37 kali samun

CG Sponsors




irsaffy

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2007
Messages
42,957
Reaction score
268
Points
131
37 kali samun
Oleh Salman Hamat
[email protected]
2010/01/22


KUALA LUMPUR: Dua lelaki dipercayai dalang yang melakukan 37 kes samun kedai serbaneka di sekitar daerah Brickfields, dicekup polis dalam serbuan khas di sebuah restoran makanan laut di Pantai Dalam di sini, Ahad lalu.

Mengejutkan apabila pemeriksaan menunjukkan seorang daripada suspek mempunyai 11 rekod jenayah lampau berkaitan dadah termasuk membunuh tanpa niat serta pernah dipenjarakan atas kesalahan berkenaan.

Difahamkan, sehari sebelum dicekup, dua suspek itu menyamun sebuah kedai serbaneka 24 jam di Jalan Bangsar dan melarikan wang tunai RM56 dari mesin juruwang serta air minuman sebelum melarikan diri menggunakan motosikal.

Dalam kejadian jam 1.20 tengah hari itu, suspek yang memasuki premis berkenaan berlakon seperti hendak membeli air minuman sebelum mengacukan sebilah pisau kepada pekerja kedai dan memaksa membuka mesin juruwang.

Timbalan Ketua Polis Brickfields, Superintendan Azri Abdul Rahman, berkata suspek berusia 30 dan 32 tahun dipercayai penagih dadah itu kerap melakukan jenayah bagi mendapatkan wang segera untuk menampung kos membeli bahan terlarang itu.

“Ketika soal siasat, mereka mengaku melakukan samun terhadap 37 kedai serbaneka sejak setahun lalu. Pemeriksaan masih dijalankan dengan kerjasama daerah dan kontinjen polis lain sekiranya suspek sama terbabit dalam jenayah di kawasan mereka.

“Kedua-duanya ditahan berdasarkan keterangan mangsa yang mengecam motosikal Honda EX5 biru digunakan suspek dalam kejadian itu.

“Polis turut mendapat gambaran lakaran gambar suspek berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang pada premis berkenaan,” katanya.

Katanya, suspek pertama ditahan di sebuah restoran di Pantai Dalam dan soal siasat dijalankan membawa kepada penahanan seorang lagi suspek di kawasan sama.

Menurutnya, polis turut merampas sebuah motosikal, sebilah pisau dipercayai digunakan ketika melakukan jenayah serta beberapa lagi barang kes berkaitan daripada suspek.
 
Sponsored Post
Sponsored Post
Top
Log in Register