BTC USD 85,423.9 Gold USD 4,323.74
Time now: Jun 1, 12:00 AM

5 Cara Untuk Anda Mula Berjimat

masak sendiri selalunya lagi mahal dari makan luar...betul?

tu la kadang2 aku pikir,bai k beli lg untung,ni kes utk hdup seorg la,klu rmai2 dgn ank bini beli lauk lg untung tp kena pndai cari kedai jual lauk murah2 la.kadang2 lauk skang pom dh cekik harga.:((:((:((:((
 
saya sudah, anda bila lagi.. haha
 
Ramai yang baru keje beli kereta luar kemampuan, sebab tu struggle pastu susah beli umah. Pastu komplen macam2. Aku dulu awal2 g keje naik bas je. Malu je awek2 ramai naik bas. Tapi bole saving la.

Sekarang ni aku potong astro. Save la 150 sebulan. Pikir balik mcm bazir pulak setahun bayar ribu2 semata2 tengok tv. Hehehe

Ramai muda mudi sekarang hanya biar papa janji bergaya. Tapi takpe jika mereka mampu apa salahnya. Tapi jika ingin berjimat perlu kawal perbelanjaan. Cut mana yang tak perlu. Seperti anda lakukan potong astro dan boleh berjimat RM150.

Tapi perlu diingat berjimat jangan sampai bertukar level menjadi kedekut. Apapun kehidupan kini semakin mencabar jadi wang simpanan amatlah perlu.
 
Mana golongan muda mudi yang baru bekerja nak berjimat boleh jadi free loader :D

1. Tinggal dengan ibu bapa, tak perlu sewa rumah. Kalau anda berhijrah ke bandar, boleh tinggal dengan adik beradik, saudara mara atau kawan.

2. Jangan beli kereta, gunakan perkhidmatan awam seperti bas, komuter, monorail dan LRT. Boleh juga minta ibu bapa hantar jemput ke tempat kerja.

3. Makan minum rumah ibu bapa percuma juga. Pergi kerja bawa bekal daripada rumah.

4. Isap rokok pau kawan2.

5. Kalau ada kereta, caj setiap orang yang menumpang macam harga teksi sapu. Nak pergi makan atau solat Jumaat pun caj.

Nak buat semua ni muka kena tebal dan telinga kena tahan maki.

Dulu masa belajar, ada seorang kenalan ni boleh duduk rumah sewa dan makan free selama dua tahun. Dia akan lompat rumah sana sini lepas penghuni tukar kunci. Memang kuat tahan maki. Muka poker face habis walaupun kena maki depan2.

Kaedah ini macam mengambil kesempatan dalam kesempitan. Apapun jalan yang terbaik berusaha dan berdikari sendir dalam berjimat. Itu lebih baik. Tapi ada juga mereka yang mengamalkan kaedah seperti di atas. Apapun terpulang pada diri masing-masing.
 
masak sendiri selalunya lagi mahal dari makan luar...betul?

Ikut tempat tinggal, kos barang2, resepi masakan dan cara kita memasak.

Kalau keluarga besar, lagi jimat masak dirumah.

Nak makan KFC mau kosong dompet kalau anak bini 10 orang.

Beli serbuk KFC dan goreng sendiri baru jimat. Resepi dan cara buat coleslaw dan mash potatoes pun ada di internet.
 
Kaedah ini macam mengambil kesempatan dalam kesempitan. Apapun jalan yang terbaik berusaha dan berdikari sendir dalam berjimat. Itu lebih baik. Tapi ada juga mereka yang mengamalkan kaedah seperti di atas. Apapun terpulang pada diri masing-masing.

Itu saya beri contoh sahaja. Contoh dalam bentuk sindiran juga tu. Bukan bermakna saya buat sendiri. :)

Semua berdasarkan pemerhatian orang sekeliling masa belajar dan masa baru2 kerja.

Memang bila baru kerja ni gaji tak cukup sahaja.

Kita rasa gaji tak cukup. Tetapi bila tengok kawan rakan sekerja yang sama gaji dapat beli barang2 mahal, hairan juga. Bila tanya baru bocor rahsia.

Bila dah berjimat untuk kos seharian, tu diaorang boleh berbelanja sakan untuk barang mewah. Adoi!

:(scam
 
aku jenis yang boros bile gaji dah masuk...laju je duit abes...
conclusion nye, aku buat potongan siap2 dari gaji bulanan masuk terus tabung haji...

selamat...=)
 
utk kenderaan..gune lah motosikal aje..sesuai utk yg bujang2 laa
 
1) nak jimat jadilah kedekut.

aku kasi satu je tak payah sampai lima
 
Back
Top
Log in Register