BTC USD 61,854.2 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

3 doktor disahkan positif HIV

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
Surabaya: Institut Penyakit Tropika di Universiti Airlangga, Surabaya melaporkan sekurang-kurangnya tiga doktor diuji positif dengan HIV/AIDS tahun lalu.

Seorang wakil berkata walaupun tidak diketahui dengan jelas bagaimana mereka mendapat jangkitan virus itu, ia disyaki mungkin melalui pesakit HIV/AIDS.
“Ia benar-benar berkaitan dengan profesion mereka sebagai seorang doktor,” kata pengerusi institut terbabit, Profesor Nasronudin. Nasronudin mengingatkan doktor untuk mematuhi amalan keselamatan perubatan berikutan mereka dan kumpulan paramedik adalah antara yang paling berisiko tinggi dijangkiti dengan penyakit berkenaan.


Selain daripada perlunya doktor untuk mematuhi prosedur tertentu, pesakit HIV/AIDS juga dikehendaki memberitahu kepada doktor mengenai keadaan mereka supaya langkah tertentu boleh diambil untuk mengelak jangkitan, katanya.

“Pesakit juga berhadapan dengan dilema. Kadang kala saya bertanyakan kepada pesakit mengapa mereka tidak mendedahkan penyakit HIV/AIDS mereka. Mereka katakan, “Jika didedahkan, saya bimbang doktor akan menolak saya.” Ini adalah penting kepada doktor dan orang awam,” katanya. - AGENSI



sumber:http://www.bharian.com.my/bharian/articles/3doktordisahkanpositifHIV/Article/
 
doctor kan klo surgery pakai glove ad protection..entah2 menggatal dgn patient tu pasal kena
 
Berisiko melalui jarum suntikan, yang selalunya dah cucuk pesakit pastu pegang jarum tu tercucuk tangan pulak.... :(:(:(
 
Harap harapnya, betullah kata yang doktor doktor berkenaan mendapat HIV disebabkan merawat pesakit,
bukannya mencari 'penyakit'...

Luqmanul Hakim @ CariGold.com
 
merwat pesakit pn tkena..ya Allah, mulia doktr tsbot
 
biasa je.. doktor memang terdedah ngan pelbagai penyakit berjangkit
 
hati2 la wahai doktor dan bakal doktor..
 
merwat pesakit pn tkena..ya Allah, mulia doktr tsbot

:eek::eek:...mulia cekgu lagi bro,,doktor ni pandai sbb cekgu ajar sekolah tadika lagi,,,smua profesyen termasuk ceo masih takleh lawan cekgu,,,igat cekgu ajar abc tu menyebabkan smua jadi pandai,,,hebat lagi dari pensyarah,,,apa kelass:eek::eek:
 
Back
Top
Log in Register