BTC USD 83,843.9 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

30 mnit Ustaz Don...

salam..

maaflah kalau aku melawan arus. aku tahu ramai kata dia best. tapi aku tgk dia mcm ada sifat riak skit ketika membaca al quran. terlalu nak jaga suara dan merdunya bacaannya. menurut kitab ilya ulumiddin karangan imam AL Ghazali, salah satu hijab dengan Allah ialah ilmu. nampak bahayanya? Imam AL ghazali dah awal awal kata, adanya sesetengah golongan yg terlalu fokus pada kemerduan bacaan agar memperlihatkan orang betapa bagusnya bacaan dan suaranya.

aku tgk ustaz don dan sorang lagi sape ek..alaa yg ceraikan bininya kawin dgn sorg artis jugak...rambut panjang tu.... lupa lak namanya.

Ikhlas dan Riak tu dalam hati,
kita tidak dapat menilai sama ada hati orang tu ikhlas atau riak,

kalo perbuatan bongkak dan meninggi diri tu kita boleh lihat dan dengar.

Sama spt para Qari yang hebat2 seperti Mishari, Sudais pun memperdengarkan bacaan yang lunak, sbb bakat dan juga ilmu yg ada pada mereka.

Sama juga seperti para Muazzin di Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi yang sering dijemput utk memperdengarkan laungan azan mereka di merata tempat di dunia.

Ustaz Don Daniyal seorang pensyarah di Akademi Al-Qur'an di KUIS.
Dia pun mengajar pelajar2 tahfiz di sana. Dia seorang Hafiz, Bahasa arab pun baik, sbb tu kalo dia bagi kuliah ttg tafsir Al-Qur'an mmg menarik malah membuatkan org2 tua atau muda melopong.
Kalo kat tv memang penyampaiannya santai dan topik pun agak ringan, tapi kalo di kuliah di masjid di mengajar tajuk yg lebih berat dan lebih mendalam.

Jadi kita ambik pendekatan Husnuzon iaitu bersangka baik bahawa mereka menggunakan bakat dan ilmu mereka untuk MENARIK MINAT pendengar untuk mendekati Islam. Itu juga merupakan DAKWAH BIL HAL.

Wallahua'lam.
 
Sekarang ni ada segelintir daripada kita yang dok komen ustaz tu x bagus la, x ikhlas la, x hensem la, dll. bagi aku kita patut berterima kasih dekat ustaz2 tu semua, sebab depa dah bagi ilmu kat kita, sedangkan kalau org kafir pun yg bagi nasihat/ilmu yang berguna kat kita, kita kena hormat dia sebagai tok guru kita....
inikan pula ustaz2 yg dok ajar kita akan ilmu agama... kalau nak harapkan aku nak pi dengar kuliah kat masjid2 tu memang payah la sikit.. hehehe... ni sambil2 duduk lepak kat rumah.. minum kopi.. kita boleh dah dapat ilmu..lainla kalau apa yang diajar tu menda salah.. samada ustaz2 tu ikhlas ke tak yang tu biarkan dia dengan Allah shj....wallahua'lam..
 
Last edited:
ustaz don mmg terbaik, cara die bg kuliah mmg menghiburkan..penuh info..
 
Dapat banyak ilmu berguna dari beliau..semoga masyarakat sekarang berubah mengikut tali Allah.
 
Ustaz Don Daniyal Don Biyajid mmg best...Idola aku nih...

Rancangan dia kt tv alhijrah setiap Isnin - Khamis kol 10mlm - 10.30mlm.

Semlm dia ngajar solat ngadap kiblat. Harap semua CGrian dpt luangkn masa tuk tonton rcgan ni...
 
baru semalam datang opis aku, sempena sambutan maulidur rasul, memang best jugak la
 
cara penyampaian ustz don nih bagus .. boleh tarik ramai org utk mendengar .. ada part dia jenaka .. explanation dia pun aku rasa ramai boleh paham .. riak atau tak itu urusan dia dgn Allah ..
 
Back
Top
Log in Register