BTC USD 83,340.4 Gold USD 4,123.16
Time now: Jun 1, 12:00 AM

3000 pips seminggu? boleh ke? tanpa chart?

kita ramai ramai vote "YES" to bro fising buka thread utk ilmu dia.:)cgrock:)cgrock:)paid


fuhhh terangsang neuron lihat masta2 fx sharing idea..

tak dapek kojar..den merangkak yo..

apapun aku juga vote "yes" utk masta fising bukak thread sharing apa yang seikhlas beliau.. :)paid
 
Thread yg menarik. Tahniah buat master Luk Payat. Thread yg penuh dengan ilmu.

Soalan berulang yg agak kerap ditanyakan dlm thread ni? Macamna nak tau broker server time? GMT +/- berapa? Solutionnya di sini..broker server time
Dalam indi tu
BARS = the latest updated bars.
SERVER = Broker server time for the latest updated bars
LOCAL = Your computer time (Masa yg anda set kat desktop anda).

SOALAN.
1. Adakah penghulu dan Pengimbang pairs yg tetap atau berubah setiap minggu/hari?
2. Adakah penghulu terdiri drpd satu pair shj atau group? Kalau ikut penjelasan Masta Luk Payat sebelum ni, penghulu merupakan pairs yg paling liquid/volatile (most likely GBP/JPY).
3. Adakah teknik ini menolak sama sekali penggunaan chart? tujuan saya tanya soalan ni sebab saya rasa saya nak cari jawapan untuk soalan BILA..the trend will reverse..

tunggu jawapan drpd masta-masta yg arif tentang teknik ni. Rasanya dah dpt tangkap sikit. Belum donlod lagi setakat ni. Takut MT4 lagging nanti..banyak data nak process.:D:D
 
thanks bro.sy akan mencuba


Salam, seperti yg di pohon. Kuda Swing trading

peraturan 3000 pips
1.BACA SAMPAI LEBAM. pecahkan neuron sendiri dulu. jgn tnya soalan berulang
2.SAYA TAK TAHU SEGALANYA. newbie masih belajar. KEKURANGAN HARAP MAAF. SUGGESTION secara BAIK diterima. OFFENSIVE CRITIC.. pikir la sendiri.
3.METHOD NI MASIH BARU. DO CONTRIBUTE IDEAS for development of tools to assist trading.
4.USE RESEACHER MINDSET instead of USER MINDSET.
5.praktis,praktis, praktis, praktis.

kalau sesuai pakai la method ni, kalau x sesuai, keep on searching.
Selamat Memecah dan menyambung Neurons.. :)

introduction

Bismillahhirrahmanirrahim.
method ini adalah continuation from method 1000 pips seminggu. kalau belum habis baca yg tu, jgn baca yg ni. nnt konpius tahap dewa.. suitable utk trader yg berpengalaman sahaja. kalau baru sebulan dua, mahirkan 1000 pips dulu.
ni saya bagi summary utk method 1 dan perbezaan dengan method no 2.

method 1: strength meter analysis - trading base on dominnat currency, cari pacemaker then tapau sume follower yg satu family. Execution berdasarka price action dan self fulfilling prophecy. (SnR)boleh digunakan untuk single pair, twin pair or multipair. MINITREND SCALPING, SHORT-TERM ONLY
Ini sesuai utk newbie yg dah fasih pasal price action. Kalau belum mahir, kena study and praktise dulu price action. sebelom cuba method 2, pastikan dah cuba faham method 1.

Method no 2: Akan di bentang di sini.
Inilah kuda version lukpayat. Method ni lain sikit dari yg di ajar oleh secret success. Tp aku pon blajar dgn dorg. Full credit to tuan kuda shah alam. Dorg punye hampir sama tp, berbeza dr segi execution dan juga risk exposure.
Kuda no 2 ni boleh buat anda terbeliak tgk pips dan terduduk tgk floating kalau silap langkah.
Concept base on dominancy, corelation, liquidity, distribution serta volatility study.
Reference cuma a few sets of "IA" yg di buat pada pagi isnin. Style trade is swing multipair (basket) atau selected dominant pair yg paling liquid. kita tak tengok chart yg ada candlestik or bar or line lagi. yang perlu cuma statistic. recomended for swinger sebab kita ride on major trend.
Idea asal dr . Credit kpd beliau dan juga geng kuda shah alam (secret success). Walaubagaimana pon, Saya mmg encourage those yg seriously want to learn and nak jadikan forex ni mata pencarian, gi cari coach dgn geng kuda atau mana mana GURU. Itu accelerated way la. If u undrstand their method, method ni sap sap soi je. anyway, follow sini pon no problem.. cuma slow sket la.

kita bahagikan kepada 2 jenis.

