BTC USD 63,782.2 Gold USD 4,333.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

25 artis veteran mula diami PPR

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
61,479
Joined
Jun 17, 2007
Messages
61,479
Reaction score
7,005
Points
881
25 artis veteran mula diami PPR
WhatsApp_Image_2020-12-23_at_4.14.35_AM_1608692458.jpg
Tiga artis veteran, Alina Hassan, Ayati Tasrip dan Noralbaniah antara 25 penggiat seni yang menerima kediaman Projek Perumahan Rakyat (PPR) atas inisiatif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). - Foto FINAS
KUALA LUMPUR: Impian anak seni kurang berkemampuan mendiami rumah selesa sebagai tempat berteduh, akhirnya termakbul selepas masing-masing menerima kunci unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Lembah Subang 2, Petaling, Selangor, baru-baru ini.

Lebih menggembirakan, bagi sesetengah penerima, rumah disediakan bakal menjadi tempat penyatuan keluarga apabila anak yang selama ini menetap berjauhan termasuk di negeri lain, dapat kembali tinggal bersama.

Selepas menerima surat tawaran menyewa unit PPR pada September lalu, artis veteran yang mendapat tawaran program Perumahan Komuniti Seni Prihatin atas inisiatif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), lega boleh menetap di kediaman baharu.

Tambah bersyukur apabila penerima unit PPR di Lembah Subang 2 itu turut menerima barang keperluan seperti peti sejuk, mesin basuh, almari, katil, televisyen (TV) dan sebagainya.

Penyanyi veteran, Ayati Tasrip, 60, yang sudah berpindah sejak 15 Disember lalu, tersentuh dengan kesudian semua pihak bermurah hati menghulurkan sumbangan kepada mereka.

"Saya dan suami sangat bersyukur apabila dipilih memiliki sebuah unit PPR di Lembah Subang 2 ini, apatah lagi rumah ini selesa.

"Biarpun atas status PPR, rumah ini mempunyai tiga bilik dan cukup besar bagi kami. Alhamdulillah, terima kasih kepada FINAS dan badan bukan kerajaan (NGO) lain yang membantu kami mendapatkan kediaman ini.

"Kami rasa bertuah dan bersyukur apabila turut menerima sumbangan barangan rumah. Bukannya sedikit, boleh dikatakan keperluan yang lengkap untuk kami semua yang menerima rumah di PPR Lembang Subang 2 ini," katanya kepada BH Online.

Tambah penyanyi yang popular dengan lagu Khazanah Dari Malaya itu, sumbangan itu meringankan tanggungannya bersama suami, pesara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang bergantung kepada pencen.

"Dengan duit pencen suami, mampulah kami membayar sewa rumah PPR. Lagipun saya tiada pendapatan seperti dulu. Sejak pandemik COVID-19, undangan persembahan tidak banyak.

"Jadi pemberian ini sedikit sebanyak meringankan tanggungan kami," katanya.

WhatsApp_Image_2020-12-23_at_4.14.54_AM_1608692446.jpg
Penyanyi veteran, Ayati Tasrip yang sudah berpindah sejak 15 Disember lalu, tersentuh dengan kesudian pelbagai badan korporat yang bermurah hati menghulurkan sumbangan kepadanya. - Foto FINAS
Ayati bersyukur tidak perlu lagi membebankan anak hasil perkahwinan suaminya yang lalu apabila tinggal bersama di Pandan Indah.

"Apabila dapat rumah PPR, kami berpindah dan duduk berdua, tidaklah menyusahkan anak kami," katanya.

Ayati menjadi ibu tunggal sejak empat tahun lalu selepas suami pertamanya, Zulkifly Halim meninggal dunia. Mereka memiliki empat anak dan lapan cucu.

Sementara itu, bekas juara program realiti, Sinaran Pasport Kegemilangan 1996, Alina Hassan, 53, tidak sabar berpindah ke rumah baharu dan tinggal bersama anak.

Alina berkata, selepas memiliki rumah sendiri, dia tidak perlu berulang alik ke Terengganu untuk menjenguk anak yang tinggal bersama bekas suami di negeri itu.

"Saya sekarang di Terengganu untuk mengambil anak saya duduk bersama di rumah baharu itu nanti.

"Alhamdulillah, apabila sudah siap dengan kelengkapan nanti, barulah saya senang hati mahu mengambil dan menjaga anak kedua saya yang juga Orang Kelainan Upaya (OKU).

"Jadi, saya tidak perlu risau lagi mengenai keperluannya. Saya tidak sabar hendak menjaga dan duduk bersama anak," katanya.

WhatsApp_Image_2020-12-23_at_4.14.45_AM_1608692450.jpg
Bekas juara program realiti, Sinaran Pasport Kegemilangan 1996, Alina Hassan tidak sabar berpindah ke rumah baharu dan tinggal bersama anak. - Foto FINAS
Namun, Alina risau kerana kes jangkitan COVID-19 di Selangor dan Kuala Lumpur mencatatkan peningkatan sejak akhir-akhir ini.

