BTC USD 76,474.1 Gold USD 4,296.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

40,000 Benih Ikan Baung Dilepaskan Di Timah Tasoh, Perkasa Sektor Perikanan Rekreasi

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
a7f8388611c8c118a2c099d7aacf33b2685d2eface1bc

eb41e404dcf57759589b2d79b18130ce685d2f0ce0f3b


Sebanyak 40,000 benih ikan baung dilepaskan ke dalam Santuari Ikan Air Tawar Timah Tasoh dekat sini hari ini yang merupakan antara inisiatif berterusan untuk memperkasakan sektor perikanan rekreasi dan kelestarian sumber di Perlis.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perladangan dan Kepenggunaan Perlis Razali Saad berkata selain dapat memelihara sumber perikanan tempatan, ia mampu memberikan nilai tambah kepada ekonomi penduduk setempat menerusi aktiviti rekreasi seperti memancing dan menjala.

"Inisiatif ini boleh menjadi antara tarikan kepada pemancing serta masyarakat luar yang datang ke sini. Usaha ini juga membantu meningkatkan sumber pendapatan kepada komuniti sekitar melalui aktiviti rekreasi berkenaan,” katanya kepada pemberita pada program pelepasan benih ikan itu hari ini

Pelepasan benih ikan itu disempurnakan Menteri Besar Mohd Shukri Ramli. Turut hadir Pengarah Perikanan Perlis Mohammed Roshaizat Mustaffa.

Sementara itu, Razali berkata kerajaan negeri merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Persekutuan yang memberikan peruntukan tambahan RM2 juta sekali gus menjadikan peruntukan keseluruhan RM5.8 juta bagi tahun ini untuk manfaat sektor pertanian di Perlis.

Dalam pada itu, Mohammed Roshaizat berkata pelepasan benih ikan baung itu dapat mengekalkan populasi ikan asal di kawasan berkenaan selain mengimbangi semula ekosistem yang terjejas akibat kehadiran spesies ikan invasif.

“Antara spesies ikan invasif yang dikenal pasti mengganggu ekosistem ialah ikan peacock bass dan ikan bongkok. Ikan ini membiak dengan cepat dan memakan telur ikan tempatan sehingga menjejaskan populasi ikan seperti baung, temperas dan patong.

“Kami juga telah menjalankan program kesedaran bersama komuniti dan pelajar universiti untuk menangkap ikan invasif ini, namun impaknya masih dalam pemantauan kerana kadar pembiakan ikan-ikan ini sangat cepat,” katanya.

Beliau berkata orang awam diingatkan supaya tidak sewenang-wenangnya melepaskan sebarang spesies ikan ke dalam sungai atau tasik tanpa kebenaran Jabatan Perikanan yang boleh dikenakan tindakan undang-undang sekiranya berbuat demikian mengikut Kaedah-Kaedah Perikanan Sungai di Perlis.

 
Back
Top
Log in Register