300 bakal jemaah umrah terkandas di klia2

CG Sponsors




oldtbone

Legendary Member
Joined
May 25, 2012
Messages
17,324
Reaction score
3,693
Points
191


Sepang: Kira-kira 300 bakal jemaah umrah terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) di sini dipercayai terpedaya dengan pakej murah ditawarkan sebuah agensi.

Difahamkan, mereka yang membabitkan tiga kumpulan dari Johor dan Perak membayar kira-kira RM3,500 setiap seorang, manakala, agensi itu turut mempunyai lesen sah dipercayai beroperasi di Setapak, Kuala Lumpur.

Bakal jemaah umrah terbabit sepatutnya berlepas pada 27 dan 28 November lalu serta jam 7.30 malam hari ini.

Seorang lelaki enggan dikenali berkata, dia bersama keluarga datang dari Ipoh, Perak adalah kumpulan ketiga yang sepatutnya berlepas pada hari ini.

Menurutnya, dia mengenali agensi berkenaan selepas dimaklumkan rakan malah, turut melakukan carian di Internet dan Facebook (FB).

"Apabila melihat maklumat dipaparkan, kami percaya dengan agensi ini malah, dalam FB itu turut dimuat naik gambar kumpulan jemaah umrah di Tanah Suci yang dibawa mereka sekali gus kami mempercayainya.

"Bagaimanapun, kami tidak tahu masalah yang terjadi pada hari ini. Sebelum ini saya pernah bertanya destinasi pesawat mendarat tetapi, mereka tidak memberitahu kami," katanya ketika ditemui di klia2 di sini, hari ini.

Mangsa berusia 40 tahun itu berkata, pasport mereka turut dipegang oleh pihak agensi dan ia perkara biasa bagi urusan untuk membuat visa umrah.

Tinjauan Harian Metro mendapati, kumpulan bakal jemaah umrah terbabit berkumpul bersama keluarga masing-masing di bahagian terminal pelepasan klia2.

Malah, wakil Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan turut berada di klia2 bertemu dengan bakal jemaah terbabit dan kelihatan ejen syarikat berada di situ.

Bagaimanapun, ada segelintir mangsa tidak mahu memberikan kerjasama dengan wakil kementerian dan menganggap mereka tidak tertipu selain reda jika tidak dapat ke Tanah Suci.

Sementara itu, Pengarah Negeri Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Selangor Arshad Mustapa berkata, pihaknya hadir di klia2 untuk bertemu dengan bakal jemaah umrah terbabit kerana mahu membantu mereka.

Katanya, kebanyakan bakal jemaah umrah berasa tertipu selepas penerbangan didakwa beberapa kali tertunda.

"Selain itu, ada kumpulan bakal jemaah itu ditempatkan di sebuah hotel di Shah Alam iaitu kumpulan pertama dan kedua.

"Sehingga kini, kita belum dapat sebarang maklumat terkini berkenaan status penerbangan bakal jemaah terbabit," katanya.


sumber: http://www.hmetro.com.my/node/186105












Sy salah sorang yg br balik umrah dr pakej ni.. Alhamdulilah3x..puas hati.. Fitnah akhir zaman. orang nk buat baik kena kecam.

Memang ada jemaah yg byr 3.5..lebihan kos 3k di byr oleh company persendirian/dato2 yg menyumbang utk wakaf. Memang mustahil pergi umrah dlm 4k. Sy dh pergi dn selamat blk. mula2 buat payment skeptikal jgk. Alhamdulilah baru je blk sabtu br ni :)

Berita terkandas ni bkn sbb company ni..tp sebab Flight company. Bila jemaah terlalu ramai, airlines yg diorg ambik mengambil masa/delay utk dapatkan 1 flight kosong khas utk jemaah. mcm sy patut fly 19hb..jd 20hb.

Satu lagi, ada pihak iri hati dgn company ni. Well known company umrah yg kita kenal - Andalusia, rayhar , imtiyaz dan TABUNG HAJI sendiri dah lama pegang bisnes ni. Bila dia dgr company baru ni bwk jemaah ni dgn ramai, diorg jd tergugat dan mereka mula menyiasat. Sebab mereka dh lama..periuk nasi diorg lagi. dgn kementerian pelancongan jgn ckp lah, mestilah diorg ada kabel dan link yg kuat.. Tu yg diorg panggil reporter picisan dr BH dn Hmetroll. Siasat dulu sebllm percaya news dr paper ni :)

Apa pun, semoga UF ni terus berbuat baik walaupun baru terima 1 cabaran. Nabi Muhamad kita pun terima byk cabaran nk sebarkan islam.

