Mana golongan muda mudi yang baru bekerja nak berjimat boleh jadi free loader
1. Tinggal dengan ibu bapa, tak perlu sewa rumah. Kalau anda berhijrah ke bandar, boleh tinggal dengan adik beradik, saudara mara atau kawan.
2. Jangan beli kereta, gunakan perkhidmatan awam seperti bas, komuter, monorail dan LRT. Boleh juga minta ibu bapa hantar jemput ke tempat kerja.
3. Makan minum rumah ibu bapa percuma juga. Pergi kerja bawa bekal daripada rumah.
4. Isap rokok pau kawan2.
5. Kalau ada kereta, caj setiap orang yang menumpang macam harga teksi sapu. Nak pergi makan atau solat Jumaat pun caj.
Nak buat semua ni muka kena tebal dan telinga kena tahan maki.
Dulu masa belajar, ada seorang kenalan ni boleh duduk rumah sewa dan makan free selama dua tahun. Dia akan lompat rumah sana sini lepas penghuni tukar kunci. Memang kuat tahan maki. Muka poker face habis walaupun kena maki depan2.