BTC USD 61,867.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

4 histeria dalam surau

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
SHAH ALAM: Penuntut sesi pagi sebuah sekolah menengah di sini, gempar apabila empat pelajar perempuan diserang histeria dalam surau sekolah berkenaan, semalam.

Difahamkan kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi itu menyebabkan keadaan menjadi cemas sebelum pelajar terbabit ditenangkan guru.
Seorang pekerja yang enggan dikenali berkata, kejadian histeria tidak pernah berlaku di sekolah berkenaan sebelum ini, namun beberapa minggu kebelakangan ini, berlaku beberapa kejadian histeria.

Dia yang sudah beberapa tahun bekerja di sekolah berkenaan tidak pernah berdepan dengan peristiwa itu dan bingung kejadian histeria sering berlaku tanpa diketahui puncanya.



“Sepanjang saya bertugas, kejadian histeria tak pernah berlaku. Tetapi saya bingung kerana kebelakangan ini berlaku beberapa kejadian histeria dan pelajar perempuan menjadi mangsa.



“Pelajar menjerit seperti dirasuk makhluk halus dan hanya kembali tenang beberapa minit kemudian selepas ditenangkan guru termasuk mereka yang mahir ilmu agama,” katanya sewaktu ditemui semalam.



sumber:http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/4histeriadalamsurau/Article/index_html
 
ada 'benda' nak test la tu...
 
ngah datang bulan kot ? biasa waktu2 ni, makhluk halus mudah masuk sbb jiwa ngah kosong..
 
baca tajuk pon dah boleh sebabkan histeria.... sumber pulak metro... :))
 
histeria saja..
buang merata2 ker hapa..
 
asal histeria je mesti budak2 melayu yg kena. jarang pulak aku baca budak2 cina ngan india kena histeria ni. suka betul jin2 ni dgn budak2 melayu ni.
 
asal histeria je mesti budak2 melayu yg kena. jarang pulak aku baca budak2 cina ngan india kena histeria ni. suka betul jin2 ni dgn budak2 melayu ni.

budak2 melayu islam yg slalu kena
setan iblis kan x suka islam
char ngan kel tu sbb bdn depa dh 'kotor' dgn mkn yg benda tu suka
contoh mcm vavi, arak
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register