14 pair dan 28 pair.
method trading variation:
1: single direction basket dimana kita buy or sell semua pair samaada 14 atau 28 - follow major trend (recommended)
2: correlation trade, buy and sell semua pair according to trend masing2. (risiko meningkat)
3: dominant pair trade multilayer. trade pair yg dominant and paling liquid dan volatile. (risiko lagi meningkat)

kalau pair yang sama, masa berlainan, dia jadi "averaging risk"...
kalau masa yang sama, pair berlainan, dia jadi "leveraging risk"


leveraging risk is less risky daripada averaging risk. sebab kita spread out the risk and return kepada banyak pair. naik keter kuda, pakai banyak kuda... nak pakai sekor yg gagah perkasa pon boleh, tapi, kalau dia naik angin x mo ikut ckp.. naya..


contoh IA 14 seperti di bawah. IA 14 adalah indikator account 14 pair:


dan begini jadik nye kalau kita nak compare.


yg ni 28 pair


Untuk method ni, saya jarang guna sebab malas dan tak sabar menunggu. Kalau pakai pon lot kecik2 shj sebab method ni kalau silap, can cause fatality to ur equity. Hehehe. Tp mana2 method pon kalau x betul MM, hancus gak. Drwdown can be beribu pips, kalau equity kuat, boleh positive blk sebbab natural hedging among negatively corelated pairs.

Recommended capital: minimum usd 1000. Exposure: 2% je

Concept

Kenapa kita nak trade cara macam ni? pertama skali, kita perlu tgk BIG PICTURE of overall market trend, market concentration,market distribution,market preference, market volatility, liquidity. byk lg yg boleh dapat daripada IA 28 tu.
Volume and distribution
soalan saya: Forex ni ada volume kah?
ada, tapi tak ada exchange yg accurately monitor the volume of currencies exchanging hand sebab market ini terlalu besar and terlalu dynamik dan laju. volume yg ade kt platform kita tu adalah broker based. dengan itu, indikator yg cakap overbought and oversold, agak tidak accurate. kdg2 dah lebih 90% oversold, tapi 3 hari lepas tu masih oversold. melekat kat bawah je graph dia. faham tak apa maksud saya?
kalau equity,senang sebab exchange tu mmg monitor how many shares yg ada and how many being bought or sold.

dengan ada nye IA, kita dapat melihat apa trader2 lain di dunia ni tgh buat dengan 8 major currencies and 28 major&cross pairs.
because, bila depa jual satu currency, depa mesti tukar ke currency lain kan? kita nak tau apa currency yg depa tukar tuh. dari sini kita leh tengok volume distribution. so, bila berlakunye satu fundamental release yg negative kepada USD contoh nye, kita tgk ramai org jual USD. tapi dorg tukar ke currency apa plak? dari sini, kita leh tgk beberapa pair yg akan correlate atau mirror with each other sebab mereka jual USD and tukar kepada currency tersebut.

ataupon,sentiment weak USD akan menyebabkan allance currency seperti JPY akan follow weak sebab japan tu antara business trade yg besar dengan amerika.

volatility and liquidity:
kita boleh tengok pair mana paling volatile comparatively among all pairs. yg mana actively bergerak dalam ranking 28 tum adalah yg paling volatile and paling liquid.

i will give example in next post.

Support and resistance
dalam IA 28 atau 14 itu tersirat SnR yg berupa currency pair. yang berada di tengah2 adalah pivot pair. pair ni tak bergerak banyak.. support or resistance: pair ni dia duduk dekat dengan penghulu, tapi dia jarang jadik penghulu. untuk berlaku reversal, penghulu kena melepasi pair ni. dan kemudian "pivot", dan follow terus the opposite place. contoh GBPUSD AND GBPJPY dalam minggu ni. awal minggu, dia duduk di bhgian tgh segment atas. bila kita sort profit descending utk IA 28 BUY. maknanye dia tgh puptrend sebab kita buy dia positive.
kemudian dia slowly pindah ke 1/3 ke atas, kemudian dia cross EURJPY, kemudian dia cross EURCHF, dan skrang dia berada di bawah sebagai penghulu bersama GCHF, GJ.

