BTC USD 63,733.0 Gold USD 4,326.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

48 GRO warga Vietnam ditahan

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

MUAR 3 April – Empat buah kelab malam di sekitar bandar ini digempur pihak polis selepas dikesan menyediakan gadis pelayan pelanggan (GRO) asing yang dipercayai terlibat dalam kegiatan pelacuran.

Warga asing itu bukan sahaja ditugaskan untuk bermanja dengan pelanggan, malah boleh dibawa keluar dari kelab tersebut untuk dijadikan habuan seks dengan harga yang berpatutan.

Dalam satu operasi yang dilakukan 35 anggota polis dan Jabatan Imigresen di empat pusat hiburan di Jalan Bakri dan Jalan Sungai Abong, malam semalam, seramai 44 GRO warga Vietnam ditahan atas beberapa kesalahan.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, wanita warga asing yang ditahan dalam operasi selama satu jam setengah bermula pukul 11 malam itu berumur dalam lingkungan 20-an hingga 40-an.

“Mereka ditahan atas beberapa kesalahan, antaranya menyalahgunakan pas lawatan,” katanya di sini hari ini.

Dalam serbuan berkenaan, tiada pemilik premis ditahan sementara kesemua wanita warga asing terbabit sudah diserahkan kepada Jabatan Imigresen negeri untuk tindakan lanjut.
 
Back
Top
Log in Register