"Diharapkan keadaan ini segera pulih sebab saya mahu bawa anak tinggal bersama," katanya yang akan mula menetap di unit PPR itu, akhir bulan ini.

Selama ini, Alina yang mempunyai empat anak menetap di bilik sewa di sebuah rumah kedai di Setapak, Kuala Lumpur, sejak dua tahun lalu.

Pelakon Noralbaniah, 51, juga teruja mengecat rumah baharunya sebelum berpindah akhir bulan ini. Biarpun bakal tinggal sendirian, Noralbaniah bersyukur kerana memiliki rumah sendiri adalah impiannya.

"Syukur, kerajaan, FINAS dan NGO banyak membantu artis veteran untuk mendapatkan rumah. Tambah bersyukur apabila mereka turut menghulurkan barangan keperluan lain.

"Saya dapat sofa, set bilik tidur, tikar getah dan pelbagai barangan kelengkapan lagi. Jadi, tidak payah kami susah-susah fikir hendak membeli," katanya.

WhatsApp_Image_2020-12-23_at_4.15.36_AM_1608692455.jpg
Pelakon, Noralbaniah bersyukur memiliki rumah sendiri yang menjadi impiannya sejak sekian lama, biarpun hanya hidup bersendirian. - Foto FINAS
Noralbaniah berkata, dia menanti lebih dua tahun untuk menghuni rumah PPR dan akhirnya, doa dimakbulkan.

"Ada yang bertanya, tidak malukah artis duduk PPR. Saya katakan, saya lagi malu kalau duduk rumah sewa. Biarlah kecil sekalipun, puas hati duduk di rumah sendiri.

"Bagaimanapun, unit PPR yang kami terima tidaklah kecil, ada tiga bilik tidur dan dua bilik air, memadai untuk saya seorang," katanya.

Noralbaniah berharap melunaskan bayaran bulanan dengan baik supaya akhirnya unit PPR itu boleh menjadi miliknya.

"Kami perlu membayar bulanan tepat pada masa dalam tempoh dua tahun. Kalau bayaran 'cantik', insya-Allah unit itu boleh disewa beli," katanya.

Pada awal September lalu, 25 penggiat seni menerima surat tawaran menyewa unit PPR di bawah Inisiatif Perumahan Komuniti Seni Prihatin yang diusahakan FINAS serta KPKT.

Seramai 19 penerima ditawarkan kediaman di PPR Sri Aman Kuala Lumpur dengan baki enam penerima lagi ditempatkan di PPR Lembah Subang 2.

Antara penggiat seni yang menerima surat tawaran itu adalah Tawil, Delimawati Ismail, Halimah Alias, Wan Nor Azlin Wan Mohd Hussin, Badrul Muhayat, Zaleha Sidek, Aizom Othman, Rusilawati Hassan dan Mahmud Ali Basha.

Kediaman berkeluasan 650 kaki persegi itu memiliki tiga bilik dan dua bilik air. Ia turut dilengkapi kemudahan asas seperti katil, sofa, dapur gas, meja makan dan almari tajaan beberapa badan korporat.
 
oh nor albaniah awek pujaan ku zaman 90an!

bolehlah den dtg ziarah kek rumah tu... den ado sedara dok rumah PPR lembang subang, lps ni kerap la dtg ziarah ppr ekekkekkekee
 
Wan nor azlin & badrul muhayat pun?
Artis2 skarang kena amik iktibar. Sok2 dah veteran job kurang
 
oh nor albaniah awek pujaan ku zaman 90an!

bolehlah den dtg ziarah kek rumah tu... den ado sedara dok rumah PPR lembang subang, lps ni kerap la dtg ziarah ppr ekekkekkekee

samo la den..
siap simpan gambo dia tepi kolam tu ..heheh

Untitled2.jpg

(gambo masa muda)
 
samo la den..
siap simpan gambo dia tepi kolam tu ..heheh

Untitled2.jpg

(gambo masa muda)

Skg umor dio dh 50an tapi bodi mcm 20an. Kesian plak bilo pikir artis2 otai ni dulu2 income blh tahan banyak, ikut lojik akal tentu mampu bli rumah maso mudo2.

Tapi skg duduk ppr. Betol lah, rezki masing2 Tuhan bagi bnyk atau sikit ado hikmahnyo.
 
Skg umor dio dh 50an tapi bodi mcm 20an. Kesian plak bilo pikir artis2 otai ni dulu2 income blh tahan banyak, ikut lojik akal tentu mampu bli rumah maso mudo2.

Tapi skg duduk ppr. Betol lah, rezki masing2 Tuhan bagi bnyk atau sikit ado hikmahnyo.

jando tu ..tanak masuk line ke..dgr cite kerja cleaner skang..
 
Skg umor dio dh 50an tapi bodi mcm 20an. Kesian plak bilo pikir artis2 otai ni dulu2 income blh tahan banyak, ikut lojik akal tentu mampu bli rumah maso mudo2.

Tapi skg duduk ppr. Betol lah, rezki masing2 Tuhan bagi bnyk atau sikit ado hikmahnyo.


