran negeri ini seterusnya menjejaskan nama baik institusi Istana Kelantan.

Difahamkan, dua daripada individu terbabit juga berdepan perbicaraan di mahkamah selepas didakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penyelewengan dan rasuah.

Sebelum ini, tindakan melucutkan pingat kebesaran Kelantan bagi gelaran Datuk diambil Pemangku Raja terhadap empat individu yang terdiri daripada seorang ahli politik dan tiga ahli perniagaan.
Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad, ketika dihubungi meminta perkara itu dirujuk kepada Setiausaha Kerajaan Kelantan, Datuk Mohd Aiseri Alias yang bertanggungjawab mengenainya.

"Saya tidak dapat mengulas tindakan itu kerana ia adalah di bawah urusan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri,” katanya.

Usaha mendapatkan komen daripada Mohd Aiseri tidak berhasil kerana menghadiri mesyuarat.
 
pemangku sultan dah mula melakukan pembersihan....baguslah!
 
pic xde lg bro...mungkin salah dr segi protokol dan undang2 kot...
 
nnt tahu lah tu saper yg kena..sama2 tunggu..
 
Jadi datuk ni? 10 tahun lepas saya ada seorang kawan yang 2 tahun lebih muda dari saya yang selalu datang Rumah saya mengetuk pintu pagar agar dia dibenarkan masuk dan lepak sama minum, tengok wayang bersama tapi kini dia dah berpangkat dato sri dah.
 
Jadi datuk ni? 10 tahun lepas saya ada seorang kawan yang 2 tahun lebih muda dari saya yang selalu datang Rumah saya mengetuk pintu pagar agar dia dibenarkan masuk dan lepak sama minum, tengok wayang bersama tapi kini dia dah berpangkat dato sri dah.

tula rezeki orang... :D
 
Back
Top
Log in Register