Apapun, alhamdulilah..penginapan dan makanan selesa. yg penting dpt beribadat dgn selesa.

Wslm

Btw, sy ahli Cg dh lama..bukan ahli baru ye nk create fake story..haha





Alhamdulillah..semua jemaah yang "TERKANDAS" telah selamat tiba di Madinah. Yang saya tahu, pihak agensi ada bersama sama jemaah semasa kejadian dan semua jemaah yang terlibat diberikan penginapan sehingga berlepas.





Group yg 27hb dn 28hb yg terkandas hari tu dah ada di tanah suci skrg. macam sy ckp jemaah pergi ramai. macam pergi haji, satu flight terus..jd ada problem airlines company ni pakai utk dptkan 1 flight kosong atau yg seat byk (ada dr maldives, ada dr dhaka)

paling lewat delay pun 3-4 hari. ..normal airlines delay ni..orang nk cr isu biasalah.

Semalam sy dpt berita, salah seorang jemaah yg terkandas hari tu telah meninggal di Mekah semalam. Jemaah perempuan berusia 61 tahun. InalillahwaInnailaihi rajii'un

Buat yang reply thread ni tanpa baca semua komen. dan hanya guna emosi sebagai, fikirla dosa sebelum typing..haha..

peacee..

:)cgrock




Dalm 3 4 ari lepas ade je nampak jemaah pakai beg ufirdaus ni kat mekah..
Dah sampai la tu..



dah selamat sampai katanya..xperlu di provokasi lagi.. :)cgrock
 
Last edited:
Sponsored Post

asx23

Active+ Member
Joined
Oct 10, 2016
Messages
4,191
Reaction score
464
Points
41
selagi boleh bt duit, tipu sampai boleh. rejam org yg tipu tu
 

nonoo1

Super Active Member
Joined
Oct 24, 2010
Messages
5,827
Reaction score
305
Points
91
nmpk tu.. benda ibadat pun sanggup tipu..
apatah lagi benda len
 

joee

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Oct 1, 2010
Messages
40,679
Reaction score
939
Points
161
kesian laa..org nk ready nk pegi mekah..puak2 ni buat onar
 

oldtbone

Legendary Member
Joined
May 25, 2012
Messages
17,324
Reaction score
3,693
Points
191
kalau boleh setiap pakej mcm ni kena dikawal selia oleh satu badan khas.
selagi x dpt pelepasan pelanggan cuma perlu bayar booking dan x perlu bayar penuh contoh..
pergi nk beribadat tu..bkn pegi melancong..
 

John Nawi

Super Active Member
Joined
Oct 23, 2012
Messages
5,057
Reaction score
145
Points
83
dlm fb beria2 ada backup agensi ni...katanya yg badge pertama dah selesai tunaikan haji pn siap dh balik malaysia... hurm..

jemaah perlu bayar 3.5k sahaj..selebihnya ada orang sedekah katanya.. jgn jd MLM juga dah le...
 

Kaizen5555

Legendary Member
Joined
Feb 5, 2014
Messages
13,143
Reaction score
161
Points
123
bnda agama pn nk tipu....betapa hina nya...hmm
 

myrul369

Super Active Member
Joined
Jun 10, 2010
Messages
6,179
Reaction score
11
Points
75
ini mmg kejilakean sgt lah... menipu org2 yg btol2 nk ke tanah suci.. fuhhh xbole imagine kalo cmni jd kt diri aku.. nauzubillahiminzalik
 

anoyz

Active+ Member
Joined
Nov 3, 2011
Messages
2,661
Reaction score
176
Points
33
dlm fb beria2 ada backup agensi ni...katanya yg badge pertama dah selesai tunaikan haji pn siap dh balik malaysia... hurm..

jemaah perlu bayar 3.5k sahaj..selebihnya ada orang sedekah katanya.. jgn jd MLM juga dah le...
apa FB agensi ni?

punca banyak generasi anak haram dilahirkan sekarang sebab mak bapak makan duit haram.:mad:
 

in_butterfly

Active Member
Joined
Feb 20, 2011
Messages
1,551
Reaction score
14
Points
25
kesiannya la.. pihak berkuasa tolong la bantu tangkap penyamun2 ni.bagi masuk penjara jgn kuar2 dah.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register