tk faham/ tak pe, nnti kita buat case study.
memang susah nak cerita dalam forum, sebab tu saya reluctant nak ajar sini.

market bias
simple, kalau IA 28 BUY ALL tu dah bg popit positive, tu makna nye bias bullish. ..
kalau popit tu negative, bias bearish

analysis


above is the screen shot i edited and combine today with last 2 days position. ( i think we need a script to put together a static statistic from specific date to another date to compare each other)

see the 23 sept column?
observe the penghulu.. daripada bawah skali, naik ke atas.. itu adalah reversal.. bila kah confirm reversal?
setakat ni, saya perasan, bila penghulu bergerak 1/3 ke arah opposite direction. dan yg tgh2 tu, dlm contoh atas. pair yg duduk kat position 13, 14, 15 tu bergerak dr tempat asal mereka.
eurjpy bergerak keatas.audusd, audcad kebwh.

pd hari ni,kita tgk gbp pair (base) ade 4 kat atas. 1 kat bwh (quote). jelas menunjukan gbp di jual besar besaran.

execution and risk management



attachment for statistical indicator. coded by bro Aiman. 3000pips.zip can be found below.. masih under construction. this is version 1. I released the Mq4 skali incase you need to edit as per your preference. credit to Aiman.


this stats will replace the manually open IA 14 and 28 every monday.

you may select imput for desired time and date. kena tau le broker tu GMT berapa.
download history data in Mt4 - tools - history center. must download data for each 28 pairs available. by default, dia pakai M5, leh tukar. so dload data yg nak pakai je. kalau tak, berjanggut tunggu.

this stats will only works for 28 pairs brokers like insta, fxopen, fxsol, barco etc..

see below:
compare both picture:



ok, camne nak tengok benda ni?
ni seolah olah kita buat OP utk IA 28 pada 14hb 9, 23hb 9, dan 18hb 9 market close at 23.00 GMT 00 and also market open at GMT 0.00 monday.

saya bagi sedikit info basic pasal benda ni.
selain cantik, banyak info leh dapat kat sini. we are looking at overall market analysis.. SnR, Vector, Liquidity, momentum, supply and demand, volume, volatility, and market bias.
pertama, cuba perhatikan 14 haribulan. total profit adalah negative. masa ni trend masih down. somewhere on 21 hb, market start to turn. perhatikan kedudukan GBPUSD dan juga GBPJPY pada setiap column.

kedua, perhatikan column 18hb, yg paling kiri. profit paling tinggi as of today kalau kita buy all 28 pair, profit almost 1000pips nett. if today we open the statistic, and we check the trend masih strong buy, kalau kita buy pg tadi leh dapat lagi dalam 400 pips.


kepada pengguna meter strength, statistic ni amat berguna utk kita tgk penghulu.
 
No hal bro..the clue is 0,1,1,2,3,5,8,13,21,34,55,89,xxxxxxxxx
mystery of Golden Ratio.....

Ooo..patut la pkl 8pagi,3ptg,8mlm merupakan waktu2 price dan volume tengah rancak bergerak...Baru saya perasan yg. mereka pun pakai timing ikut seq. Fibo...
 
pada pendapat saya, kalau nak tau basket trend tu nak berubah atau tidak kenapa kita tak fokus pada paksi trend tu sahaja sebagai leading? Paksi (equilibrium) di sini saya merujuk kepada pengimbang. Jika pengimbang tergelincir dari paksi berkemungkinan keseimbangan trend juga turut berubah.
Untuk mengenalpati ketidakseimbangan telah berlaku kita memerlukan charting..?! err..atau aku yg salah pemahaman di sini. minta tunjuk ajar..
 
jawapan saya bubuh kaler biru tu k.

soalan saya kepada mizi/sape yg mahir dah guna carta statistik ni

1. berdasarkan penerangan execution tu- kita perlu tukar setting indi tu setiap hari (utk column 3&4 - smalam n hari ni)betul?
ye betul tuan bujal. satu IA utk reference, selebih nye utk tgk signal by comparing dengan yg early oof the week. best if we can get a static print kat atas mt4 tu. Aiman tgh buat
2. kita akan trade based on penghulu berada dikedudukan 3 position terbawah atau 3 position teratas....either BUY or SELL.
ye betul.untuk follow trend. bila penghulu dah bergerak kearah tengah, itu adalah reversal. bukan lagi retracement. perhatikan pair mana yang penghulu langkah.