'Tiada lelaki dekati saya' - Noralbaniah
WhatsApp_Image_2020-12-27_at_5.56.19_PM_1609082363.jpg
Noralbaniah tidak lagi menanti jodoh pada usia 51 tahun, sudah terbiasa hidup tanpa lelaki bergelar suami. - Foto IG Noralbaniah
KUALA LUMPUR: Pelakon, Noralbaniah, 51, tidak lagi mengharapkan jodoh selepas 25 tahun hidup tanpa lelaki bergelar suami.

Noralbaniah berkata, bukan tiada keinginan mempunyai 'teman hidup', lebih lagi melihat orang lain hidup berpasangan, tetapi tiada lelaki mendekatinya.

"Secara jujurnya, tiada siapa mendekati saya. Entahlah, saya pun tak tahu mengapa tiada lelaki sukakan saya, mungkin tak berani ataupun disebabkan faktor usia. Atau, mungkin juga sebab saya tak cantik.

"Tak mengapalah, saya pun tidak terdesak mencari, malah saya juga jarang keluar bertemu sesiapa. Saya tidak kisah kerana sudah terbiasa hidup sendiri.

"Saya anggap ini ketentuan Allah. Mungkin Allah pelihara saya daripada dugaan rumah tangga. Apabila berfikiran positif, saya jadi reda. Saya tahu biarpun tiada pasangan yang boleh menjaga saya pada hari tua, tetapi pasti Allah pelihara saya," katanya kepada BH Online.

WhatsApp_Image_2020-12-27_at_5.56.29_PM_1609082356.jpg
Momen manis Noralbaniah bersama arwah suaminya, Allahyarham Sudarman Daud yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya pada 1996. - Foto IG Noralbaniah
Noralbaniah yang popular sekitar era 1990-an pernah mendirikan rumah tangga bersama pelumba kereta, Allahyarham Sudarman Daud pada 1993. Namun, jodoh tidak panjang apabila suaminya meninggal dunia dalam kemalangan di Bukit Antarabangsa pada 11 Jun 1996.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu, kereta dipandu arwah Sudarman dikatakan terbabas dan melanggar pembahagi jalan sebelum terbalik beberapa kali. Pasangan itu dikatakan tercampak keluar ketika kereta terbalik, sebelum menghempap arwah.

Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan dikenali sebagai Syarra, 26.

Sejak kematian suami, Nor Albaniah berkata, dia tidak pernah berkahwin lain dan hanya membesarkan anak tunggalnya seorang diri.

Masih mengingati detik ngeri itu, Nor Albaniah berkata, suami meninggal dunia dalam perjalanan pergi menyambut ulang tahun kelahiran arwah pada 10 Jun 1996.

"Kami mahu keluar menyambut hari jadi dan mengalami kemalangan ngeri dalam perjalanan. Suami meninggal dalam perjalanan ke hospital. Saya pula hanya mendapat tahu berita kematian selepas dua minggu berikutan saya cedera parah ketika itu," katanya.

WhatsApp_Image_2020-12-27_at_5.56.10_PM_1609082360.jpg
Noralbaniah tidak pernah berkahwin dan membesarkan anak tunggalnya, Syarra, seorang diri dengan hasil pencarian sebagai pelakon. - Foto IG Noralbaniah
Noralbaniah, dia sudah lama menerima hakikat hidup bersendirian, apatah lagi, apa yang berlalu sekian lama berlalu.

"Kesedihan juga sudah lama berlalu. Ini kerana, saya harus meneruskan hidup bersama anak tunggalnya.

"Saya akui, kira-kira 10 tahun lalu saya ada perasaan mahu kembali berumah tangga, tetapi kini, tidak lagi. Apabila berjalan melihat wanita lain bersama suami, ada juga rasa nak mempunyai pelengkap hidup.

"Tetapi, kini, saya sekian lama bersendirian, jadi sudah terbiasa. Mungkin saya hanya sempat merasa hidup berpasangan selama dua tahun sahaja, jadi bila kembali solo, perbezaan tidak terlalu ketara.

"Malah, sebelum ini, saya tinggal bersama abang, jadi apabila ada anak dan cucu saudara, tak rasa sunyi. Sebab itulah, saya tak terlalu memikirkan soal jodoh," kata anak bongsu dari lima beradik itu.

Berkongsi mengenai kerjaya seninya, Noralbaniah bersyukur, masih menerima tawaran lakonan hingga sekarang.

"Alhamdulillah, tawaran lakonan masih ada, malah saya sedang menjayakan drama Aku Seorang Perempuan. Saya sentiasa berdoa supaya rezeki tidak putus. Saya memerlukan pendapatan untuk menanggung hidup, memandangkan saya seorang diri, kena berusaha sendiri," katanya.
 
okla dpt rumah ppr..pd aku rumah ppr ni selesa la jgk 3 bilik 2 toilet..nk banding dgn flat 2 bilik atau 1 bilik mmg sempit jgk
 
Back
Top
Log in Register