BTC USD 83,196.4 Gold USD 4,163.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Santai 4 Spesis Anak.

al-lavendari

Fun Poster
Messages
254
Joined
Aug 17, 2011
Messages
254
Reaction score
22
Points
15
.

Secara umumnya anak-anak kita dalam konteks pembelajaran, boleh di kategorikan kepada 4 spesis.

1. Cerdik serta rajin
2. Cerdik tapi malas.
3. Kurang cerdik tapi rajin.
4. Kurang cerdik serta pemalas.

1. Spesis cerdik serta rajin ni makayah tak kena migrin. Spesis ini selalunya mejadi kebanggaan dan harapan keluarga. Kalau dia anak yang tua, dia akan jadi 'role model' kepada adik-adiknya.

2. Spesis cerdik tapi malas selalu buat makayah jadi cemas. Macamana pun akhirnya dia berjaya juga walaupun mungkin terpaksa mengulang berkali-kali. Dia ini macam arnab dalam kisah dongeng arnab berlumba lari dengan kura-kura. Akhirnya dia sampai juga selepas kura-kura sampai.

3. Spesis kurang cerdik tapi rajin ini sedar diri. Dia tahu dia tak berapa cerdik sebab tu dia rajin belajar. Dia ni pulak macam kura-kura dalam kisah di atas. Dia sampai dulu daripada arnab.

4. Spesis kurang cerdik serta pemalas ni selalunya bikin kepala makayah pusing. Kalau kena anak bongsu atau anak tunggal, lagi pusinglah kepala makayah.

Apa pun spesis anak-anak kita, kita terimalah seadanya kerana mereka adalah amanah dariNya. Setiap orang adalah unik dan ada kelebihan, minat, peribadi dan bakat masing-masing. Kalau kena cara didiknya, Insyaallah semuanya akan jadi insan yang berguna juga akhirnya.


.
 
semoga nanti sya mendapat anak2 yg cerdik

dan rajin, baik, hensem dan cantik lagi...:)
 
ingat spesis binatang apa tadi..
 
aku tergolong dlm nombor dua.extend ms duk U dulu.haha.bile dh keje skrang br mak ayah lega.
 
hmmm... anak-anak zaman sekarang...:)
 
Aku mungkin kategori nombor 3 dan byk berkawan dengan kategori nombor 2 :D:D:D
 
Back
Top
Log in Register