3. kita akan bukak position 14/28 pair serentak ke atau macam mana? bila nampak penghulu tu ada kat postion position tu? ke kita akan buka trade scara pilihan pair pair?
kalau nak selamat, trade all 14. 28 tu spread terlalu banyak. sya guna untuk reference sahaja. saya ada trade demo je 28. live up to 14 je, tapi 2 layer biasanya.

SOALAN.
1. Adakah penghulu dan Pengimbang pairs yg tetap atau berubah setiap minggu/hari?
daily mungkin tak berubah kalau takde significant fundi releases. tapi weekly biasanye ada perubahan.
2. Adakah penghulu terdiri drpd satu pair shj atau group? Kalau ikut penjelasan Masta Luk Payat sebelum ni, penghulu merupakan pairs yg paling liquid/volatile (most likely GBP/JPY).
satu pair sahaja. dengan pembantu dia. biasanya dari rumpun yang sama. GJ sama dgn GU of Gchf camtu

3. Adakah teknik ini menolak sama sekali penggunaan chart? tujuan saya tanya soalan ni sebab saya rasa saya nak cari jawapan untuk soalan BILA..the trend will reverse..
nak guna chart boleh. xde masalah. dari apa yg saya rasa la kan, bila tengok candle ni, psikologi kita adak banyak teransang. hehehe.. especially bila tgk big long marubuzo.. tapi kalau kita tgk nombor.. so visual kaler tu tak impact sangat decision kita. so, it will be more "factual based" rater than "feeling based". tp kalau nak tgk chartjugak, dipersilakan. takde pantang larang.. topik thraed ni pon ada soalan "boleh ke?" so, purpose is 3000 pips a week. so, not limited to the original presented method. variation and experimentation to further develop the method is highly encouraged.


tunggu jawapan drpd masta-masta yg arif tentang teknik ni. Rasanya dah dpt tangkap sikit. Belum donlod lagi setakat ni. Takut MT4 lagging nanti..banyak data nak process.

kenapa nak trade basket?
kita limited by our MM disciplin - iastu certain % allowable to use as margin. kalau nak lebih, either kita increase exposure in trading, or increase the perolehan dari trade kita.
so, best way to preserve our equity is to increase the perolehan. nak bukak lot besar nanti jantung stop berenti. so nnt taut jadi GAMBLE, bila GAMBLE, hukum dia lain plak.
basket is a proven lower risk method compared to single currency.
logically and technically.
 
pada pendapat saya, kalau nak tau basket trend tu nak berubah atau tidak kenapa kita tak fokus pada paksi trend tu sahaja sebagai leading? Paksi (equilibrium) di sini saya merujuk kepada pengimbang. Jika pengimbang tergelincir dari paksi berkemungkinan keseimbangan trend juga turut berubah.
Untuk mengenalpati ketidakseimbangan telah berlaku kita memerlukan charting..?! err..atau aku yg salah pemahaman di sini. minta tunjuk ajar..

ya betul. chart yg ada candle kita cuba elakkan. kita pakai summary. sama ada lam bentuk nombor, or visual.

mungkin kita leh buat bar graph ke apa kat MT4..

tgh buat "average %change treshold" for individual pair.
 
ya betul. chart yg ada candle kita cuba elakkan. kita pakai summary. sama ada lam bentuk nombor, or visual.

mungkin kita leh buat bar graph ke apa kat MT4..

tgh buat "average %change treshold" for individual pair.

aku ada gak guna teknik % change kt broker iforex,,, selalunya jika price move ke -100% atau +100% selalu akan berlaku retracement antara 20-30 pips so kat sini boleh sell or buy utk kutip pips dan satu lagi aku juga selalu gak open post bila aku tgk percent dia +60%(bias uptrend) atau -60%(bias downtrend) so apa yg aku buat ialah buy or sell sebab selalunya dia akan pergi ke - + 100%

P/s : pair NU bergerak 2 x ganda dari pair AU walaupun NU adalah menumpang AU...jika AU 100 % NU mesti move cecah 200% ..sekadar pandagan newbie jer nie
 
Last edited:
IA+FIBONACCI....hmm :-?Kita tengok macammana perkara ini boleh dibangunkan...so interesting to react more impuls link between neuron...
 

Latest Posts

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.13668
USD / JPY
157.398
GBP / USD
1.32515
USD / CHF
0.83191
USD / CAD
1.41718
EUR / JPY
178.943
AUD / USD
0.70182
Back
Top
Log in Register